Assalamualaikum :)
Apa khabar Eid anda?
Taqabbalallah minna wa minkum >.<
***
Apa khabar Eid anda?
Taqabbalallah minna wa minkum >.<
***
Terletak di wilayah Denizli, Pamukkale merupakan antara tarikan utama di Turki. Pamukkale yang bermaksud "istana kapas" atau "cotton castle" ini mempunyai kolam-kolam air panas dan travertines.
Bersebelahan dengan Izmir, bandar ini senang dilawati daripada mana-mana bandar di sekitar Turki. Merupakan bandar yang anda wajib pergi sekiranya anda sudah tiba di Turki. Jangan lepaskan peluang!
Bersebelahan dengan Izmir, bandar ini senang dilawati daripada mana-mana bandar di sekitar Turki. Merupakan bandar yang anda wajib pergi sekiranya anda sudah tiba di Turki. Jangan lepaskan peluang!
Pertama, biar kami terangkan apa itu travertine, memandangkan travertine merupakan tarikan pelancong ke Pamukkale. Travertine terhasil apabila air semula jadi terutamanya air dari kolam air panas meninggalkan depositions batuan kapur. Biasanya travertines mempunyai tekstur yang menarik hasil dari pergerakan air yang kemudiannya boleh menyebabkan terhasilnya stalagtit dan stalagmit. Apa yang menariknya di Pamukkale ini, travertinesnya bertingkat-tingkat.
Di kawasan yang lebih tinggi dan tidak jauh dari travertines ini, terdapat kota Hierapolis dari zaman Greek-Roman dan Byzantine. Berketinggian 160m, 600m lebar dan 2700m panjang, kota ini dapat dilihat dari gunung-gunung di Denizli yang jauhnya 20km!
1. Travertine
Memandang travertines ini merupakan tarikan utama pelancong ke Pamukkale, maka tidak sah lah jika anda tidak meluangkan masa sekurang-kurangnya merendam kaki di dalam takungan-takungan air mineral ini. Dipercayai bahawa air takungan ini mempunyai khasiat tersendiri. Pada waktu tengah hari, pabila matahari terpacak tinggi, travertine ini dipenuhi pelancong-pelancong dari negara-negara Barat terutamanya pada musim panas. Lewat petang pula pelancong semakin berkurangan, dan tidak sepanas tengah hari. Bergantung pada anda sendiri, waktu mana yang jadi pilihan.
2. Sacred Pool
Sengaja kami letakkan sacred pool ini bawah point yang ke-2 kerana tempat ini mudah untuk dijadikan sebagai landmark. Sekitar sacred pool ini, anda akan dapati bangunan seperti Hierapolis Museum dan travertines. Tidak jauh dari sini juga terletaknya Temple of Apollo.
Sacred pool ini merupakan kolam air tinggalan Roman yang telah dimajukan. Ianya terbuka untuk pengunjung yang ingin menikmati mandian air mineral semula jadi di kawasan yang lebih tertutup. Tiket masuk untuk 2 jam adalah lebih kurang 18 TL untuk dewasa dan 7TL bagi kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun.
3. Hierapolis
Tinggalan Roman ini merangkumi banyak binaan termasuklah grand theater, necropolis, hammam, dan binaan-binaan yang lain. Jika anda bercadang untuk melawat keseluruhan Hierapolis ini, kami cadangkan agar anda tidak melawat Pamukkale secara 'touch n go'. Melawat Hierapolis ini akan memakan masa sekurang-kurangnya 1-2 jam, malah lebih lagi jika anda betul-betul berminat dengan seni bina Roman.
Anda pasti akan dapat melihat Roman theater di atas bukit kecil jika anda berdiri sekitar kawasan sacred pool; 10 minit dari sini, mendaki bukit kecil itu, ada akan tiba di Roman theater tersebut. Pada tahun 1972, binaan ini telah dibaikpulih oleh artisan dari Italy.
Necropolis, dahulunya merupakan kawasan perkuburan juga terletak tidak jauh dan di sebelah utara sacred pool.
