Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)

Monday 29 October 2012

Croatia - Dubrovnik

AWAS!
bandar Dubrovnik merupakan bandar yang paling mahal sepanjang  perjalanan kami di sini.
sila rancang bajet anda dengan baik. :)

Assalamualaikum :)

Dubrovnik, satu bandar dalam negara Croatia yang terletak di bahagian selatan negara tersebut. jika diperhatikan, Croatia mempunyai bentuk peta yang agak unik yang berbentuk seperti croissant (sebab tu nama dia Croatia kot). Croatia bersempadan dengan Bosnia & Herzegovina di bahagian selatan, Hungary di bahagia utara, Serbia di sebelah timur dan Slovenia di sebelah barat. Croatia juga dikenali sebagai Republika HRVATSKA.





Pada mula-mulanya, Croatia berada di bawah pengaruh Greek. Selepas itu, diambil alih oleh kuasa Roman dan membahagikan Croatia kepada dua bahagia iaitu Dalmatia (sebelah coast) dan Pannonia.
pada abad ketujuh, orang Slavic (atau dikenali sebagai Croats) berimigrasi ke Croatia. Mereka bertapak di Croatia bermula di kawasan Dalmatia dan seterusnya masuk ke bahagia tengah Croatia. Bahagian tengah Croatia pada abad kesembilan mejadi sasaran orang Franks (merupakan orang yang berkuasa yang menguasai Eropah pada ketika itu). Pada ketika itu juga, Croatia ditukar kepada negara Kristian dan menjadi sebahagian daripada Gereja Katolik Barat yang berpusat di Rom.

Pada tahun 1667, sebahagian besar kota ini telah musnah oleh gempa bumi. Hanya Sponza Palace dan Rector's Palace yang selamat dari bencana itu. Penduduk Dubrovnik bersama-sama berusaha untuk membina kembali kota kecil ini seperti mana yang anda boleh lihat pada hari ini. Walaupun kota ini dibina semula, kegemilangannya tidak dapat dicapai sama seperti sebelum itu.

Dubrovnik merupakan sebahagian dari Yugoslavia setelah Perang Dunia Pertama. Sebelum Raja Alexander dibunuh di France, Dubrovnik mengamalkan sistem monarki di bawah Austro-Hungarian empire. Apabila Tito mengepalai komunis, Dubrovnik merupakan antara wilayah yang dikuasai olehnya termasuklah Montenegro, Slovenia, Serbia dan Bosnia-Herzegovina. Setelah kematian Tito, Croatia telah menuntut kemerdekaan dah akhirnya berperang dengan Serbia.

Dan kini setelah Croatia merdeka, Dubrovnik kini dikunjungi oleh pelancong serata dunia! :D

Salah satu gereja yang terdapat di Old City






> Melawat Old City
Old City of Dubrovnik terletak agak jauh dengan Stesen Bas utama. Anda perlu menaiki bas untuk ke Old City. Untuk nombor bas, bolehlah rujuk di sini. Kebanyakan bas akan melalui Old City (Pile Gate) dan pastikan anda memilih nombor bas yang paling berdekatan dengan penempatan anda! Tiket bas berharga 12 Kuna (one way).

salah satu jalan di Old City dari Ploce Gate yang menembusi ke Pile Gate

>Jelajah Lockrum Island
Setibanya di Old City (Pile Gate) kami meneruskan perjalanan terus mencari Old Port untuk menaki bot ke Lockrum Island memandang kami tiba agak lewat. Bot terakhir ke Lockrum Island ialah pada jam 6.15 petang. Jadi, silalah bajet masa anda untuk pulang semula ke Old Port. Harga bot pergi dan balik ialah 50 Kuna. Perjalanan ke Lokrum Island mengambil masa lebih kurang 15 minit. Berhimpit jugaklah di dalam bot. tempat duduk semua dah penuh. Setibanya di Lockrum Island, kami terus berjalan mencari tempat untuk bermain air tanpa bayaran. haha :D

Di pulau ini juga terdapat tarikan-tarikan lain seperti Botanical Garden, Gereja, Fort Royal Castle. kepada  sesiapa yang berminat, bolehlah spend masa lebih sikit. Jika ada masa lebih & membawa baju lebih, bolehlah berenang di sini!

Lokrum Island
>Terokai Old City Wall
Mengikut perancangan, kami sepatutnya berjaya menerokai Old City Wall, tetapi apakan daya, kami terlalu asyik di Lockrum Island. Old City Wall tutup pada jam 6.30 petang dan lebih awal pada musim sejuk. Kalau   dapat naik wall ni, kita boleh tengok the coast around the city wall. 

>Menaiki Cable Car 
Harga untuk menaiki kereta kabel ini alah 87 Kuna untuk pergi dan balik. Kereta kabelnya ala-ala Genting punya, tapi lebih besar, boleh muat dalam 20 orang (himpit-himpit sikit), tiada tempat duduk. Dalam lima belas minit, kami pun sampai ke puncak. Alhamdulillah, kami dapat sampai ke puncak tepat waktu tenggelamnya matahari. Subhanallah :)

sunset dari atas puncak. setelah menaiki cable car.
Di atas puncak yang tingginya 405m, terdapat juga kedai-kedai makanan yang harganya agak membunuh bagi kami yang suffered from shortage of money. Jadi, bolehlah bersedia dengan makanan jika ingin berpiknik di atas bukit. Di sini juga terdapat perkhidmatan membuat duit syiling kita sendiri. Maksudnya, ada orang yang akan ketuk-ketuk Syiling tu untuk menjadi syiling yang kita idam-idamkan! Menarik juga untuk dijadikan hantaran perkahwinan ye dak? :p

Untuk ke tempat menaiki kereta kabel ini, anda perlu ke Ploce Gate. jika anda berada di Pile Gate, anda hanya perlu melalui jalan luar sebelah kiri daripada Pile Gate sehingga anda jumpa Ploce Gate. Kena mendaki sikit, jadi bersedialah!



