Assalamualaikum :)
Siapa
pernah menonton drama ‘kontroversi’ Tahajjud Cinta? Haaa.. mesti perasan dalam
tu ada PETRA! Kalau dalam cerita biasa dia letak part ukir yang besarrr sangat
tu, but actually there is something hidden from the carved rock!
Al-Khazanah atau The Treasury di Petra. |
Mengikut
sejarah dahulu kala, Petra merupakan kawasan penempatan dan pemerintahan kaum
Nabataean sejak 321 BC lagi. Siapa itu kaum Nabataean? Mereka merupakan kaum
yang mendiami kawasan timur laut Semenanjung Arab dan berpindah ke arah barat
dan membina penempatan di kawasan pergunungan dan lembah di Petra. Kaum ini
membunyai bakat artistik yang sangat mengagumkan iaitu pandai mengukir batu
seperti yang dapat dilihat di Petra.
Pada zaman abad pertama sebelum masihi,
Kerajaan Nabataean menguasai laluan perdagangan rempah disebabkan dapat
mengawal kemasukan perdagangan melalui The Siq (jalan yang wujud di antara
celah-celah batu yang besar). Kerajaan ini juga mengembangkan wilayahnya ke
Damascus. Pada zaman kegemilangan inilah
ukiran besar di Petra dibuat. Kejayaan utama kota ini ialah kemampuan kaum ini
mengawal dan menyimpan air. Tinggalan ini dapat dilihat di sepanjang dinding
Siq.
Petra
pernah menjadi wilayah di bawah kerajaan Rom. Kesan-kesan pengaruh
Rom-Hellenistik dapat ditemui di Petra. Pada abad pertama selepas masihi, The
Siq diturap dan ruang teater dibina.
Pada zaman
kemasukan Kristian pada abad ke empat, banyak gereja dan makam Byzantine
dibina. Tetapi disebabkan pertukaran jalan perdagangan, Petra mengalami
kejatuhan.
Kerajaan
Islam tiba di Petra pada abad ketujuh masihi. Kemudian tentera salib masuk ke
kawasan ini dan selepas itu Petra dikenali sebagai “lost city” dan hanya
dikenali dalam kalangan masyarakat Arab sahaja. Dunia barat disembunyikan dari
kewujudan kota ini lebih dari 500 tahun.
Petra
dijumpai oleh Johann Ludwig Burckhardt pada tahun 1812. Beliau merupakan
seorang pengembara berbangsa Swiss yang mengembara di kawasan Afrika. Selepas
tiga tahun belajar mengenai Islam dan bahasa Arab, Burckhardt menyamar sebagai seorang
muslim dengan menggunakan nama Ibrahim ibn Abdullah dan bergerak ke Mesir. Dalam
perjalanannya ke sana, beliau mendengar cerita dari orang tempatan mengenai “lost
city”. Dengan menggunakan alasan bahawa dia ingin menawarkan korban kepada Nabi
Harun, dia berjaya meyakinkan pembawa arah untuk membawa dia ke kawasan “lost
city” itu. Pada tahun 1812, beliau menjadi orang barat pertama yang melihat
Petra.
Selepas
penemuan dari Burckhardt, lebih kurang 50 pengunjung pada tahun 1818 hingga
1898 mengikut jejak langkah beliau.
Namun, pada 1920an, Petra masih belum dapat diakses oleh orang asing.
Pada Perang
Dunia Pertama, Lawrence of Arabia membantu kabilah-kabilah arab berevolusi
memnentang kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah (Ottoman) ketika itu. Bermula 1916,
dia mengetuai serangan gerila di padang pasir (salah satunya di Wadi Rum) dan
memerangkap tentera Ottoman di Siq, Petra.
Pada tahun
1958, Petra akhirnya menjadi tapak warisan UNESCO.
Sebelum itu, bagaimana hendak ke Petra ye?
Public transport ke Petra dari Amman. Anda boleh menaiki bas JETT (di stesen bas 'Abdali) terus ke Petra dengan bayaran 9.5JOD pada jam 6.30 pagi setiap hari. Ni bas yang paling convenient tapi takde wifi, haha.. Boleh isi masa dengan berkenalan dengan pelancong pelancong lain! Dikatakan ada juga bas yang lebih murah, tapi hanya akan berlepas bila bas sudah penuh.
Ada juga bas dari Wadi Rum ke Petra selama 1.5 jam dengan bayaran 5JOD.
Anda juga boleh menempah MPV, koster ataupun kereta dengan pakcik-pakcik arab yang menawarkan perkhidmatan jelajah Jordan. Harga boleh dirunding berdasarkan bilangan hari dan tempat yang ingin dilawati.
Public transport ke Petra dari Amman. Anda boleh menaiki bas JETT (di stesen bas 'Abdali) terus ke Petra dengan bayaran 9.5JOD pada jam 6.30 pagi setiap hari. Ni bas yang paling convenient tapi takde wifi, haha.. Boleh isi masa dengan berkenalan dengan pelancong pelancong lain! Dikatakan ada juga bas yang lebih murah, tapi hanya akan berlepas bila bas sudah penuh.
Ada juga bas dari Wadi Rum ke Petra selama 1.5 jam dengan bayaran 5JOD.
Anda juga boleh menempah MPV, koster ataupun kereta dengan pakcik-pakcik arab yang menawarkan perkhidmatan jelajah Jordan. Harga boleh dirunding berdasarkan bilangan hari dan tempat yang ingin dilawati.
Petra, sangat besar sebenarnya..
