Assalamualaikum :)
Post kali ini akan menceritakan kepada anda tentang Cordoba. Jujur kami cakap, lawatan ke bandar Cordoba ni banyak bagi kesan kepada kami. Perasaan bercampur baur antara bangga, sedih dan kecewa. Memang susah nak gambar perasaan tu, anda haruslah merasainya sendiri! Semoga post ini dapat membantu! :)

*menyelak-nyelak buku Sejarah tingkatan 4 silibus KBSM, bab enam*
Cordoba, atau dalam bahasa Sepanyol Córdoba, bahasa arab قُرطبة, merupakan salah satu bandar di Andalusia.
Cordoba ditakluki oleh golongan Moors (penduduk Eropah yang beragama Islam) pada tahun 711 M daripada kuasa emapayar Rom. Pengaruh orang Moor masih boleh dirasai di kota Cordoba hingga saat ini. Sewaktu pengaruh Islam, Cordoba menjadi bandar terbesar yang memiliki the most sophisticated culture dan sistem brokrasi yang paling maju dalam kalangan negara Eropah yang lain. Ketika Khalifah Bani Umayyah digulingkan di Damsyik, Syria pada tahun 750, Kerajaan Islam kemudian bertapak kembali di Cordoba sehingga 929. Apabila Empayar Islam diambil oleh Kerajaan Bani Abbasiyah, Abdul Rahman III (yang turut menjadi pesaing bagi jawatan Khalifah pada ketika itu) mengangkat dirinya menjadi Khalifah Cordoba yang mentransformasi kawasan jagaannya (Cordoba) menjadi suatu kerajaan yang terasing daripada Kerajaan Bani Abbasiyah.
Cordoba mencapai zaman kegemilangannya pada abad kesepuluh di bawah pemerintahan tiga pemerintah yang hebat iaitu Abdul Rahman III yang mendapat gelaran "al-Nasir" pada tahun 912, anaknya al Hakam II (961) dan Al Mansur ibn Abi Aamir (981-1002). Pada abad kesepuluh, Kerajaan Cordoba menjadi kerajaan yang paling hebat di Eropah pada ketika itu. Cordoba memiliki 250,000 penduduk, lebih 1000 masjid dan 600 tempat mandi awam.
Kuasa Cordoba runtuh melalui persengketaan dalaman dalam awal abad kesebelas dan Andalusia berpecah kepada banyak negeri mini dipanggil taifa. Taifa yang paling berkuasa adalah taifa Seville. Cordoba kekal sebuah bandar Moor sehingga 1236 apabila ia jatuh untuk memajukan kuasa-kuasa Kristian dari utara. Sejarah Cordoba akhirnya tenggelam...
> Melawat Mezquita
Perkataan mezquita itu sendiri bermaksud masjid. Mezquita yang dimaksudkan di sini adalah masjid yang pernah menjadi kebangaan umat Islam. Sehingga harini masjid ini dijadikan rujukan kerana binaannya dan keteguhannya.
Masjid ini dibina oleh Abdul Rahman I sewaktu Kerajaan Bani Umayyah telah berjaya membawa Islam ke sini. Kemudianya masjid ini dibesarkan oleh Abdul Rahman II dan Al-Mansur sehinggalah saiz yang ada sekarang. Apabila Kristian telah merampas kuasa dari Kerajaan Bani Umayyah, masjid ini kemudiannya di ambil oleh Franz Ferdinand III dan dijadikan sebahagian daripada Roman-Katolik.
Kini, umat Islam dilarang untuk menunaikan solat di sini dan banyak gereja telah dibina di dalam masjid ini.. Malah, ada cubaan untuk solat di sini dan telah ditahan oleh pihak berkuasa :(
Sebelum memasuki Mezquita, kami cadangkan kepada anda untuk berjalan-jalan di bahagian luarnya terlebih dahulu, melihat seni ukiran di dinding-dinding sambil membayangkan suasana masjid ini pada zaman kegemilangannya.
> Melawat Media az Zahra
Medina az Zahra terletak luar sedikit dari kota Cordoba, jadi kalau nak pergi, ada bas khas yang ke sana, biasanya bas bawah tour agent atau bas pelancong yang boleh anda tempah tiket sama ada di hotel/hostel atau di kaunter tiket. Public transport yang ke sana hanyalah teksi.
