Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)

Friday 31 August 2012

Albania - Gjirokastra



Assalamualaikum (:

So, kalian buka banyak website, tapi macam-macam tulisan ada untuk tempat ni, ada yang tulis  Gjirokastër, Gjirokastra, Gjirokaster, Gjirokastrës. Kalau nama Greek pula, Argyrokastro (Αργυρόκαστρο). Ah, tak kisahlah, tapi yang penting, locals sebut dia macam ni, ge-yi-ro-kastra. Baiklah, selamat membaca! Semoga bermanfaat! :)


 
Masa zaman Raja Zog (communism), Gjirokastra merupakan tempat kebudayaan dan pusat ekonomi. Kemudiannya bandar dimasuki oleh tentera Itali, tapi kebanyakan kawasannya berjaya dibebaskan dalam masa lima tahun dan kemudiannya digunakan sebagai pusat untuk membebaskan negara dari Itali dan Jerman.

Bila rejim komunis jatuh pada tahun 1990, ekonomi Gjirokastra susut dengan mendadak. Ramai mula berpindah ke luar Gjirokastra. Gjirokastra mula membangun sedikit demi sedikit sehinggalah krisis 1997. Sebahagian bazaar telah dibakar, keadaan yang huru-hara memandangkan kawasan tersebut mula ganas dan lawless.

Baiklah, yang atas ni sebenarnya nak trigger kalian baca sendiri. hehe!




Gjirokastër Castle
Dekat dalam castle ni ada banyak benda yang boleh dilihat. Contohnya ada koleksi kapal terbang perang Itali dengan Jerman, bekas penjara, National Folk Festival stage, church, clock tower dan dapat tengok permandangan Gjirokastra dari kawasan yang agak tinggi. Sangat cantik tau!

Harga: 4 Euro (2 Euro student price)





National Museum of Armaments: 
Ada dekat dalam castle tu :)

Zekate House

Zekate House ni antara rumah masa Ottoman yang masih survive. Zekate House ni nak cari senang je. Ada signboards nak tunjuk jalan ke Zekate House ni. Ada kena naik bukit sikitlah, tapi nak kata berpeluh-peluh takdelah sangat, berpeluh sikitlah, ehehe. Tapi at one point, signboard dah takde, memang ikut instinct je la. Nasib baik betul. Rupa-rupanya signboard satu tu rosak dan mereka letak belakang tembok. Memang nampak pun -.-"



Zekate House ni dijaga oleh pasangan veteran yang menetap sebelah Zekate House tu, jadi nak bayar ke apa ke, bayar kat diorang. Harga masa tu 3 Euro (1.5 Euro student price) tapi harga dalam Lonely Planet lain.



Old Bazaar
Old Bazaar ni simple je, dan cantik sangat! :)

Masjid di Old Bazaar

Pagi tu jalan-jalan dekat Old Bazaar, singgah kejap. Next thing I remembered was waking up from sleep. Bila entah tido! Haha. Masjid yang simple, agak lama, tapi alhamdulillah bergerak :)

Masuk percuma!



Partisan Heroines

Ada satu tugu yang terletak di square utama Gjirokastra. Betul-betul depan Tourist Information. Tugu ini merupakan tugu dua orang wanita muda, Bule Naipi dan Persefoni Kokëdhima, yang merupakan partisans sewaktu World War II dan kemudiannya digantung oleh Nazis pada 1944.

Kalian juga boleh melawat Ethnographic Museum. Sebenarnya tempat ni asalnya rumah, tempat kelahiran Enver Hoxha. Enver Hoxha ni communist leader dan juga Prime Minister Albania suatu masa dulu. Tapi rumah ni dah jadi museum.

So tu je? Dah la jauh dari Tirana takkan nak pegi menapak jauh-jauh sebab tempat-tempat ni je? Sebenarnya Gjirokastra ni antara tempat yang dipelihara oleh UNESCO. Banyak duit dah dilabur untuk baiki atap bangunan sahaja! Tempat ni juga dipanggil juga dipanggil City of Stone sebab hampir semua atap rumahnya adalah dari batu!



Seorang penulis yang famous kat tempat tu nama dia Ismail Kadare juga ada menulis "Chronicles of Stone" nak cakap legend tak legend batu-batu dia. haha. Ada juga nama jalan kat Gjirokastra ni sempena nama dia. Ismail Kadare. Memang unik lah tempat ni!



