Assalamualaikum :)
Selamat tinggal Andalusia
Yang rebah tersungkur ke dada bumi
Selamat tinggal Andalusia
Mungkinkah dapatku kembalikan sinarmu
Yang rebah tersungkur ke dada bumi
Selamat tinggal Andalusia
Mungkinkah dapatku kembalikan sinarmu
Tertanya-tanyakah anda apakah itu Andalusia? Seringkali kita mendengar lirik lagu, coretan sejarah mengenai Andalusia. Jadi, kami ingin memberi sedikit pencerahan apakah itu Andalusia!
"Menangislah anakku, bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki"
ucapan bonda kepada Raja Andalusia yang terakhir kepada beliau
Kenapa dinamakan Andalusia?
Sebelum kedatangan Islam, Sepanyol dikenali sebagai Iberia atau Asbania. Sewaktu bangsa Vandal menguasai kawasan ini, kawasan ini pun dipanggil Vandalusia (bermaksud tanah orang Vandal). Setelah kedatangan Islam, perkataan Vandalusia diarabkan menjadi Andalusia.
*people are still debating where the word Andalusia came from*
Di manakah Andalusia?
Peta moden Sepanyol dan Morocco |
Sejarah Andalusia (when we call it history, nothing to be believed entirely)
Kedatangan Islam ke bumi Andalusia didahulukan dengan penaklukan Afrika Utara pada zaman Khalifah Abdul Malik dengan gabenornya Hassan ibn Nu'man. Kemudian pada zaman al-Walid bin Abdul Malik, Hassan digantikan dengan Musa ibn Nusair. Musa telah meluaskan empayar Islam ke Maghribi. Kecuali Septa, sebuah pelabuhan kecil di utara Morocco yang mana di bawah jajahan Kristian. Sewaktu ini, mereka sedar satu-satunya cara untuk menyebarkan risalah hanyalah dengan menyebarkannya ke bahagian utara kerana di bahagian selatan adalah bahagian Sahara. Musa mengalami beberapa masalah dendak menakluki Andalusia. Pertama, antara Tangier (paling utara Morocco) dan Spain adalah sejauh 13km dan tidak ada bot. Sebuah pulau kecil, Pulau Biliar berdekatan situ dikawal oleh Kerajaan Rom. Septa pula di bawah Julian, penguasa Kristian yang mempunyai hubungan baik dengan bekas raja Spain.
Beberapa rancangan telah dibuat. Bot dan kapal dibina, ramai kaum Berber yang telah ditarbiyah dengan Islam agar mereka menjadi pejuang Islam. Tariq telah dilantik dikalangan kaum Berber untuk mengetuai angkatan. Dari Maghribilah, bermulanya penaklukan Andalusia.

-gambar hiasan- *bukan karya asal penulis* |
Setibanya Tariq di Gibraltar, orang tempatan menghantar surat ke Raja Rodricko tentang tentera Islam yan ditemuinya. Surat itu mengatakan, "adakah ini tentera daripada bumi atau tentera daripada langit?" Mereka tidak pernah melihat tentera yang malamnya bagai rahib merintih sayu, namun siangnya menjadi tentera yang hebat di medan. Kemudian, Raja Rodricko mengumpul tenteranya seramai 100 000 orang untuk melawan tentera Islam yang hanya 7000 orang. Kemudian Musa ibn Nusair menghantar 5000 tentera tambahan di bawah jagaan Tharif ibn Malik. Saat itu, Tariq berada di tengah-tengah lembah. Cuba bayangkan, di kiri lembah terdapat sebuah tasik yang agak besar, di sebelah kanan dan belakang ada gunung-gunung.
Satu-satunya pembukaan berada betul-betul di hadapan lembah tersebut. Tharif bersama tentera-tenteranya berada di belakang gunung-gunung di bahagian belakang. Taktik ini sama dengan taktik yang digunakan oleh Khalid ibn Walid sewaktu menawan Persia. Peperangan ini bermula pada 28 Ramadhan tahun ke 92 Hijrah dan berterusan selama 8 hari. Dengan kehendak Allah, tentera Islam telah memenangi perang ini. Tentera Islam yang syahid lebih kurang 3000 orang, namun hampir semua tentera Kristian mati sewaktu peperangan.
