Assalamualaikum!
Nasılsın?
Moga semuanya baik-baik sahaja.
Cappadocia. Tempat menarik yang bakal menguji kecekalan anda untuk menjelajahi lembah-lembah cantik di sini!
Pemandangan yang mengagumkan di lembah Göreme ini dibentuk daripada hakisan. Walaubagaimanapun, beribu tahun dahulu, manusia mengambil ilham daripada hakisan ini dan mula mengukir bilik, ruangan, terowong. Bermula pada abad keempat, telah dibina lanskap urban! tetapi bawah tanahlah..
Letusan gunung berapi purba telah melitupi kawasan ini dengan abu yang tebal, yang kemudiannya memejal menjadi batu lembut—dikenali sebagai tuff—setebal sepuluh meter. Angin dan air datang berganti meninggalkan hanya harder elements untuk membentuk lanskap kon, tiang, cendawan, cerobong yang terbentang sejauh 130 kaki (40 meter) ke langit, seperti dalam Rapunzel gitu :)
Masyarakat di sini begitu kreatif mengukir dan membentuk batu-batu ini menjadi gua, tempat tinggal, tempat beribadat, gudang dan macam-macam lagi. Semuanya digali dan diukir di dalam batu.
Göreme didiami oleh Zaman Hittite seawal 1800 hingga 1200 B.C. yang kemudiannya berada dia antara persaingan empayar-empayar seperti Greek, Persia dan kemudiannya Byzantine Greek. Disebabkan keadaan politik yang tidak menentu, masyarat setempat memerlukan tempat perlindungan dan persembunyian. Mereka akhirnya mengorek batu-batu untuk dijadikan tempat persembunyian.
Kawasan ini menjadi kawasan perlindungan agama sewaktu zaman awal Kristian. Pada abad keempat, penganut Kristian yang lari dari penganiayaan Rom, telah tiba dengan jumlah yang agak ramai dan menubuhkan komuniti monastik di sini.
Göreme merupakan bandar yang kaya dengan sejarah, namun bukan semua gua-gua batu di sini dijadikan museum. Masih ada rumah bahkan hotel yang masih mengekalkan konsep keguaan. haha.
Tour map! |
Sebelum itu, kami ingin menceritakan serba sedikit perjalanan kami yang amat simple. Cappadocia ni sangat luas. Ada banyak subcity dari bandar besar ini seperti Goreme, Urgup, Nevsehir dan lain-lain. Jika dilihat dari peta tour di atas, anda boleh buat pilihan mana tempat yang anda ingin pergi. Kami dengan bajet yang dan waktu yang sikit, hanya dapat cover tour warna merah dengan menggunakan kaki dan pengangkutan awam.
1. Underground Cities
Ada banyak underground cities yang anda boleh lawati, tetapi setahu kami hanya ada dua yang boleh sampai menggunakan pengangkutan awam iaitu Derinkuyu dan Kaymakli. Ada beza bagi kedua-dua bandar ini. Derinkuyu lebih kecil, tetapi dalam, manakala Kaymakli luas, tetapi cetek(?). Kami memilih untuk ke Derinkuyu.
Untuk ke Derinkuyu, anda perlu menaiki dua bas atau dolmus (minibus). Bas pertama anda boleh ambil betul-betul di pusat bandar Goreme, anda boleh nampak banyak minibus di situ. Cakap je, "Derinkuyu? Derinkuyu?" Nampak sahaja banyak tourists naik, maka betul lah tu. Kemudian bas ini akan berhenti pada dua perhentian, yang pertama untuk ke Kaymakli, kedua untuk ke Derinkuyu. Bergantunglah pada anda, underground city mana pilihan hati. Kemudian, tunggu di tempat yang pakcik bas tu suruh tunggu sampai bas tulis Derinkuyu tiba. Nanti bas ni akan turun betul-betul di kawasan Derinkuyu Underground City
2. Hot Air Ballooning
Ini merupakan salah satu punca wang kami jadi sikit! haha. But, it's worth it :) Anda tak perlu tempah online siap-siap. Hanya perlu pergi ke syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini (jangan pergi dekat ejen) sehari sebelum. Jika anda bernasib baik, anda mungkin ditawarkan pakej-pakej dengan harga yang menarik. Aktiviti ini dijalankan pada waktu 0430 pagi (bergantung kepada sunrise). Oleh yang demikian, anda mesti tinggal sekurang-kurangnya satu malam di sini.