Gjirokastra ni takdelah well developed, jadinya janganlah expect shopping complex besar-besar kat sini. Hatta, tak ternampaklah pulak shopping complex. haha. Dekat Old Bazaar pun not bad kalau nak shop souvenirs semua. Harga pun berpatutan kalau nak banding dengan negara jiran Montenegro dan Greece. Beli lah siap-siap souvenirs tu kat sini, sebab dia kawasan pedalaman jadi tak mahal sangat.

Banyak juga hasil kraf orang-orang Albania dekat sini. Cantik-cantik semuanya :)

Kalau nak beli barang-barang groceries ada beberapa kedai yang menjualnya. Dalam 2-3 kedai bederkatan masjid. Kedai tak besar mana, tapi ada lah jual roti, buah, sardin etc. Tapi dekat New City Gjirokastra ni banyak je kedai-kedai. Nak ke New City ada tiga pilihan, drive sendiri, jalan kaki atau teksi. Jalan kaki boleh tahan jauh. Naik teksi dalam satu Euro seorang kalau teksi penuh (5 orang)





Gjirokastra tak ada bus station. Tapi bas ambil dan turunkan orang dekat stesen minyak jenama Eida ni. Tapi kalau cakap dekat pakcik teksi nak ke stesen bas, selalunya mereka sedia maklum.



Orang-orang kat Albania ni baik sangat. Pernah sekali nak cari ATM machine tapi tak jumpa. Kami bertanyakan kepada seorang pakcik ni. Dihantarnya kami betul-betul depan ATM! Tak mintak tips pon!

Tukar duit ke Albanian Leke cepat-cepat sebelum masuk ke Old City. Old City ni tak tahu lah ada atau tidak sebab puas kami cari tak jumpa-jumpa. Ada satu kedai gambar yang menyediakan khidmat tukar duit, tapi masuk Asar je kedai dah tutup. Rata-rata kedai di sini terima duit Euro, tapi dalam rate yang lebih rendah.

Tak perlu beli tiket bas awal-awal. Bas selalunya ada dan boleh terus bayar kepada pakcik bas.


Furgons lebih cepat berbanding bas. Bas akan berhenti setiap kali ada orang tahan. Walaupun seat dah penuh sekalipun, masih ada penumpang yang akan diambil. Ini menyebabkan perjalanan jadi lama gila! Tetapi furgons mahal sikit berbanding bas :)


Tourist Information selalu tutup. Waktu kami pergi tu memang tutup. Bila tanya orang lain, rupanya memang jarang nampak bukak. haha.



Hotel - 16 Euro (semalaman)
Teksi - 2 Euro seorang (pergi balik)
Gjirokastra Castle - 2 Euro
Zekate House - 1.5 Euro

Semoga post kali ni membantu!

Selamatlah!


 

Tuesday 28 August 2012

What to Expect When You're In Balkan

Assalamualaikum :)
Entry kali ini kami ingin berkongsi mengenai apa yang korang bakal alami inshaAllah jika korang ke Balkan. Semoga bermanfaat!


  1. Expect long journeys
    Bagi yang dah biasa ke negara-negara belah Western Europe sana, mungkin akan terbiasa dengan kemajuan sistem pengangkutannya. Please, please, please do not expect the same when you're in this area!
    • Ada di sesetengah negara, bas dia berhenti-henti ambil orang, jadi perjalanan yang 2-3 jam pon boleh jadi 5 jam! >.<
    • Do not expect bullet trains, trains are usually slower than buses
    • Tapi yang bagusnya bila sistem pengangkutan tak berapa mantap ni, kos dia murah gila. Hehe.
    dalam train Mostar-Sarajevo
  2. Dogs everywhere
  3. Border crossing by land is way much easier.Pakcik dan makcik imegresen tak leceh sangat. Silap-silap barang pon dia tak check. Tapi kalau drive kereta sendiri, ada jugaklah yang kena check. Cumanya kalau naik jalan darat ni memang kena alert la, passport di tangan!
  4.  Make a lot of friends, the locals are really friendly! Although there would be some languange barrier, some would even guide you all the way to the place you're searching without asking for any tips! >.<
  5.  If you would stay longer than 3 days, just buy a local simcard.The charge is not really expensive and some company does not require you to even register!  Percayalah, roaming mahai gila.
  6. The view is magnificent. Pollution free and beautiful landscapes.
    Jadi kepada kaki fotografi, DSLR terutamanya, NEVER NEVER forget to bring a tripod and your filters!
  7. If you're travelling during the day, I would say, it would be a waste to sleep the whole journey.Permandangan dia memang subhanallah lawa sangat! Kalau tak minat tengok permandangan pon, borak dengan locals pon best jugak. Sekali tegur, boleh jadi akan berterusan berborak the whole journey!