Kemenangan Tariq bersama tentera-tenteranya menjadi tanda tanya kepada kita semua bagaimana begitu hebat tentera Islam menakluk Andalusia, namun, ada pihak-pihak barat memberi jawapan iaitu, Tariq megikat semangat tentera Islam dengan membakar bakar kapal-kapal perang mereka. Ini meletakkan tentera Islam dalam dua keadaan, sama ada menang atau mati syahid. Namun, kisah ini tidak terdapat lansung dalam mana-mana sumber tokoh sejarah Islam.
Satu demi satu bandar di Sepanyol ditakluk oleh Tariq. Bermula dengan Cordoba, Granada, Toledo dan Sevilla. Kemudian Tariq menakluk bahagia utara seperti Saragossa dan Navarre.
Kebangkitan Andalusia
805 tahun, Islam yang dibawa oleh Moors menapak di bumi Eropah. Bermula dengan tentera pimpinan Tariq, kemudian empayar Islam terus berkembang ke seluruh kawasan Sepanyol.
Hanya dalam tempoh dua tahun, Tariq dan Musa berjaya menakluk seluruh daratan Sepanyol. Umat Islam berkobar ingin terus menyampaikan risalah kebenaran ke eluruh benua eropah, namun terhalang dek tidak dapat menembusi Utara Perancis disebabkan kekalahan dalam Perang Tours. Setelah itu, Musa dan Tariq dipanggil balik ke damsyik oleh Khalifah al Walid bin Abdul Malik.
Setelah kemangkatan Khalifah al walid bin Abdul Malik, Kerajaan Bani Umayyah telah digantikan dengan Kerajaan Bani Abbasiyah dan memlilih Baghdad sebagai pusat kerajaan. Abdurrahman Ad-Dakhil, keturunan Bani Umayyah yang selamat, berjaya menurunkan kekuasaannya kepada Yusuf Al-Fihri dan diangkat menjadi ketua kerajaan Andalusia (Amir Andalus) yang berpusat di Cordoba. Mereka tidak mahu berada di bawah Kekhalifahan Abbasiyah pada tahun 756 kerana bani Abbasiyyah banyak membunuh keluarganya.
Islam di Cordoba terus gemilang dengan penguasaan ilmu dari segenap sudut. Orang Islam dan jug orang bukan Islam datang ke Cordoba untuk belajar di universiti dan perpustakaan di Cordoba.
Salah satu bukti kecemerlangan empayar Islam di Corboda ialah pembinaan Masjid Cordoba atau nama lainya Mezquita.
Kejatuhan Andalusia
Kisah kejatuhan Andalusia mungkin boleh dikatakan bermula dengan kejatuhan kerajaan di Cordoba. Apabila kerajaan Cordoba jatuh disebabkan perang saudara, beberapa kawasan lain masih lagi membangun seperti Toledo yang berkembang pesat dalam ilmu astronomi dan juga gerakan pemikiran dalam kebudayaan Islam. Namun, Toledo jatuh juga disebabkan penaklukan oleh Alfonso Vi, Raja Castile yang juga menjadikan Toledo jatuh ke tangan Tentera Salib.
Di saat bandar-bandar lain jatuh di bumi Andalusia, umat Islam yang masih ada membangunkan Islam di Granada di bawah pemerintahan Bani Ahmar. Islam kembali bangkit dan dipegunkan lagi dengan pembinaan Istana al Hambra. Istana ini merupakan seni bina yang amat unik dan memerlukan kepakaran dalam matematik dan seni ukir. Istana in telah berjaya bertahan selama dua abad lamanya sebelum penyerahannya kepada Ferdinand dan Isabella.
Pemerintahan Islam yang merupakan pertahanan terakhir di Andalusia ini berakhir kerana perebutan kuasa orang-orang istana . Abu Abdullah Muhammad merasa tidak senang kepada ayahnya kerana memilih anaknya yang lain sebagai pengganti raja. Dia memberontak dan berusaha merampas kuasa. Ketika berlaku pemberontakan, ayahnya terbunuh dan digantikan oleh Muhammad ibn Sa’ad. Abu Abdullah kemudian meminta bantuan kepada Ferdinand dan Isabella untuk menjatuhkan Muhammad ibn Sa'ad. Dua penguasa Kristian ini dapat mengalahkan Muhammad ibn Sa'ad dan Abu Abdullah pun dapat menaiki tahta.