Dikatakan Medina za Zahra dahulunya pusat pemerintahan Cordoba, memandangkan pentadbiran dan kerajaan terletak didalamnya. Medina az Zahra sekarang lebih kepada tinggalan dan menjadi tempat kajian arkeoloji.
> Melawat alCazar
alCazar merupakan castle atau alQasr yang dibina oleh keturuanan Abdul Rahman I di Cordoba. Ia juga menjadi tempat kediaman rasmi Isabella dan Ferdinand selepas Andalusia jatuh ke tangan kristian.
alCazar kedudukannya agak dekat dengan Mezqutia. Bila dah habis pusing Mezquita tu, bolehlah singgah ke alCazar sebentar. Tanya je orang tepi jalan "Donde esta alCazar?". Confirm dia tunjukkan :)
> Puente Romano
Tidak jauh dari Mezquita terdapat sebuah jambatan yang dipanggil Puente Romano. Jalan-jalan di sini sambil melihat kincir-kincir air zaman Roman dan permandangan Mezquita dan Sungai Guidalaquivir :)
Sebenarnya banyak lagi tempat yang anda boleh lawat. Tapi kami tidak sempat nak ke semua tempat :(

Andai mihrab dan kubah ini dapat berkata-kata, pasti mereka meluahkan kerinduan akan alunan ayat suci al-Quran dan laungan azan. - quoted |
Masjid ini dibina oleh Abdul Rahman I sewaktu Kerajaan Bani Umayyah telah berjaya membawa Islam ke sini. Kemudianya masjid ini dibesarkan oleh Abdul Rahman II dan Al-Mansur sehinggalah saiz yang ada sekarang. Apabila Kristian telah merampas kuasa dari Kerajaan Bani Umayyah, masjid ini kemudiannya di ambil oleh Franz Ferdinand III dan dijadikan sebahagian daripada Roman-Katolik.
Kini, umat Islam dilarang untuk menunaikan solat di sini dan banyak gereja telah dibina di dalam masjid ini.. Malah, ada cubaan untuk solat di sini dan telah ditahan oleh pihak berkuasa :(
Masjid ini dahulunya dapat menampung puluhan ribu orang pada satu masa!! |
Sebelum memasuki Mezquita, kami cadangkan kepada anda untuk berjalan-jalan di bahagian luarnya terlebih dahulu, melihat seni ukiran di dinding-dinding sambil membayangkan suasana masjid ini pada zaman kegemilangannya.
> Melawat Media az Zahra
credit |
Medina az Zahra terletak luar sedikit dari kota Cordoba, jadi kalau nak pergi, ada bas khas yang ke sana, biasanya bas bawah tour agent atau bas pelancong yang boleh anda tempah tiket sama ada di hotel/hostel atau di kaunter tiket. Public transport yang ke sana hanyalah teksi.
Dikatakan Medina za Zahra dahulunya pusat pemerintahan Cordoba, memandangkan pentadbiran dan kerajaan terletak didalamnya. Medina az Zahra sekarang lebih kepada tinggalan dan menjadi tempat kajian arkeoloji.
> Melawat alCazar
alCazar merupakan castle atau alQasr yang dibina oleh keturuanan Abdul Rahman I di Cordoba. Ia juga menjadi tempat kediaman rasmi Isabella dan Ferdinand selepas Andalusia jatuh ke tangan kristian.
alCazar kedudukannya agak dekat dengan Mezqutia. Bila dah habis pusing Mezquita tu, bolehlah singgah ke alCazar sebentar. Tanya je orang tepi jalan "Donde esta alCazar?". Confirm dia tunjukkan :)
> Puente Romano
Tidak jauh dari Mezquita terdapat sebuah jambatan yang dipanggil Puente Romano. Jalan-jalan di sini sambil melihat kincir-kincir air zaman Roman dan permandangan Mezquita dan Sungai Guidalaquivir :)
Gambar ini diambil dari atas Puente Romano yang merentasi Sungai Guidalaquivir. Dari jambatan ini, anda boleh lihat beberapa kincir air dan juga Masjid Cordoba (atas, kiri). |
Sebenarnya banyak lagi tempat yang anda boleh lawat. Tapi kami tidak sempat nak ke semua tempat :(
- Di kawasan sekitar Mezquita banyak kedai-kedai yang menjual cenderahati. Yang bezanya adalah harga setiap kedai. Kedai-kedai yang menjual tapas juga banyak terdapat di sekitar Mezquita..
