Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)

Monday 30 December 2013

Bulgaria - Plovdiv

Assalamualaikum!
Lama sudah tidak bersiaran ye dak?
Kami ingin memohon maaf, sejak masuk tahun klinikal ni, masa kami semakin sempit. haha


Walaupun Plovdiv (Пловдив) bukanlah ibu negara Bulgaria yang sibuk dan menjadi tumpuan orang ramai, seperti Sofia, namun ianya merupakan salah satu bandar yang tertua di Eropah. Malah antara bandar tertua dunia. Jika anda melihat sendiri bandar ini buat pertama kali, anda dapat mengagak bahawa bandar ini memang lama! Kembara ke Bulgaria memang tidak lengkap jika tidak berkunjung ke bandar ke-2 negara ini.






Sejarah Plovdiv bermula 4000 BC. Penempatan awal bermula di antara Nebet, Taksim dan Dzhambaz hills (The Three Hills), didiami oleh Thracians. Kemudian pada abad keempat BC, Plovdiv ditakluk oleh Phillip the Macedonia dan menamakannya Phillipopolis. Bandar ini dikelilingi kubu pertahanan yang tebal. Pertarungan demi pertarungan berlaku antara Thracians dan Phillips dan akhirnya bandar ini menjadi sebahagian daripada Empayar Roman pada abad pertama AD.

Pada zaman Empayar Roman, Plovdiv berkembang menjadi bandar yang maju dengan pembinaan bangunan, jalan dan juga fasiliti lain. Pada pemerintahan Kham Malamir, bandar ini dikembalikan kepada Bulgarian State, namun penyerahan kuasa sering bertukar ganti antara Bulgarian dan juga Byzantines. Plovdiv juga pernah menjadi tawanan the Knights of the Fourth Crusade dan akhirnya menjadi sebahagian daripada Bulgarian State pada 1344AD.

Tentera Uthmaniyyah membuka Plovdiv pada tahun 1364 dan sedikit demi sedikit menawan keseluruhan Bulgaria. Nama bandar telah diktukar menjadi Filibe. Pada abad ke 18 dan 19 sewaktu Bulgarian Revival, Plovdiv merupakan pusat ekonomi yang penting di Bulgaria. Kesannya dapat dilihat dengan pembinaan rumah yang sangat cantik dan mahal. Pada 16 Janunari 1878, bandar ini telah dibebaskan daripada jajahan Uthmaniyyah oleh Tentera Rusia .

Plovdiv yang terletak di selatan Bulgaria, secara sejarahnya dibina di antara tujuh bukit syenite. Disebabkan bukit-bukit ini, Plovdiv dikenali sebagai "The City of the Seven Hills".







1. Sertai Free Plovdiv Tour!
Bagi menjimatkan masa dan duit, kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar Plovdiv menggunakan tour percuma ini. Banyak info yang diperoleh daripada tour ini. Mungkin agak penat sedikit memandangkan tour ini bukanlah tour berbayar, lawatan sekitar bandar ini hanyalah dengan berjalan kaki dan Plovdiv merupakan bandar yang berbukit-bukit. Tetapi sangat berbaloi. Boleh layari Free Plovdiv Tour untuk maklumat lanjut. Tour ni hanya tunjuk tempat-tempat menarik dari luar, jika kalian berminat untuk masuk atau menghayati lebih mendalam, kalian boleh masuk sendiri pada waktu luar tour. :)


2. Menikmati Matahari terbenam di Nebet Hill
Yang ini kami tak buat disebabkan kekangan waktu. Tapi kami dapat mengagak permandangan yang amat cantik ketika sunset dari Nebet Hill.  Dari Nebet Hill ini jugak anda dapat melihat gunung-gunung yang lain yang termasuk dalam 7 Hills.

Berdekatan tempat melihat matahari terbenam ini terdapat restoran dan kafe jika anda ingin menikmati makanan Bulgaria. Haruslah disemak dahulu halal dan haramnya, kita semua pun sudah makruf.

Permandangan dari Nebet Hill.

3. Berjalan sekitar Old Town



Seperti bandar-bandar tua yang lain, Plovdiv asalnya tertumpu pada sebuah kawasan di dalam tembok batu. Tembok batu ini masih lagi dipelihara sehingga hari ini. Berjalan sekitar kawasan Old Town sambil melihat binaan lama dan kraftangan yang dijual sepanjang jalan-jalan kecil dan berbukit ini dapat membawa anda ke satu dunia yang berbeza. Apatah lagi, kenderaan awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan Old Town ini. Pelbagai kawasan tarikan jugak terletak di dalam Old Town seperti Museum Etnografi, gereja malah Nebet Hill juga terletak tak jauh dari Old Town.

Di dalam kawasan Old Town ini juga terdapat banyak hostel dan rumah tumpangan yang menggunakan bangunan-bangunan lama yang telah diubahsuai. Harganya juga berpatutan. Kawasan Old Town ini juga dikenali oleh penduduk tempatan sebagai "perangkap" atau dalam Bahasa Bulgarianya, "Капана: /Kapana/".


4. Masjid Djumaya



Masjid Djumaya yang juga dikenali sebagai Masjid Ulu merupakan antara yang terbesar dan tertua di Bulgaria. Djumaya dalam bahasa Turki bermaksud hari Jumaat. Masjid ini juga merupakan masjid tertua di Eropah yang terletak di luar Andalus. Bangunan ini telah dibaikpulih sebanyak dua kali, pada tahun 1785 dan 1818 kerana mengalami kerosakan akibat gegaran gempa bumi.

Bangunan ini masih lagi berfungsi sebagai sebuah masjid dan solat jemaah masih dijalankan.

5. Roman Amphitheater



Amfiteater ini berasal dari zaman Trojan lagi. Tempat duduk penonton dihadapkan ke arah Pergunungan Rhodope, antara banjaran gunung yang terkenal di Bulgaria. Binaannya masih terpelihara dan pelbagai persembahan teater dan musikal diadakan di sini pada musim panas.









  • Bulgaria terkenal dengan produk ros dan bunga-bungaan dan merupakan negara pengeluar minyak rose ke-2 terbesar dunia. Anda boleh mendapati sabun, perfume, sapu tangan dan lain dengan harga yang berpatutan. 
  • Kedai-kedai cenderahati ini boleh didapati di Saborna Street yang terletak di dalam kawasan Old Town.


  • Nak bagi ke tak tips kepada free tour tu? Terpulang. Kami tak bagi sebab tak cukup duit :(
  • Stesen bas international lain dengan stesen bas antara bandar. Tapi dekat-dekat je.
  • Jangan lupa try pizza yang murah di sini! Sepotong hanya 1.5Leva!
  • Di sini terdapat banyak hostel yang dibina mengikut rumah klasik Bulgaria dengan harga yang berpatutan. Jangan ragu-ragu untuk mencubanya untuk satu malam :)



  • 1 Bulgaria Leva = 0.5Euro (approximately)
  • Hostel range = 10-15 Euro


Selamat mengembara! :)