3. Rose, Red, Love Valleys
Cappadocia ada banyak valleys. Kadang-kadang tak sedar pun dah masuk valley ni. Kami mula dengan mengambil laluan terletak sebelum Goreme Open Air Museum. Kalau ikut map bawah ni rasanya kami menggunakan laluan Kılıclar. Dari sini boleh tembus ke banyak lembah yang lain seperti Red, Rose and Love. Sepanjang trek, ada peta disediakan, siap bertulis "You are here". Bolehlah berpandukan peta tersebut walaupun kadang-kadang sudah kabur dan tidak jelas. Di sepanjang perjalanan juga ada anak panah yang menunjukkan mana arah lembah. Biasanya anak panah ini di'spray' di batu-batu. Penjelajahan kami tamat di Cavusin.
Cavusin ini merupakan sebuah bandar tua, di mana terletaknya sebuah gereja, iaitu Gereja St John The Baptist. Seperti gereja-gereja lain di Rose, Red dan Love Valley, lukisan fresco di dalamnya sudah pun pudar dan sedang dibaikpulih dari masa ke semasa.
sumber |
Red Valley
|
4. Zemi Valley
Zemi Valley ini terletak tidak jauh dari Open Air Museum, anda juga tidak memerlukan peralatan atau pakaian yang advanced. Malah kami sempat berkenalan dengan pasangan veteran dari Perancis yang turut mendaki Zemi Valley ini sendiri!
Kalau rasa malas nak jalan, boleh horse riding. |
Ihlara Valley ini agak jauh dari Goreme, lebih kurang 2 jam perjalanan dengan menaiki kenderaan bermotor. Kami tak ke sini yang ni kerana kekangan masa dan duit. Cara yang terbaik untuk ke sini adalah dengan menggunakan perkhidmatan agensi agensi perlancongan. Dikatakan tempat ini sangatlah indah dan romantis!
6. Goreme Open Air Museum
Terdapat beberapa Open Air Museum yang boleh anda lawati jika berminat. Bayarannya tidaklah terlalu mahal. Tetapi ada yang berpendapat, Goreme Open Air Museum ini tidak banyak bezanya dengan yang dapat anda lihat di luar. Museum-museum ini biasanya dijaga dengan lebih baik dan projek pembaikpulih dan pemuliharaan juga lebih baik.
- Di sekitar valley-valley ada dijual barang-barang buatan tangan masyarakat tempatan seperti anting-anting, keychain dan sebagainya.
- Ada juga dijual barang-barang kulit seperti jaket, hiasan dinding dan hiasan gantung-gantung dalam bentuk belon panas (*comel juga) :)
- Sulaman tradisional Turki juga ada dijual di kawasan sekitar masjid. Namun sulaman ini bukanlah ekslusif seperti yang dijual di Konya dan beberapa tempat lain.
- Tak perlu book accommodation dulu pun takpe, tanya je pakcik-pakcik ejen di situ mana hotel range harga berapa yang kita nak.
- Kata orang, jika ke Cappadocia, sangatlah rugi andai tak merasa tidur dalam gua, banyak hotel-hotel dan guesthouse yang mempunyai konsep sebegini.
- selain berjalan kaki, anda juga boleh menjelajah Goreme ini dengan basikal, kuda, skuter dan macam-macam lagi.
1TL = 0.37066 Euro
- Accommodation : 25TL per person
- Hot air balloon : 90Euro ++ (ikut company)
- Underground city entrance fee : 15TL
kakak...cantik2 pics ni ;) pandainya capture!
ReplyDeletebagus blog ni! banyak info pasal travel.. i like..!
ReplyDeletedone follow sini no. 76
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang@gmail.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
haiiii eida..nice blog
ReplyDelete