    ditangkap dalam bas ^0^
  8. Local cuisine are mostly similar to Turkish. Jadi sebenarnya tak perlu pon nak bawak instant mee ke, biskut ke sebab makanan halal inshaAllah boleh dapat. Kalau tak jumpa restoran halal pon, boleh jeh nak makan roti kalau anda tak kisah! :)
  9. Expect cramped roads during summer especially during winter, the roads get easily jammed. Mana taknya, highway pon tak banyak terutamanya Montenegro, Albania. Banyak jalan yang jalan dua lorong je. Masa summer, banyak yang dari Western Europe datang ke Eastern Europe naik kereta, makanya jumlah kereta meningkat dengan mendadaknya yang menyebabkan kesesakan jalan raya. Imigresen lagi lah banyak kereta!
  10. They may not allow you to enter the country for no reason
    I am not sure whether the problem only rises when you're a Muslim or its a common problem. I don't think it's a common problem. You get what I mean. Hmmm. Makanya kena ada duit lebih yah! Pastikan ada duit simpanan bila anda balik ke negara asal. Don't spend all your money for the trip! you have a LIFE to go on after the trip. Takkan nak makan pasir & rumput? >.<
    Dihantar pulang
Kalau nak cakap expect the unexpected, nanti macam cliche pulak, tapi takpelah.

Selamatlah!


Sunday 26 August 2012

Balkan Itinerary

Turkey - Greece - Albania - Montenegro - Bosnia - Croatia - Macedonia - Bulgaria

Assalamualaikum :)
Di sini ada cadangan iterinary yang kami ingin kongsikan. Kami cadangnya untuk melengkapkan itinerary ni dalam masa 31 hari termasuk jalan-jalan Turki. Tapi kalau sebulan tidak termasuk jalan-jalan Turki memang sedap! Semoga bermanfaat ye!
Merah - Flight
Kuning - Bas/Van/Kereta
Hijau - Train
  1. Kami memilih perkhidmatan Turkish Airlines (Globally Yours...) bagi return flight ke Istanbul dari Amman, Jordan sebab kami merancang pusing-pusing Turki dulu sebelum balik ke Amman. Mungkin ada yang lebih gemarkan penerbangan seperti Royal Jordanian, Easyjet, tapi pada masa itu, Turkish Airlines adalah yang paling murah.


  2. Untuk sampai ke Athens (nak tahu lebih pasal Athens tekan sini), banyak pilihan pengangkutan sebenarnya. tapi kami memilih flight dari Istanbul ke Athens disebabkan harga naik bas lebih kurang je dan dapat juga menjimatkan masa. Flight yang dipilih ialah Aegean Air, tapi easyjet, olympic air dan lain-lain ada juga ke sana. tengoklah mana-mana yang murah waktu anda mahu travel. Perkhidmatan bas yang disediakan ada dari Istanbul ke Thessaloniki atau ke Athens. Tapi jika mahu jimat penginapan, naik bas malam pon satu idea yang menarik. Tapi mahu kebas punggung! sangat lama! kalau sesiapa yang bercuti dalam tempoh masa yang lama & ingin mengambil pengalaman menaiki bas yang lama, bolehlah mencuba. 
  3. Next, dari Athens ke Thessaloniki kami menaiki flight Aegean Air (kaya heh! naik flight je). ada juga bas yang berpatutan, tetapi disebabkan masa amat mencemburui kehadiran kami di bumi Athina, kami pun decide naik flight jah. Total harga flight Istanbul-Athens-Thessaloniki waktu itu dalam 130 Euro.
  4. Untuk ke Albania sebenarnya ada banyak cara. Anda boleh bertolak dari Athens, Thessaloniki dan bandar2 lain di Greece. Memandangkan kami memilih bas dari Thessaloniki untuk ke Albania, kami cerita yang tu la eh :P

    Di Thessaloniki ke Albania, tiket bas dijual oleh agent pelancongan atau terus ke Albanian Ekspress. Destinasi yang boleh anda pilih adalah seperti Berat, Gjirokastra, Tirana, Korca, Saranda.