4. Paragliding
Kami tidak mencuba sendiri aktiviti ini. Memandangkan aktiviti ini turut ditawarkan di Pamukkale dengan harga lebih kurang 50 Euro. Ejen-ejen yang menawarkan aktiviti ini boleh dijumpai sekitar kawasan Hotel Artemis Yoruk. Aktiviti paragliding ini tidak dijalankan setiap hari, bergantung pada cuaca pada hari tersebut.
- Di sini banyak menjual batu-batu kristal yang berwarna-warni! Jika anda berminat, bolehlah beli :)
- Seperti biasa ada dijual fridge magnet, postcards dan lain-lain
- Anda tidak dibenarkan untuk memakai kasut di kawasan travertine bagi menjaga deposit-deposit batuan kapur. Ada sesetengah yang mungkin memandang hal ini remeh, namun perlu kita faham bahawa travertines ini merupakan binaan alam yang terpelihara dan dipercayai bakal musnah dalam sekurangnya sedekad lagi.
- Pada waktu petang, cuaca agak berangin dan sejuk. Jika anda berhajat untuk berada di sini sehingga waktu petang, sebaiknya anda membawa sweater atau kot. Permadangan waktu senja di kawasan travertine ini indah, tidak rugi jika anda duduk sebentar. Buat penggemar fotografi, sekadar pesanan awal, tripod tidak dibenarkan.
^^ |
- Anda boleh mengakses kawasan ini melalui dua pintu utama. Dari pintu selatan, anda perlu mendaki travertine, manakala dari pintu utara, anda akan menemui necropolis lebih dahulu. Dari pintu utara ini anda boleh menaiki kenderaan sendiri atau pengangkutan yang tersedia dengan caj sebanyak 2TL.
- Stesen bas utama terletak di Denizli. Untuk sampai ke Pamukkale anda boleh menaiki dolmush (bas mini) atau bas yang disediakan oleh syarikat-syarikat bas besar. Biasanya dari Pamukkale ke Denizli, syarikat bas seperti Metro Bus Company, Pemukkale Bus Company, menyediakan perkhidmatan bas secara percuma jika anda menggunakan perkhidmatan mereka ke mana-mana destinasi seterusnya atau sebelumnya.
- Besar kemungkinan untuk anda bertemu agent-agent yang agak menjengkelkan. Terpulang pada bagaimana hendak melayan mereka, jangan sehingga duit anda digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya hanya kerana rasa terpaksa! Khidmat mereka sangat berguna jika anda tahu dan mahu apa yang ditawarkan.
- Jangan lupa untuk tawar-menawar pada semua barangan termasuk hotel! (tambang dengan tiket masuk tu janganlah)
- Kami cadangkan pakai stokin naik travertines sebab batu dia tajam-tajam sikit.
- tiket masuk travertines & Hierapolis = 20TL
- range harga hotel = 20-25TL (per person)
- dolmush Denizli-Pamukkale = 3TL
____________________________
Selamatlah... :)
Dah lama tunggu akak-akak update =) Seronoknya boleh jenjalan tempat orang!
ReplyDeleteTerima kasih Hydrangeas kerana menanti kami! haha. Alhamdulillah ada rezeki. Nanti rezeki awak pulak :)
DeleteTerima kasih atas perkongsian yang sangat baik
ReplyDeleteTaqwathealth.blogspot.com
waa,info yg sgt berguna.mlm ni bertolak ke turki.doakan
ReplyDeleteHi sis,
ReplyDeletesy nk ke pamukkale dr cappadocia..otw tu nk singgah konya. Boleh advice tak pasal pengangkutan by bus dr cappadocia ke pamukkale via konya.kena beli tiket asing2 ke or leh sambung pjalanan guna tiket yg sama?
Tq
Hi there! sorry lambat balas. may be awak dah sampai pun kt pamukkale :)
DeleteKalau cik heliz tak ada apa-apa perancangan lagi di Konya, sebaiknya beli tiket ke pamukkale dari konya sebab takut lari waktu, tak sempat nak kejar bas pulak. Ada banyak pilihan bas dan inshaallah tak habis tiket :)