Ferdinand dan Isabella, yang telah mempersatukan dua kerajaan besar Kristian melalui perkahwinan, tidak merasa puas. Mereka ingin merebut kuasa terakhir umat Islam di Andalusia. Abu Muhammad Abdullah IX tidak tahan menahan serangan-serangan orang Kristian dan akhirnya mengaku kalah. Akhirnya kegemilangan Granada Kerajaan Islam terakhir di Andalusia setelah ratusan tahun kegemilangannya di Eropah lenyap di dunia. Dengan demikian berakhirlah kekuasaan Islam di Sepanyol tahun 1492 M.
Tanggal 2 Januari 1492 itu tercatat sebagai pemurtadan besar-besaran yang pernah terjadi dalam sejarah. Cordoba dan Granada hancur lebur bersama kitab-kitabnya yang dibakar . Pada tahun 1609 M, boleh dikatakan tidak ada lagi umat Islam di bumi Andalusia ini.
805 tahun, Islam yang dibawa oleh Moors menapak di bumi Eropah. Bermula dengan tentera pimpinan Tariq, kemudian empayar Islam terus berkembang ke seluruh kawasan Sepanyol.
Hanya dalam tempoh dua tahun, Tariq dan Musa berjaya menakluk seluruh daratan Sepanyol. Umat Islam berkobar ingin terus menyampaikan risalah kebenaran ke eluruh benua eropah, namun terhalang dek tidak dapat menembusi Utara Perancis disebabkan kekalahan dalam Perang Tours. Setelah itu, Musa dan Tariq dipanggil balik ke damsyik oleh Khalifah al Walid bin Abdul Malik.
Setelah kemangkatan Khalifah al walid bin Abdul Malik, Kerajaan Bani Umayyah telah digantikan dengan Kerajaan Bani Abbasiyah dan memlilih Baghdad sebagai pusat kerajaan. Abdurrahman Ad-Dakhil, keturunan Bani Umayyah yang selamat, berjaya menurunkan kekuasaannya kepada Yusuf Al-Fihri dan diangkat menjadi ketua kerajaan Andalusia (Amir Andalus) yang berpusat di Cordoba. Mereka tidak mahu berada di bawah Kekhalifahan Abbasiyah pada tahun 756 kerana bani Abbasiyyah banyak membunuh keluarganya.
Islam di Cordoba terus gemilang dengan penguasaan ilmu dari segenap sudut. Orang Islam dan jug orang bukan Islam datang ke Cordoba untuk belajar di universiti dan perpustakaan di Cordoba.
Salah satu bukti kecemerlangan empayar Islam di Corboda ialah pembinaan Masjid Cordoba atau nama lainya Mezquita.
Kubah Mezequita, Cordoba. |
Binaan di dalam Mezequita, Cordoba. |
Kejatuhan Andalusia
Kisah kejatuhan Andalusia mungkin boleh dikatakan bermula dengan kejatuhan kerajaan di Cordoba. Apabila kerajaan Cordoba jatuh disebabkan perang saudara, beberapa kawasan lain masih lagi membangun seperti Toledo yang berkembang pesat dalam ilmu astronomi dan juga gerakan pemikiran dalam kebudayaan Islam. Namun, Toledo jatuh juga disebabkan penaklukan oleh Alfonso Vi, Raja Castile yang juga menjadikan Toledo jatuh ke tangan Tentera Salib.
Di saat bandar-bandar lain jatuh di bumi Andalusia, umat Islam yang masih ada membangunkan Islam di Granada di bawah pemerintahan Bani Ahmar. Islam kembali bangkit dan dipegunkan lagi dengan pembinaan Istana al Hambra. Istana ini merupakan seni bina yang amat unik dan memerlukan kepakaran dalam matematik dan seni ukir. Istana in telah berjaya bertahan selama dua abad lamanya sebelum penyerahannya kepada Ferdinand dan Isabella.