    Kalau nak best lagi dan ada masa, apa kata anda naik bas ke Corfu dan kemudian boat ke Saranda. Macam menarik gila!

    Rancangan asalnya mahu ke Korca dan dari Korca ke destinasi kami, Gjirokastra sebab rakan-rakan Lonely Planet mencadangkan untuk kami mengambil bas dari Korca ke Gjirokastra kerana permandangannya yang mereka gelar sebagai European Tibet. Tapi disebabkan bas dari Korca ke Gjirokastra hanya ada pada pukul 630 pagi, maka agak sukar untuk kami yang belum ada penginapan.
  5. Jadinya, kami mengambil keputusan untuk ambil bas terus ke Gjirokastra. harga tiket bas dalam 28Euro. ada bas pagi dan petang. kami decide untuk mengambil waktu petang (730 petang) dan tiba dia Gjirokaster dalam jam 4.30pagi. di Gjirokaster takde bas staion. dia akan turunkan kita di tepi station minyak je.
    
    Permandangan dari dalam bas. Thessaloniki-Gjirokastra. Rugi kalau tidur! Iftar dalam bas bertemankan sunset :)
  6. kami ke Tirana menaiki bas (1000Leke) lama juga perjalanan sebab berhenti ambil orang. bas kami pkul 8 pagi dan sampai di Tirana pada jam 1230tengah hari. di Tirana ada bus station :)
    
  7. Jika anda dari Tirana mahu ke Montenegro, tidak ada bas yang direct. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah dengan ke Shkodra dahulu. Dari Shkodra ada pelbagai alternatif:
    • bas ke Ulcinj (Montenegro)
    • bas ke Podgorica
    • furgons (mcm van kecik) ke mana-mana destinasi pilihan.

      
      Dari Shkoder ni ada yang ambil pengangkutan terus ke Croatia, Bosnia, Czech, banyak lagi la!

  8. Kami terus ke Bay of Kotor. Harga dalam 16 Euro sekepala. Mungkin agak mahal memandangkan transpot kawasan Balkan ni murah. Tapi memang berbaloi sebab dalam 3 jam jugak perjalanan along the coast. Subhanallah cantik sangat rasa mcm nak suruh je bro tu berhenti kejap nak tangkap gambar!
  9. Setibanya ke Kotor, kami terus membeli tiket bas ke Dubrovnik, Croatia. tertintas gak dalam kepala nak cari bot, tapi tiada perkhidmatan bot ke Dubrovnik. Cruise adalah! Hoho. Dari Old City Kotor, boleh nampak signboard tulis Autobuska Stanika (bus station), kalau jalan kaki dalam 10 minit. Harga tiket bas pula 14 Euro, tapi sekiranya ada beg yang nak diletak kt bawah bas, kena tambah 1 Euro time nak letak beg tu. Bas ni akan berhenti di dua tempat (rasanyalah) sebab nak ambil orang kt situ.



    Dan dalam perjalanan ke Dubrovnik, bas akan naik feri ala ala dari tanah besar ke pulau kt Penang. jangan lupa keluar bas sekejap untuk ambil gambar & merasai kesedapan angin yang sepoi-sepoi menampar pipi~ Perjalanan bas lebih kurang dalam 4 jam ++ depends on kelancaran kastam di border setiap negara. Make sure ready dengan passport di tangan!

    
    Atas feri~ ^0^

    
    Imegresen Montenegro

  10. Kami bergerak ke Mostar dari Dubrovnik. Kalau tengok peta betul-betul, Bosnia hanya kawasan pantai yang sangat kecil yang memisahkan Dubrovnik dengan Croatia Besar. Jadinya, 3-4 kali jugaklah pegawai Imegresen check passport. Harga tiket bas dalam 105 kuna. Dan memang sekali lagi permandangannya subhanallah! Mana tidaknya, lalu dalam dua National Park jugaklah!
    