- Kebanyakan plaza (macam square) juga mempunyai kedai-kedai yang menarik yang menjual barangan Spain dan juga jenama-jenama antarabangsa. Antara plaza yang menarik untuk berjalan-jalan adalah Plaza Tendillas. Airnya memancut setiap 30 saat! (*sempat pulak kira.. haha)
- Kalau anda berminat untuk mandi2 air panas di hamam, banyak hamam di sini! boleh pilih :)
- Pastikan anda menempah tempat untuk ke Medina az Zahra sehari sebelum hari anda ke sana. Sesetengah syarikat tidak menerima tempahan di saat-saat akhir atau pada hari perjalanan.
- Di dalam Mezquita tak dibenarkan guna flash camera tu taw!
- Jika anda hanya melawat Cordoba sehari dan tidak menginap di Cordoba, jangan bimbang, ada locker untuk simpan luggage dekat stesen bas :)
- Stesen bas dekat sangat dengan stesen kereta api jadi tak perlu risau...
- Baca mengenai sejarah di kawasan Iberia ini betul-betul sebelum sampai ke sini. Kerana tempat ini mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi.
- Makanan halal memang susah sikit nak dapat dekat sini, ada satu restoran namanya Petra. Dengar cerita kalau boleh cakap lahjah Urdun boleh dapat diskaun! haha
- Biasanya tapas (makanan Spain) halal, sebab penyediaannya yang tidka menggunakan alcohol.. tapi pastikan anda semak balik ingredients sebab ada yang letak pork..
- Jika anda hendak explore bandar Cordoba ini, nah peta!
click sini untuk lebih besar.
credit
- Mezquita - 8Euro (zaman kami, kad pelajar tak diterima :()
- alCazar - 2Euro
- bas dari stesen bas ke Mezquita lebih kurang 1.2 Euro kalau tak salah
_________________________________
Kita berbangga dengan kisah silam, lupakah kita akan realiti hari ini?
_________________________________
Semoga dapat mengambil ibrah dari kota Cordoba!
Dan semoga satu hari nanti Islam dapat tertegak kembali di sana, pastinya semuanya bermula dengan diri kita :)
Salam ziarah kembali...dah follow
ReplyDeleteSuka cerita2 sejarah ni..tq 4 sharing...
terima kasih sudi menjenguk blog kami :)
Deleteya Allah...btapa sayunya hati bila tgk masjid yg dulunya gemilang pd zaman umayyah kini dh jadi gereja. ya Allah...
ReplyDeletekan? semoga Islam kembali gemilang di bumi Andalusia.
Deletenak share skit klu mezquita tu dy ad mse2 nyer kne byr ad yg free klu dtg pgi smpi pkul 10 ke 11 xigt.. entrance dy free je... after that bru kne byr...
ReplyDeleten unt alcazar tu tnjuk student card dpt studnt price..
n nice sharing..
insyaallah klu ad rezeki nk ke sana lg...
mlht tmpt2 zmn kegemilangan islam ni la bri smgt pd kita unt tgk kn islam smula... :)
blogwalking~~
wah! menariknya dulu free! :)
Deletekami pun teringin nak ke sana lagi..kalau ada rezeki inshaallah :)
Sedihnya dengar cerita sejarah. Baru tahu dah tak boleh solat di Cordoba.
ReplyDeletep/s: dlm comment as column kat bawah ni xde open url ke bagi yg guna domain sendiri?
Farah
www.thatsofarah.com
macam mana nk buat open url tu? hehe..
Deletethanks for dropping by! :)
subhanallah...
ReplyDeletebesnya dpt jejak ke sana ^_^
p/s: first time jejak ke blog awk..sy trtarik ngan header awk..simple tp menarik! ^_^
salam ukhuwah ....
terima kasih kerana sudi menjenduk blog kami :)
DeleteSalam..nnt klu ade rezeki melawat lah pulak bumi Russia ek ^_^
ReplyDeleteinshaallah kalau diberi kesempatan :)
Delete