Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)

Wednesday, 26 September 2012

How to apply Morocco's visa?

Assalamualaikum :)

Sebelum anda berangan-rangan untuk menjejaki bumi Maghribi, sukalah sekiranya kami menceritakan dahulu bagaimana hendak memohon visa ke Maghribi. Ingat! Tanpa visa, lupakanlah sahaja angan-angan anda kerana anda TIDAK BOLEH MASUK ke sana. Visa anda disemak sebelum menaiki penerbangan ke Maghribi lagi! Tanpa visa, tiadalah boarding pass, tanpa boarding pass, terkuburlah semuanya.

Untuk memohon visa, ada beberapa dokumen yang diperlukan iaitu :
  1. Borang permohonan visa. Borang ini boleh didapati di kedutaan Maghribi yang ada di negara masing-masing. Gambar yang kami kepilkan ini merupakan borang yang kami ambil dari kedutaan Maghribi di Amman. Jadinya, dalam bahasa Arab. Tapi jika anda memohon dari Amerika Syarikat, mestilah dalam bahasa mereka ye dak? :D
  2. 2 keping gambar berukuran pasport
  3. Salinan pasport, residential card & kad pelajar.
  4. Surat jemputan dari Maghribi bersama salinan  pasport, residential card & kad pelajar penjemput.
  5. Surat pengesahan dari Malaysian Student Department di negara masing-masing yang mengatakan bahawa kita benar pelajar di sini. (Yang ini ada khilaf sedikit. Ada yang kata perlu, ada yang kata tidak. Kami buat je :))
  6. Tiket penerbangan ke Maghribi.
Bab tiket tu, memang agak gamble sewaktu membuat keputusan untuk membelinya. Tapi itulah. Usaha dan kemudian tawakkal.



Inilah borang permohonan visa. 

Apabila sudah lengkap dokumen-dokumen, bolehlah hantar ke kedutaan Maghribi di negara anda. Buat sesiapa yang berada di Jordan, kedutaan ini terletak di Shemisani, dibuka untuk permohonan visa pada hari Isnin hingga Rabu dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Sila bawa pasport original bersama sewaktu permohonan visa. Pasport kita akan dipegang oleh mereka sehingga visa kita siap.

Untuk makluman juga, visa hanya akan siap seminggu sebelum tarikh penerbangan kita. So, tak perlulah call pejabat dia tanya dah siap ke belum. Perabih kredit jah.


Ini dia rupa visa Maghribi. Ada gambar sekali. Tapi takkanlah nk tunjuk kan? Terbongkarlah identiti penulis~

Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah atau emailkan kepada kami di basilhibiscus@gmail.com

Semoga bermanfaat :)
Selamatlah!


14 comments:

  1. salam saya nak tanya awak ke morocco naik penerbangan apa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami menaiki flight Easyjet dari Amman ke London Gatwick, kemudian dari London ke Marrakech.

      Delete
    2. Murah ke easyjet tu? Same mcm airasia?

      Delete
    3. dia low cost airline. tapi sekarang dia dah tak buat route Amman-London Gatwick. tak pasti pula kalau dari Cairo bagaimana

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Invitation letter mcm mana nk dapat ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry saudara Khairul kerana lamabat respond.
      Kalau ada kawan di Morocco boleh minta kawan taipkan surat jemputan ke Morocco.
      Kalau tak ada, biasanya hotel yang kita tempah boleh membuat invitaion untuk kita.

      Delete
    2. Kalau tak de surat jemputan tak bole mohon visa k?

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. maaf saya nak tanya beberapa soalan.boleh tak kalau nak minta email..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je email ke alamat email kami basilhibiscus@gmail.com

      Delete
  5. Aslkm. Awak, nak tanya ni. Sy dah beli flight ticket ke London dr kay ell then planning ke Lisbon n turun ke Seville, kemudian ke Gibraltar. Then ke Morrocco guna jalan darat. Possible tak klw guna jalan darat masuk ke Morocco? Soklan ke2, visa tu sy apply kat Malaysia je la kan? Tu je soklan. Thankiu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry sangat kalau reply ni dah terlambat. kalau dari spain ke morocco rasanya kena naik sama ada jalan laut ataupun udara sebab dua negara ni dipisahkan dengan selat.

      yeap. apply di kedutaan Morocco di Malaysia. :)

      harap dapat membantu!

      Delete
  6. Assalamualaikum, senior. Sy pelajar di JUST ingin bertanya bberapa soalan mngenai visa morocco setelah sy baca di blog senior.

    1. Visa mmg akan siap hanya dalam masa seminggu ke? Ke boleh awalkan lg? Contoh, sy pergi ke Amman pd 21hb utk apply visa dan fly pd 25hb, adakah sempat siap dlm tempoh tersebut?

    2. Jika di blog menyatakan smasa pmohonan visa, perlu dokumen/itinerary tiket flight kan? Bagaimana pula situasi jika melalui jalan laut?

    3. Bagaimana mahu apply surat pengesahan dari malaysian student department ye? Mksudnya dri EMJ ke?

    Terima kasih!

    ReplyDelete