    permandangan dari dalam bas ke Mostar dari Dubrovnik

    
  11. Untuk ke Sarajevo, kami bergerak dari Mostar. Pilihan pengangkutan awam yang disediakan ialah bas dan keretapi. Kami memilih menaiki keretapi kerana katanya pemandangan sepanjang perjalanan ke Sarajevo amatlah mengujakan! Dan sememangnya betul! Maha Suci Allah yang telah menjadikan semua dengan indah dan tidaklah sia-sia~ Lonely Planet juga ada memberitahu, kami bakal melalui 64 terowong! tak sempat kira la pulak tapi memang banyak lah perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam setengah. Kami memlilih untuk duduk dalam ruangan ala ala Harry Potter (yang dudul dalam 6 orang dalam satu ruang)and seriously, it looks much similar to Harry Potter punya keretapi sebab ianya agak klasik XD
    
    Ni namanya Amir. banyak betul buku dia bawak sepanjang travel dia. :)

    
  12. Untuk ke Zagreb ada 4 pilihan. yang pertama, naik flight dari airport Sarajevo ke Zagreb. Yang kedua, naik kereta/bas/van sukahati lah. Yang ketiga, naik train. Dalam banyak-banyak cara ni, kami memilih untuk menaiki train. Bukan apa, dah alang-alang perjalanan lama tu, kalau naik train malam setidak-tidaknya dapat jimat duit penginapan. :P

    Tiket train Sarajevo-Zagreb harganya waktu kami beli dulu 58.9KM.

  13. (ini paling grrrrrrr) dari Zagreb, kami mengambil flight ke Skopje, Macedonia disebabkan Zagreb yang jauh di utara dan Skopje yang terletak sebaris dengan Sofia (agak selatan). ada juga perkhidmatan train yang disediakan, tapi kena tukar train di Serbia dan Malaysian memerlukan VISA untuk masuk ke Serbia (dan selalunya susah nak dapat). Harga flight lebih kurang 120Euro. Ada perkhidmatan bus shuttle dari station bus Zagreb ke Zagreb International Airport dengan harga 30Kuna.

Malangnya, kami hanya sempat masuk ke Alexander the Great Airport of Macedonia je (dekat gate pulak tu) disebabkan beberapa faktor yang kami sendiri tidak tahu T_T. Kami dihantar pulang semula ke Zagreb yang diiringi pegawai Kastam mereka. Jadi, kami dapat menceritakan sampai sini sahaja. Untuk perjalanan seterusnya kami sendiri tidak mendiscovernya secara realiti. Inshaallah satu masa nanti Allah memberikan peluang untuk kami sampai ke Bumi Ottoman & negara jirannya. :D

p/s: untuk sebarang pertanyaan boleh comment di post ini @ email ke basilhibiscus@gmail.com 

Selamatlah...


Saturday 25 August 2012

Greece - Athens (Athina)


Negara pertama yang kitaorang jelajahi ialah Greece. Berada di barat Istanbul, selatan Albania, Macedonia & Bulgaria. Kalau pernah khatam buku sejarah tingkatan 4, Greece berada di dalam tamadun Yunani yang terkenal dengan akropolis. Hari pertama bumi Athens dipijak, rasa macam atlet Olipmpik pun ada juga walaupun Dato' Lee Chong Wei kalah di tangan Lin Dan (kami sentiasa sokong DLCW!)

Secara ringkasnya, bolehlah baca sejarah Greece di sini *sedikit pemalas nak menaip panjang-panjang. But still, sejarah boleh menipu. Just read it.




Kami berada di Athens selama 2 hari 2 malam. Dan ke sana dengan flight Aegean Air dari Istanbul. Antara airport dan bandar agak jauh (sampaikan dekat peta tu terpaksa potong beberapa kawasan). Jadinya kami ambil train ke bandar, tiga kepala 20 Euro).


Athens airport. Namanya E. Venizelos International Airport.
Di Athens ni perancangan agak last minute, jadi kami hanya jalan2 sekitar bandar Athens, tak pergi jauh. :(

Acropolis - 
8 pagi - 6 petang (bergantung kepada musim)
Harga 12 Euro (6 Euro untuk student) - termasuk Ancient Agora, Theathre of Dionysos, Kerameikos, Roman Agora, Tower of the Winds dan jugak Temple of Olympian Zeus. Semua tempat ni tak semestinya dalam Acropolis ja. Tapi semuanya dalam walking distance je :)

Jangan bawak backpack! Nanti tak boleh masuk!
Naik subway sampai ke Acropolis Station (blue line), dari situ boleh dapat direction ke Acropolis (walking distance).