Some people said, Al Hambra is the Triumph of Mathematics. -Al Hambra, Granada |
Pemerintahan Islam yang merupakan pertahanan terakhir di Andalusia ini berakhir kerana perebutan kuasa orang-orang istana . Abu Abdullah Muhammad merasa tidak senang kepada ayahnya kerana memilih anaknya yang lain sebagai pengganti raja. Dia memberontak dan berusaha merampas kuasa. Ketika berlaku pemberontakan, ayahnya terbunuh dan digantikan oleh Muhammad ibn Sa’ad. Abu Abdullah kemudian meminta bantuan kepada Ferdinand dan Isabella untuk menjatuhkan Muhammad ibn Sa'ad. Dua penguasa Kristian ini dapat mengalahkan Muhammad ibn Sa'ad dan Abu Abdullah pun dapat menaiki tahta.
Ferdinand dan Isabella, yang telah mempersatukan dua kerajaan besar Kristian melalui perkahwinan, tidak merasa puas. Mereka ingin merebut kuasa terakhir umat Islam di Andalusia. Abu Muhammad Abdullah IX tidak tahan menahan serangan-serangan orang Kristian dan akhirnya mengaku kalah. Akhirnya kegemilangan Granada Kerajaan Islam terakhir di Andalusia setelah ratusan tahun kegemilangannya di Eropah lenyap di dunia. Dengan demikian berakhirlah kekuasaan Islam di Sepanyol tahun 1492 M.
Setelah Andalus jatuh ke Kristian, satu persatu kawasan di dalam Mezequita ini didirikan gereja di dalamnya. Masjid ini sengaja tidak dirobohkan bagi membuktikan kehebatan Kristian mengalahkan Islam. |
Kini, tiada lagi kedengaran laungan azan dari menara ini. :( - La Giralda, Sevilla. |
Sejarah akan terus berulang jika kita tidak mahu
menoleh ke belakang sebentar untuk mempelajarinya. Paksikan asas-asas Islam dengan kukuh dan hiasinya dengan kepelbagaian ilmu yang Allah berikan. Sungguh, tidak akan sesekali sama orang yang berilu dengan orang yang tidak berilmu. Dan sesungguhnya, Allah lebih menyukai orang beriman dan berilmu :)
___________
Similar situations [as yours] have passed on before you, so proceed throughout the earth and observe how was the end of those who denied.

3:137
*untuk keterangan lanjut mengenai bandar-bandar seperti Cordoba dan Granada, nanti entri baru daripada kami!
saya ada tengok blog ni dalam Safiyya :) . terus salin! akak2 yang handle blog ni study kt mana ye? semua gambar2 cantik2! tangkap sendiri ke? ;)
ReplyDeleteterima kasih jenguk Blog kami! :)
Deletekami study di Jordan. Semua gambar kami ambil sendiri. Kalau bukan dari kamera kami, kami akan letak kredit kt situ :)
cantik la kak pics dalam ni. pandai akak tangkap. hihi bertuahnya dapat pergi banyak tempat! :). eh saya org yang sama dengan atas. hihi
Deletesalam, saya berminat hendak tahu bagaimana saudara/saudari plan trip ke sesebuah negara? kalau boleh ceritakan dalam entry akan datang... dan berapa lama(hari) biasanya pelajar2 jordan cuti? macam lama je travel... :)
ReplyDeletewaalaikumussalam, terima kasih melawat blog kami :)
Deletesecara basivnya, bole ke entry http://basil-hibiscus.blogspot.com/2012/10/bagaimana-merancang-cuti-anda-sendiri.html. Dari segi pemilihan tempat, kami melihat kepada tarikan yang ada dan berbaloi untuk pergi ke sana. Contohnya Balkan, kami berminat untuk ke Bosnia asalnya, tetapi melihat negara-negara Balkan yang lain juga menarik, kami pun melawat negara2 yang lain juga.
Sistem di universiti kami ada 3 sem, jadi ada 3 cuti :)
Setiap cuti dalam 2-4 minggu. Kalau tak balik ke Malaysia, kami pun merancang untuk melancong.