Assalamualaikum :)
Antara perkara yang tak dapat nak dielakkan ketika mengembara adalah makan. Telan lah air banyak mana pun, elctrolytes berkualiti tinggi sekali pun, kita mesti nak makan. Dalam penat-penat sesat, perut berkeroncong tiba-tiba bau yang enak menyapa. Hah dah macam mana tu?
Bagi sesetengah pengembara, hampir wajib untuk membawa makanan dari negara sendiri, makanan-makanan kering dari biskut sampai lah ke maggi (mee segera) dan serunding. Haha. Malah ada yang menganggap maggi merupakan hidangan wajib. Tak sah kalau tak bawa bersama. Hancur pun tak pa, janji boleh telan. Tapi lama-lama bosan juga..
Why not we try local foods? Mencuba makanan tempatan merupakan satu elemen penting dalam mengembara, dengan cara ini kita dapat mengenali lebih lagi masyarakat tempatan. Tapi mahal lahh.. Entah halal ke tak? Apa bahan-bahan dia ni? Entah2 aku alergik! Canyak sungguh persoalan bermain di benak kami dan kamu wahai pengembara... Jadi macam mana ni???
Bawa makanan sendiri VS makanan tempatan
Well, ikut keadaan. Kalau anda sampai di negara yang mahal seperti Croatia, kami sarankan anda membawa makanan siap-siap dari negara berhampiran seperti Albania ataupun Bosnia yang lebih murah. Anda boleh survey awal-awal di laman sesawang mana-mana negara yang memiliki makanan tradisional yang unik yang perlu anda rasai! Contohnya, di Morocco, terkenal dengan Tajien & Cous-cous, bolehlah cuba sekali makan! Kalau mahal, kongsi dengan travelmates lain. Dapat rasa jadilahh..
Halal VS Haram
Jika berkunjung ke negara yang majoritinya beragama Islam seperti Jordan, Mesir, Morocco, Turki, anda tidak memiliki masalah kerana ishaAllah semuanya halal (kecuali yang memang haram tu tetaplah haram). Negara-negara berjiran dengan negara-negara Islam biasanya akan mendapat tempias dari cara pemakanan dan masakan. Contohnya, di kawasan-kawasan bekas jajahan Uthmaniyah, makanan-makanan seperti kebab, burek, mudah didapati dan rasanya mungkin telah disesuaikan dengan kawasan tersebut.
Jika anda ke negara Eropah atau mostly beragama bukan Islam, anda boleh makan sayur-sayuran, seafood, roti dan apa-apa daging yang tidak melibatkan penyembelihan haiwan (kambing, ayam, lembu etc). Simple kan? Tambahan pula, zaman sekarang ni, kedai makan Arab ada di mana-mana. Contohnya sewaktu kami melawat Sepanyol, mesti ada sekurang-kurangnya satu kedai Arab yang jual kebab di setiap bandar di sana. :)
Local Food Tak Mahal Ke??
Yang menjadikannya mahal adalah apabila makanan tersebut dibeli dikawasan-kawasan tumpuan pelancong, ataupun restoran-restoran mahal. Kadangkala, perkara ini tidak dapat kita elakkan terutamanya apabila berada di negara yang majoritinya bukan Islam melainkan jika anda memilih untuk makan makanan vegetarian. Biasanya restoran Muslim di negara-negara bukan Islam agak eksklusif, tapi kadang-kadang bole dapat harga lebih murah jika tuannya ada dikedai ;)
Jika anda dapat mencari kedai-kedai di kawasan-kawasan yang bukan tumpuan pelancong, biasanya harganya lebih murah. Hey, kata pengembara!
Maggi VS ...
Tiada masalah pun nak makan maggi atau tidak. Makanlah selagi mampu. tapi jangan lupa top up balik badan kita dengan air yang banyak! Boleh jadi hypertension nanti! Makan makanan yang tinggi kandungan garam juga akan menyebabkan kita senang 'dehydrated' terutamanya di kawasan-kawasan yang kering dan panas. Kalau boleh, bekalan maggi atau makanan lain yang dibawa tu kita simpan untuk negara yang kita rasa makanan halal dia susah nak cari atau mahal. Jimat dah di situ..
Antara Makanan yang Kami Teringin Nak Makan:
Masamman Curry, Thailand
Masamman Curry ni merupakan masakan Siam yang mendapat pengaruh daripada masakan India.
Hah! Macam mana tu?
Jika melihatkan pada ramuannya, inshaAllah halal, yang perlu dikhuatiri mungkin pada daging yang dipakai.
Fajitas, Mexico
Fajitas ni biasanya dimakan dengan roti tortilla. Antara ramuan yang mungkin pelik dalam masakan ini adalah guacamole. Basically guacamole ni mengandungi avocado, tomato, bawang putih. Yeah, dagingnya perlu anda pastikan dulu. ^0^
Marzipan, Germany
credit |
Ni bukan buah okay, ni namanya marzipan. Marzipan ni biasalah kalau di buat bentuk-bentuk bagi menarik, terutamanya jika bersempena dengan apa-apa perayaan. Adunan marzipan biasanya dibuat dengan badam yang dikisar, gula dan juga telur putih. Ada yang dimakan dengan coklat seperti bonbon ataupun biskut. Menarik, teringin pulak nak rasa, haha..
Seafood paella, Spain
credit |
pastikan dulu ya ramuan dia!
Peking Duck, China
credit |
Walaupun kami telah sampai ke China, namun tidak berkesempatan makan Peking Duck disebabkan masa yang tidak cukup dan juga keinginan makan makanan Malaysia begitu tinggi ketika itu sehingga dah tak kisah dah makanan lain..huhu. Banyak restoran halal yang menjual Peking Duck ini. Anda juga boleh membeli itik beku, dan memasaknya sendiri di rumah! Selamat mencuba!
Ini bukan kebab biasa! Iskender kebab ni dihidangkan sekali dengan yogurt! Rare tak? Dikatakan Iskender kebab yang terbaik hanya boleh didapati di Bursa! Jadi, jangan lupa menikmati Iskender kebab ini jika anda menjejakkan kaki di Bumi Ottoman :)
Iskender Kebab, Turki
credit |
__________________________________
Antara cara yang menarik untuk mengetahui sama ada makanan tersebut halal atau tidak adalah dengan membuat sedikit research tentang cara penyediaanya. biasanya tak kan jauh beza. Walauapapun, tanya dulu ye!
Eherrrrr, banyak pulak pasal makanan, dah lari sikit dengan header blog! haha.
Dan, sesiapa yang ada pengalaman makanan menarik, bolehlah kongsi bersama kami di ruang komen! :D
yup saya setuju sgt...kalo boleh, mmg nak try makan makanan local if pergi travel ke mana2...hehehe best!
ReplyDeletetapi kadanag2 kita kesuntukan wang terpaksa jimat-jimat kan?
Deletelepas ni boleh letak bajet siap2 untuk rasa local foods :)
arghh..semua nampak menyelerakan. JM pun teringin nak makan :-)
ReplyDeleteMeggi adalah pilih hati setiap kali travel..nak save katanya :-)
JM pernah makan one of them?
DeleteSatu lagi cara nak try pelbagai pilihan local food yang sedap dengan harga yang berpatutan adalah dengan mengunjungi nite market diaorang. Saya dh cuba di semasa travel Thailand. Memang sangat berbaloi..ofcrse kn lah tanya ingredient dulu.
ReplyDeletethanks for the tips!
Delete