 
Theater of Heros Atticus - theater ni di bina waktu Roman dulu. kalau teringin nak merasai sendiri classical theatre performance boleh la datang sini! Tapi tak pasti pulak bila yang ada persembahan. Tapi sebab kami sendiri tak pasti bila persembahannya, lalu sebelah tangkap gambar je laaaa..



The Parthenon - salah satu binaan dalam acropolis yang dibina khas untuk tuhan Athena (tengok Percy Jackson kalau nk tahu siapa)



Erecthion - Poseidon dan Athena berlawan nak rebut title patron of the city. Athena gunakan spear dan sentuh tanah lalu tumbuhlah pokok zaitun! Dan Athena telah memenangi perlawanan tersebut makanya bandar tersebut pon dinamakan sebagai Athens.


 Ni ha pokok zaitun tu. The Sacred Olive Tree. Konunnya dah hidup berkurun lamanya!
"tahyul kt acropolis ni buat ak rse nk gelak guling2. haha.." 
- a friend.

Banyak lagi sebenarnya gambar dalam Acropolis ni, tapi nak tayang semua takut bosan pulak kan! Ada yang mencadangkan nak teroka Acropolis sahaja ambil masa seminggu, tapi mungkin sebab kurang mendalami + panas + puasa lagi, kami berjaya habeskan dalam separuh hari. hehe


Sebahagian daripada patung-patung di bangunan-bangunan dalam acropolis ni dipindahkan ke Acropolis Museum untuk kajian dan tayangan. Makanya sangatlah berbaloi untuk masuk ke museum tu, seberang jalan dengan pintu masuk Acropolis.

Museum ni tutup hari Isnin, jadi plan perjalanan baik-baik ye :)
Harga masuk: 5 Euro (3 Euro kalau ada student card)

Alang-alang tu, boleh tengok video cerita pasal perang tuhan-tuhan Greek sambil pekena aircond dan minum air lemon tea!


*gambar selingan. pakcik ni main sedap lah pulak haha. dekat lorong ni memang biasa kalau nampak orang main alat music :)

 

Dari Acropolis Museum ada patio yang boleh nampak acropolis dari jauh. Tapi sebab under construction, nampak la macam gaya movie Transformer (?) sket., haha



Dah habes pekena air-cond dalam Acropolis Museum kami bergerak pula ke Temple of Zeus. Tak jauh pon, dalam walking distance jugak. Nak masuk sini boleh guna tiket yang sama dengan tiket Acropolis tu. Tapi tak banyak sangat benda yang boleh dihayati dekat sini. Cerita pasal Temple of Zeus ni ada dalam cerita Hercules. hehe



Panathenaic Stadium - merupakan stadium yang dibina for the first modern Olympic Games. satu-satunya stadium yang dibuat daripada White Marble (entirely) dan salah satu stadium yang tertua di dunia!!

Untuk sejarah lebih lanjut, datanglah ke stadium ni because it is provided with helpful audio guide. Kalau belajar form 4 dulu, sukan Olympic time zaman ni diadakan untuk persembahan for God of Zeus. Tapi ada juga yang tulis untuk Goddess of Athena. haha. Tak kesahlah.




Tempat ni tak jauh pon dari Temple of Zeus. Tapi sebab summer, berpeluh la jugak.
Harga: 3 Euro (student : 1.5 Euro)
Dibuka pada setiap hari dari jam 8 pagi hingga 7 malam (March-October), tapi 5 petang kalau bulan November until February jeh
P/S:  

  • Jangan lupa panjat sampai atas! make sure pergi setiap checkpoints yang ada!
  • Be a king or queen! (*boleh duduk dekat seat king and queens and bayangkan view diorang waktu tengok olimpik dulu haha)
  • Jangan lupa bawa pulang pingat emas untuk Malaysia!
    *air ada dijual di cafe luar stadium dengan harga 0.50Euro.



Dari Stadium ni kalau panjat sampai atas dapat tengok Acropolis.
 
Byzantine and Christian Museum 
Kalau berkemampuan, boleh nak jalan dari Stadium Olympic. Tapi TAK DEKAT. Tapi kami jalan jugak, sebab tengok dalam peta macam dekat. Boleh tahan penat.
Harga 4 Euro (student price 2 Euro)

Museum ni sangat bagus untuk fahamkan lagi pasal sejarah Byzantine dan Christian.


