AWAS!
bandar Dubrovnik merupakan bandar yang paling mahal sepanjang perjalanan kami di sini.
sila rancang bajet anda dengan baik. :)
Assalamualaikum :)
Pada mula-mulanya, Croatia berada di bawah pengaruh Greek. Selepas itu, diambil alih oleh kuasa Roman dan membahagikan Croatia kepada dua bahagia iaitu Dalmatia (sebelah coast) dan Pannonia.
pada abad ketujuh, orang Slavic (atau dikenali sebagai Croats) berimigrasi ke Croatia. Mereka bertapak di Croatia bermula di kawasan Dalmatia dan seterusnya masuk ke bahagia tengah Croatia. Bahagian tengah Croatia pada abad kesembilan mejadi sasaran orang Franks (merupakan orang yang berkuasa yang menguasai Eropah pada ketika itu). Pada ketika itu juga, Croatia ditukar kepada negara Kristian dan menjadi sebahagian daripada Gereja Katolik Barat yang berpusat di Rom.
Pada tahun 1667, sebahagian besar kota ini telah musnah oleh gempa bumi. Hanya Sponza Palace dan Rector's Palace yang selamat dari bencana itu. Penduduk Dubrovnik bersama-sama berusaha untuk membina kembali kota kecil ini seperti mana yang anda boleh lihat pada hari ini. Walaupun kota ini dibina semula, kegemilangannya tidak dapat dicapai sama seperti sebelum itu.
Dubrovnik merupakan sebahagian dari Yugoslavia setelah Perang Dunia Pertama. Sebelum Raja Alexander dibunuh di France, Dubrovnik mengamalkan sistem monarki di bawah Austro-Hungarian empire. Apabila Tito mengepalai komunis, Dubrovnik merupakan antara wilayah yang dikuasai olehnya termasuklah Montenegro, Slovenia, Serbia dan Bosnia-Herzegovina. Setelah kematian Tito, Croatia telah menuntut kemerdekaan dah akhirnya berperang dengan Serbia.
Dan kini setelah Croatia merdeka, Dubrovnik kini dikunjungi oleh pelancong serata dunia! :D
Salah satu gereja yang terdapat di Old City |
> Melawat Old City
Old City of Dubrovnik terletak agak jauh dengan Stesen Bas utama. Anda perlu menaiki bas untuk ke Old City. Untuk nombor bas, bolehlah rujuk di sini. Kebanyakan bas akan melalui Old City (Pile Gate) dan pastikan anda memilih nombor bas yang paling berdekatan dengan penempatan anda! Tiket bas berharga 12 Kuna (one way).
salah satu jalan di Old City dari Ploce Gate yang menembusi ke Pile Gate |
>Jelajah Lockrum Island
Setibanya di Old City (Pile Gate) kami meneruskan perjalanan terus mencari Old Port untuk menaki bot ke Lockrum Island memandang kami tiba agak lewat. Bot terakhir ke Lockrum Island ialah pada jam 6.15 petang. Jadi, silalah bajet masa anda untuk pulang semula ke Old Port. Harga bot pergi dan balik ialah 50 Kuna. Perjalanan ke Lokrum Island mengambil masa lebih kurang 15 minit. Berhimpit jugaklah di dalam bot. tempat duduk semua dah penuh. Setibanya di Lockrum Island, kami terus berjalan mencari tempat untuk bermain air tanpa bayaran. haha :D
Di pulau ini juga terdapat tarikan-tarikan lain seperti Botanical Garden, Gereja, Fort Royal Castle. kepada sesiapa yang berminat, bolehlah spend masa lebih sikit. Jika ada masa lebih & membawa baju lebih, bolehlah berenang di sini!
Lokrum Island |
Mengikut perancangan, kami sepatutnya berjaya menerokai Old City Wall, tetapi apakan daya, kami terlalu asyik di Lockrum Island. Old City Wall tutup pada jam 6.30 petang dan lebih awal pada musim sejuk. Kalau dapat naik wall ni, kita boleh tengok the coast around the city wall.
