Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)

Sunday, 2 September 2018

Korea Selatan - Pulau Jeju

Assalamualaikum!
Ya Allahhhh lamanya tak buka Basil Hibiscus ni.
Dah bersawang macam Taman Negari Endau Rompin dah ni πŸ˜…πŸ˜…
First of all, kami nak minta maaf kepada semua pembaca Basil Hibiscus sebab dah lama tak update cerita terbaru. Kepada pembaca yang ada bertanyakan soalan, kami lagi nak sorry sebab memang tak sempat baca (baca : tak buka email), apatah lagi nak jawab soalan kalian semua. Ada yang bagi soalan sejak 2016 lagi, rasa dah selamat pergi dan balik dah pun sebelum kami dapat jawab.

Apa pun, sejak kami graduate beberapa tahun yang lepas, memang kami dah tak aktif berjalan setiap tahun. Nak berjalan sekali apetah lagi. Sorang kat utara, sorang kat pantai timur belah selatan.

So this time, nak share tempat yang one of us pergi tahun ni. tahun ni ye. bukan 2016.

So, μ•ˆλ…• ν•˜μ„Έμš”!

Kami pernah cakap yang kami bukan peminat K-pop kan? Actually Korea Selatan ni ada lot more interesting things to discover other than Kpop. Takde pun jumpa artis Kpop kt Jeju-do ni.

Why Jeju? Sakuraaaa!!
Bila sampai Jeju-do tu, sakura dah kembang dan dah nak luruh. Bila sampai tu just nice je lah hari pertama ade sakura atas pokok. Esoknya semua dah luruh.
Actually trip kali ni sangat unexpected. Tiket beli pun a week before. So, preparations takdelah gempak mana. Banyak yang aci redah pun ade. 








Kali ni cover Jeju-do je, sebab tiket yang dibeli pun memang direct Kuala Lumpur - Jeju - Kuala Lumpur. Kami spend 6 hari 5 malam di Jeju-do, pusing satu Jeju-do.


Kenapa lately ni ramai sangat orang ke Jeju-do? Salah satu sebabnya ialah direct flight dari KUL ke Jeju-do tanpa perlu singgah ke Incheon. Flight tu memang penuh dengan orang Malaysia. Nanti jalan-jalan dekat Jeju-si pun boleh terserempak dengan Malaysian.


Boleh jalan-jalan Jeju-do guna public transportλ‹Ήμ—°ν•˜μ§€!!!

Dengan syarat, korang takde terkejar-kejar sebab naik bas memang lama. Dia akan berhenti di setiap bus stop sepanjang route dia.

Complicated? Mula-mula memang rasa macam tu, bila dah faham satu route, yang lain pun senang.

Kalau dari airport, memang banyak bas, so boleh naik yang heading towards tempat yang korang nak pergi. Boleh google siap-siap bas mana satu nak naik. 
Ada juga bas tourist yang boleh bawa ke tourist attractions dengan lebih cepat.
express and trunkline bus map

Jeju-do ada dua major city; Jeju-si and Seogwipo-si. Biasanya semua bas terminal dia akan jadi sama ada Jeju-si Bus Terminal or Seogwipo Bus Terminal. So bila nak naik bas, tengok stesen terminal dia mana, kalau tak, patah balik lah jawabnya. Memang tebal muka tanya driver bas dia pegi tak tempat yang kita nak pergi ni, kalau tak, sesatlah jawabnya.

Satu lagi benda yang menarik, kalau korang perasan ada dua bulatan oren dalam bus route map. Routes tu dia cover tourist attractions area situ and dia macam tourist bus. Akan ada tour guide yang akan cerita tempat-tempat menarik (dalam Korean lah tapinya) dan diberi map area yang dia cover. andddd bila korang tunjuk yang korang ada naik bus oren ni, nanti dekat admission counter untuk tempat-tempat menarik dalam Route oren ni, korang boleh dapat diskaun tiket masuk!



Sejarah Jeju-do? Pergi Jeju-do lah belajar history dia baru best, ye dak?









  • Sakura! - kalau nak target tengok sakura, mana-mana pun ada (South Korea, Japan, etc). Yang penting timing tu. Kena tengok forecast bila sakura tu nak mengembang. Bila dah kena timing tu, mana-mana pun boleh nampak sakura. Kalau di Jeju, ramai yang suggest ke Noksan-ro sebab boleh nampak sakura and canola sekali. Kalau naik bas susah sikitlah nak ke sini. Lagi senang ke Jeju National University Entrance.  
Sakura! Ni depan hotel je.

  • Seongsan Ilchulbong! - ni memang wajib. Kalau pergi Jeju, memang kena pergi panjat Seongsan. Biasa orang pergi waktu subuh, sebab nak tengok sunrise. Nama pun Ilchulbong (sunrise peak). Better tidur malam tu area Seongsan, then pagi tu boleh hike terus. Biasa dalam pukul 8 tu dah sampai bawah. Area Seongsan ni boleh pergi Seopjikoji Coast. Ada banyak Canola flower untuk diambil gambar and very nice view along the coast. Naik bas pun boleh, tapi kena jalan ke dalam sikit.