 One of The Book of Gospels

War Museum pula sebelah Byzantine Museum. Tak rugi masuk.




Cari subway station named 'Monastiraki' (ada banyak entrance dia, so carilah semua.
haha). Dekat sebelah tu ada lorong yang ade pintu gerbang stated "FLEA MARKET'
*it won't suck your blood*

Nak beli fridge magnet, t-shirts, key chains or apa2 lah boleh cari di sini. Survey harga dulu sebab sometimes other shops have greatly different prices compared to the one that you see first.

Di sini juga ada banyak kedai kasut especially Converse (original) and the prices are quite resonable. Banyak jugak offer. For those yang bawa budget lebih, or kasut kena curi kat masjid ke, bolehlah beli di sini.

Di sekitar kawasan ini juga, pada waktu malam, boleh lihat permandangan acropolis dari bawah. Lawa sebab light reflection kot. But still cantik compared to siang yang nampak macam kuih bangkit (?)

There is one Bangla supermarket dekat area Omonia subway station. Ada juga kedai makan Bangla yang jual kebab, Ayam pakistan (tak tahu dia panggil apa) agak sedap and halal. Harga 2.5 Euro kenyang makan bertiga. Kedai tu nama Kebab Pak Punjab. That area memang banyak kedai orang2 asia. Tapi bahaya siketlah kalau malam2.



  • ALWAYS ALWAYS bring your student card. Kalau takda ISIC, student ID pon boleh, hawiyah bertulisan arab pon dia terima!
  • Lebih baik jangan keluar malam (lepas maghrib). Jalan terlalu lengang dan terlalu ramai yang mencurigakan dan mabuk-mabuk walaupun masih awal malam.
  • Put on your sunblock or head cap! Cuaca Greece cuaca Mediterrenean, 40 degree celcius tu biasalah kalau summer. 
  • Dekat Athens banyak internet hotspots, jadi tak perlu bimbang kepada mereka-mereka yang suka update.
  • Benda pertama yang perlu belajar: cara nak sebut huruf-huruf dia. Mungkin kita tak faham apa dia tulis, tapi sekurang-kurangnya boleh baca nama tempat.
  • Ramai Bangla Muslims yang kerja dekat kedai2 runcit, kalau bernasib baik boleh la nak tanya pasal makanan ke, masjid ke.
  • Kepada yang takut anjing, selamat menempuh jalan2 di Greece! xD


  • subway: airport-city = 8 Euro x 2 kali
  • hotel (2 malam) = 20 Euro
  • acropolis (student price) = 6 Euro
  • acropolis museum (student price) = 3 Euro
  • metro (twice + student) = 1.4 Euro
  • Byzantine Museum = 2 Euro
total in Athens (2 hari) = 48.4 Euro  (tak termasuk makan dan minum)
souvenir: fridge magnet serendah 1.5 Euro




Selamatlah!

Friday 24 August 2012

Why write?

You have to write to preserve your memories, 
before you forget.


Ayat di atas merupakan sebab utama mengapa blog ini diterbitkan. Banyak pengalaman, banyak kenangan, tapi akhirnya pudar dengan masa. We need journals, people! Berapa ramai yang banyak pengalaman, tapi akhirnya tak bermanfaat untuk orang lain. Agak rugi sebenarnya bila mana kenangan yang seharusnya kita simpan akhirnya hilang. Kalau dah tua nanti lagi la susah kan nak ingat kan :P


Dan ramai jugak yang bertanyakan soalan yang sama sahaja. Nak terangkan satu satu agak rumitlah kan, semoga melalui cara ini, penyampaian maklumat lebih berkesan :)

Mungkin agak bajet, tapi takpe lah. Hehe. Sebenarnya dah lama nak buat blog ni, tapi asyik-asyik menangguh je. Harapnya dengan blog ni sedikit sebanyak dapat berkongsi mutiara-mutiara ilmu yang kami dapat sepanjang pengembaraan kami ke beberapa buah negara. Yang telah dilawati dan juga bakal dilawati inshaAllah.


"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, 
sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar?  
Sebenarnya bukan mata itu yang buta, 
tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada" 
 [22:46]