>Menaiki Cable Car
Harga untuk menaiki kereta kabel ini alah 87 Kuna untuk pergi dan balik. Kereta kabelnya ala-ala Genting punya, tapi lebih besar, boleh muat dalam 20 orang (himpit-himpit sikit), tiada tempat duduk. Dalam lima belas minit, kami pun sampai ke puncak. Alhamdulillah, kami dapat sampai ke puncak tepat waktu tenggelamnya matahari. Subhanallah :)
sunset dari atas puncak. setelah menaiki cable car. |
Untuk ke tempat menaiki kereta kabel ini, anda perlu ke Ploce Gate. jika anda berada di Pile Gate, anda hanya perlu melalui jalan luar sebelah kiri daripada Pile Gate sehingga anda jumpa Ploce Gate. Kena mendaki sikit, jadi bersedialah!
>Menelusuri Placa Stradun
Jika anda datang dari Pile Gate, anda akan terus berada di Placa Stradun (main street) apabila anda melepasi Gate tersebut. Sepanjang jalan utama ini, anda akan dapati ramai orang membuat persembahan jalanan seperti orang yang tak bergerak, lukisan dan macam-macam lagi. Di sepanjang jalan ini juga anda boleh mendapati restoran-restoran, kedai cenderahati dan sebagainya. Jika anda mengambil peta Old City, ada akan jumpa Masjid! Setelah berpusing-pusing, kami pun jumpa masjid. Alhamdulillah :)
>Tarikan yang berbayar yang kami tak pergi
Terdapat juga di sini tempat-tempat yang termasuk dalam senarai-sempat-pergi-jika-ada-duit. tetapi apakan daya... tetapi, kami tetap ingin berkongsi kepada anda semua peminat Basil Hibiscus (?)
Anda juga boleh melawat Rector's Palace. Merupakan rumah muzium yang menceritakan sejarah bandar Dubrovnik. Ada juga Sponza Palace, Museums dan Churces. Anda mahu pergi? Silakan! :)
- Semestinya di Placa Stradun! Ada banyak deretan kedai di sepanjang jalan utama ini. Pastikan anda bijak memilih dengan harga yang berpatutan!
- Di luar Pile Gate, Ada kedai runcit yang menjual makanan seperti roti, mee segera dan macam-macam lagi. Kalau lapar, bolehlah singgah dahulu sebelum masuk ke Old City.
- Pastikan anda memiliki PETA & JADUAL BAS bandar ini. Ssangat perlu supaya tidak sesat dan ketinggalan bas.
- Untuk penempatan, pastikan hotel @ hostel anda senang dijumpai dan dekat dengan stesen bas. Teksi dia agak mahal :( Ada dua kawasan menarik untuk dijadikan kawasan penempatan iaitu berhampiran stesen bas utama atau berhampiran Old City. Biasanya yang berhampiran dengan Old City itu lebih mahal :)
- Gunakan hari anda sepenuhnya sebelum pulang ke penempatan sebab nanti rugi tiket bas.
- Jangan tukar duit di stesen bas! Ratenya sangatlah tinggi!! Tetapi anda perlu bayar tiket bas dalam Kuna. Jadi, cadangannya, tukar sikit je untuk bayar tambang bas, yang lain tukar di Old City.
- Jika anda menaiki bot ke Lockrum Island @ Kereta Kabel, pastikan tiket return anda simpan elok-elok!
- Tiket bas sehala - 12Kuna
- Tiket Kereta Kabel (dua hala) - 87Kuna
- Souvenirs - Tshirt around 7Euro
- Bot ke Lockrum Island - 50Kuna
_______________________________
21:31
"And We placed within the earth firmly set mountains, lest it should shift with them, and We made therein [mountain] passes [as] roads that they might be guided."
Selamatlah!
Nice captured..mmg cantik tempat tu yek.. Tq for The tips...
ReplyDeleteSalam perkenalan dr M..
Memang cantik di Dubrovnik :) kami sempat semalaman je.
Deleteterima kasih melawat ke blog Basil Hibiscus!
Salam singgah,
ReplyDeleteEntry yg menarik! Thanks for sharing.
thanks for dropping by!
DeleteHi,
ReplyDeletesalam ukhwah..terima kasih di atas kunjungan ke blog sy.
teruskan menulis...boleh tanya kamera ape awk pakai? tertarik sbb kaler dlm gmbrnya nmpk berbeza. tq :)
terima kasih juga kerana sudi melawat blog kami. camera yang dipakai adalah Nikon model d700. Kamera lama, sekarang dah banyak model-model baru :)
Deletemungkin juga warnanya berbeza atas penggunaan filters dan polarisers :)
Sye ade duit sane tapi kat malasiya x abik
ReplyDeleteHi Putera Amiruk, betul ke Malaysia tak amik duit dari negara Croatia?
ReplyDelete