    Seongsan Ilchulbong dari Seopjikaji

    Canola!
    Nanti jumpalah yang cari sudut canola yang tak dipijak untuk ambil gambar hihi
      
  • Halla-san! - This is one of the the most challenging things to do in Jeju-do (bagi kami lah) sebab kami ni tak berapa fit sangat pun. Jogging pun dalam seminggu tu boleh kira. Ditambah dengan cuaca dan keinginan untuk ke tempat lain lebih tinggi, kami pun pass Halla-san. Tapi if you guys memang ada stamina and persistent, go for it! sebab tengok dari bawah pun dah cantik Halla-san tu. Ada banyak entrance boleh masuk; Gwaneuma (North), Seongpanak (East), Eorimok (Eastwest), Yeomsil (Southwest). Boleh decide mana entrance yang korang nak depends korang stay kt mana. You can do it, girl!
  • Falls! - Banyak sangat air terjun area Jeju ni. Cheonjeyeon, Cheonjiyeon, Jeongbang, etc. Bolehlah nak pergi 2-3 jenis. Yang paling menarik bagi kami ialah Jeongbang Falls sebab dia menghala ke arah laut. Area Jeongbang ni ada ahjumma jual sea squirt mentah. Bolehlah beli kalau nk cuba rasanya yang manis dan fresh!
Jeongbang Falls! Favourite <3
  • Beaches! - Banyak sangat pantai yang boleh dilawati. Masa kami pergi ni masih sejuk lagi, so memang takde orang yang mandi. Kalau musim panas bolehlah kot. One of our favourite beach is Woljeong-ri Beach! Memang cantikkk ditambah dengan windmill dalam frame, peh peh peh. Kalau datang tengah hari memang air laut memang nampak biruu.. dan sepanjang Woljeong-ri beach ni ada baaaanyak sangat cafe. Memang terbaik menghirup secawan cafe latte sambil tengok view yang sangat spectacular! Kalau tak silap ada glass boat kat sini, tapi masa kami datang takde pulak :( 
Memang banyak sangat cafe, tak tahu nak pilih mana dah.
Pilih yang pasang lagu sedap jelah
  • Olle! - boleh dikatakan sepanjang costal road satu Jeju-do ni adalah part of olle. Apa itu Olle? Olle tu bermaksud Old Trail. Boleh try seberapa banyak yang korang nak, sebab kami sempat 2 je, tu pun separuh jalan haha. Kalau nak tengok topography, sites of attractions yang ada pada setiap Olle, boleh tengok sini
Simbol Olle. Kalau jumpa ni, bermaksud jalan tu part of Olle

One of the attractions at Olle 6/7 : Eodolgae

  • Jeju Folk Village!
    - Kalau minat Jewel in the Palace, kat sini adalah salah satu tempat penggambaran dia. Boleh sewa hanbok untuk pakai kalau ada duit lebih. Boleh tengok macam mana seni bina rumah zaman dahulu plus dapat tengok bunga-bunga yang lawa.
    Mostly sama je reka bentuk dia, tetapi mempunyai fungsi yang berbeza
Opposite entrance Folk Village, ada pantai ni.
Time kami datang memang berangin & takde tempat berteduh
  • Bus Route 810 dan 820! - Macam dah cerita kat atas tadi, banyak tourist attractions sepanjang routes ni. Yang lecehnya sebab kena tukar bas. tapi senang je, kalau 810, pergi ke Dae-cheondong Circulation Center, and kalau 820 tukar di Donggwang Circulation Center (refer map di atas). Jeju Rail Park, Maze Land, Oreums (crater), O'sulloc Tea Museum, Glass Castle, Hello Kitty Island and etc. So kena try naik routes ni.









  1. Dongmun Market - dekat sini, mostly semua benda ada. Boleh last minute shopping sebelum kejar flight.
  2. Five-Day Market - hanya buka pada 2hb, 7hb, 12hb, 17hb, 22hb dan 27hb setiap bulan.
  3. Jungang Underground Shopping Market - Ni kalau nak pegi Nature Republic ke, Innisfree ke, Etude House ke ada di sini. Kedai baju pun ada area sini. 


  • Try to learn Hangeul first. Sangat berguna nak baca signboard, etc
  • WiFi is everywhere. 
  • Don't bother buying air mineral, because they've water dispenser almost everywhere! just bring empty water bottle.
  • Wajib cuba Jeju Kyul (mandarin/orange) and Hallabong. Memang sedapppp.
  • Kalau tengah sengkek takde bajet tu, boleh beli instant rice, with kimchi and crunchy seaweed dekat 7e, or other convenience stores. tak sampai 5000 won pun untuk sekali makan.
  • Boleh guna T-money card untuk bayar kat convenience store. terutamanya bila nak habiskan baki dalam kad di airport.
  • Aware dengan pertukaran nombor bas! Kadang-kadang dia tampal notis di bus stop, tapi sebab tak paham, sampai ke sudah bas tak muncul-muncul. Rupanya bas dah tukar nombor.
  • Kalau left anything behind dalam bas, jangan panik! Ingat nombor bas, pukul berapa turun bas, and minta orang korea tolong telefonkan Lost and Found. Alhamdulillah, I got my phone back. Thanks ahjussi yang tunjukkan pukul berapa bas sampai, eonni yang callkan customer service, and travelmate yang sabarr)
Fvaourite lunch & dinner


  • transport for 6 days - 20,000 won (use T-money)
  • Jeju Folk Village - 11,000 won
  • Makan - ikut selera!




Okayyy That's all for Jeju-do. Agak kekok sikitlah mula-mula sebab selama ni tengok orang korea, baca Hangeul dekat tv, phone je. Bila depan mata ni lain sikit. Bila nak cakap tu pun tersasul kau yo-yo. (Sorry halmeoni yang nak tolong kami tapi habuk tak paham hihi). Anyway, orang korea ni okay je, just kena tegur dulu. So far kalau kita tahan tepi jalan minta tolong memang dorang akan tolong. Maybe this is just a beginning to discover more about Daehan Minguk! 
Lepas ni Seoul pulak ye?

See you soon.

No comments:

Post a Comment