Haaa..besar kann!! sumber |
Dari trails di atas ni, terpulang pada anda nak pergi sampai mana. Kalau nak tengok The Treasury, No 4 dah sampai dah. Tapi kalau nak best lagi, teruskan pendakian sampai ke Al-Deir (macam The Treasury kedua). Setiap monument yang ada mempunyai simbolik dan makna tersendiri. Di sana, anda boleh baca informasi berkenaan monumen tersebut. Nak best lagi, diri dekat-dekat sikit dengan group mat salleh yang bawa tour guide. Boleh dengar sejarah sekali. haha.
Anda boleh juga menunggang binatang seperti unta, kuda, atau keldai. Masing-masing ada harga yang tersendiri. Keldai paling murah. Kuda mahal sikit.
Anda boleh juga menunggang binatang seperti unta, kuda, atau keldai. Masing-masing ada harga yang tersendiri. Keldai paling murah. Kuda mahal sikit.
Kalau kereta kuda yang macam ni, dalam 40JD jugak.. Cukup bajet boleh lah naik. haha |
Kalau nak lagi menarik, anda boleh mencuba pengalaman Petra by Night! Harga 12JOD (tak kisah student ke tourist biasa). Petra by Night hanya beroperasi pada hari Isnin, Rabu dan Khamis bermula jam 8.00 malam hingga 10.30 malam. Jangan cuba untuk extend masa pulak, nanti habis padam semua lilin, tak jumpa jalan pulang lah jawabnya.. Anda bakal disajikan dengan persembahan nyanyian dan alat muzik Badawi bersama secawan teh! Memang menarik pengalaman ini!
Petra by Night. Jangan lupa bawak tripod ok! |
Jika anda mempunyai masa yang lebih, anda boleh melawat ke 'Ain/ 'uyun Musa yang terletak tidak jauh dari Petra. Memang lah tak jauh, tapi kalau jalan kaki, percayalah, penat sebenarnya. Haha. Kawasan 'Ain Musa ini dikatakan merupakan kawasan di mana Nabi Musa telah mengetuk batu dan air terpancut dari nya. Namun perkara ini perkara khilaf kerana terdapat juga 'Ain atau 'Uyun Musa di kawasan-kawasan lain seperti Mount Nebo dan Sinai. Dari sumber mata air ini, kaum Nabateans telah membina saliran air hinggalah ke kawasan Petra.
'Ain Musa, Wadi Musa, Jordan. |
Kalau nak beli cenderahati macam snow ball, t-shirt, key chain, fridge magnet dan lain-lain, boleh didapati di pintu masuk Petra. Pandai-pandai tawar harga. Untung-untung kalau dia tahu kita Muslim dia bagi murah sikit.
- Buku buku yang berkisarkan tentang Jordan dan Petra banyak dijual di kawasan bederkatan pintu masuk. Novel yang bertajuk Married to a Bedouin tulisan Marguerite van Geldermalsen merupakan satu novel yang menceritakan tentang kehidupannya selepas berkahwin dengan seorang Arab Badwi dan tradisi tradisi Arab Badwi. Boleh juga didapati dikawasan kedai buku di luar Petra.
- Sepanjang perjalanan anda ke Ad-Dier, ada dijual cenderahati seperti syiling-syiling lama. Jangan mudah terpedaya! Menurut bacaan kami, kebanyakan syiling-syiling yang dijual bukanlah asli. Melainkan jika anda mendesak, barulah syiling asli akan dikeluarkan.
- Lukisan pasir dalam botol juga merupakan antara cenderahati yang terkenal di Jordan. Turut dijual di kawasan sekitar Petra. Anda boleh meminta agar nama anda turut di'lukis'kan di dalam botol. Pasir pasir yang digunakan dikatakan tidak menggunakan pewarna tiruan!! Menarik kan?
credit |
- Kalau boleh datang dengan kawan-kawan yang belajar di Jordan sebab boleh pinjam student ID card (hawiyah). Student price dapat 1JOD, kalau tourist 50JOD! nampak tak permainan di situuu??? Tricksnya, kumpul hawiyah cukup bilangan dengan tiket yang nak dibeli, hantar sorang wakil yang umur dia baya-baya student untuk beli tiket :)
tak murah ye tiket masuk... haha - Sebelum melepasi pintu masuk, bolehlah lepaskan hajat di tandas di kawasan visitor centre. Kalau dah masuk dalam tu jauh jugaklah baru nak jumpa tandas, dan tandasnya macam err err.
- Bawa bekalan air @ makanan siap-siap (atau beli di kedai runcit biasa tepi jalan). Kalau dalam on the way dalam Petra tu ada je jual, tapi mahal lah.
- Ready fizikal dan mental! Jauh juga nak mendaki.. Kalau bawa tongkat cun juga.
- Kalau lepas mendaki tu penat dan LAPAR, minta driver bawa pergi kedai makan yang jauh sikit dari Petra tu. Kalau yang dekat-dekat agak cekik darah :(
- Bawa TRIPOD!
Sheesh tawouk dekat sini sedap! haha |
- Bayaran masuk 1JOD (student price), 50JOD (pelancong)
- Petra by Night 12JOD
Selamatlah..
salam, blh saya dapat kan fb awak untuk pertanyaan detail ttng Petra?? saya plan utk ke sana, jadi sy mmerlukan tips utk ke sana.... Jzkk
ReplyDeleteAsalam..bagaimana saya ingin menghubungi admin ya..sy plan utk ke jordan
ReplyDelete