>Menelusuri Placa Stradun
Jika anda datang dari Pile Gate, anda akan terus berada di Placa Stradun (main street) apabila anda melepasi Gate tersebut. Sepanjang jalan utama ini, anda akan dapati ramai orang membuat persembahan jalanan seperti orang yang tak bergerak, lukisan dan macam-macam lagi. Di sepanjang jalan ini juga anda boleh mendapati restoran-restoran, kedai cenderahati dan sebagainya. Jika anda mengambil peta Old City, ada akan jumpa Masjid! Setelah berpusing-pusing, kami pun jumpa masjid. Alhamdulillah :)

>Tarikan yang berbayar yang kami tak pergi
Terdapat juga di sini tempat-tempat yang termasuk dalam senarai-sempat-pergi-jika-ada-duit. tetapi apakan daya... tetapi, kami tetap ingin berkongsi kepada anda semua peminat Basil Hibiscus (?)

Anda juga boleh melawat Rector's Palace. Merupakan rumah muzium yang menceritakan sejarah bandar Dubrovnik. Ada juga Sponza Palace, Museums dan Churces. Anda mahu pergi? Silakan! :)




  1. Semestinya di Placa Stradun! Ada banyak deretan kedai di sepanjang jalan utama ini. Pastikan anda bijak memilih dengan harga yang berpatutan!
  2. Di luar Pile Gate, Ada kedai runcit yang menjual makanan seperti roti, mee segera dan macam-macam lagi. Kalau lapar, bolehlah singgah dahulu sebelum masuk ke Old City.



  • Pastikan anda memiliki PETA & JADUAL BAS bandar ini. Ssangat perlu supaya tidak sesat dan ketinggalan bas.
  • Untuk penempatan, pastikan hotel @ hostel anda senang dijumpai dan dekat dengan stesen bas. Teksi dia agak mahal :( Ada dua kawasan menarik untuk dijadikan kawasan penempatan iaitu berhampiran stesen bas utama atau berhampiran Old City. Biasanya yang berhampiran dengan Old City itu lebih mahal :)
  • Gunakan hari anda sepenuhnya sebelum pulang ke penempatan sebab nanti rugi tiket bas.
  • Jangan tukar duit di stesen bas! Ratenya sangatlah tinggi!! Tetapi anda perlu bayar tiket bas dalam Kuna. Jadi, cadangannya, tukar sikit je untuk bayar tambang bas, yang lain tukar di Old City.
  • Jika anda menaiki bot ke Lockrum Island @ Kereta Kabel, pastikan tiket return anda simpan elok-elok!


  1. Tiket bas sehala - 12Kuna
  2. Tiket Kereta Kabel (dua hala) - 87Kuna
  3. Souvenirs - Tshirt around 7Euro
  4. Bot ke Lockrum Island - 50Kuna
_______________________________
21:31
"And We placed within the earth firmly set mountains, lest it should shift with them, and We made therein [mountain] passes [as] roads that they might be guided."

Selamatlah!


Wednesday 17 October 2012

Bagaimana merancang cuti anda sendiri?

Assalamualaikum :)


Cara Merancang Percutian bersama BasilHibiscus :

Dah masuk post yang keberapa entah, baru perasan yang kami tak pernah lagi berkongsi cara merancang percutian. Asyik membebel panjang pasal tempat tu, tapi kalau tak tahu cara merancang pon susah jugak kan?


1) Tujuan

Baiklah, bila orang tanyakan kepada kami, "macam mana nak rancang percutian eh?". Kami lebih gemar untuk bertanya kembali, "apa yang awak nak dari percutian tu?"


Ya! Pertama sekali yang awak perlu tahu sebelum memilih destinasi adalah tujuan ke tempat tersebut. Of courselah orang bercuti untuk merehatkan minda dari segala kekusutan dan keserabutan, tapi jika hanya itu yang menjadi sebab anda memilih destinasti percutian, jujur kami katakan, agak rugi sebenarnya. Kata orang, sambil menyelam minum air. Jadi disamping mahu merehatkan minda, anda perlu decide, adakah anda memilih satu destinasi itu kerana inginkan tahu lebih mengenai sejarah ketamadunan? kecantikan alam sekitar? shopping? kemodenan? 


Setelah tahu matlamat percutian anda, barulah boleh kecilkan skop dan pilih destinasi!


"Tapi saya nak pergi banyak2 negara!" Kalau macam tu, hmm, kami nasihatkan, pilih prioriti terlebih dahulu.


2) Backpack/begtarik/lenggang


Perkara ni juga penting dalam menentukan perkara-perkara seperti bajet. Sesetengah penerbangan mengenakan bayaran yang asing jika anda ingin memasukkan bagasi ke dalam kargo (bonnet kapal terbang) . Tapi sebaiknya anda hati2 kerana penerbangan biasanya sangat ketat dalam isu ini.

jangan jadi macam ni sudahlah yeee ;)
credit
3) Cara nak ke sana.

Cara paling mudah untuk sampai ke satu tempat sekarang ni semestinya dengan menaiki kapal terbang. Tapi banyaklah pulak penerbangan yang ada dekat bumi ni! Nak pilih mana satu ni? Satu cara mudah adalah dengan menggunakan agent internet. Tapi kami nasihatkan jangan gunakan agent untuk membeli tiket penerbangan! Kami sendiri hampir ditipu beratus-ratus Euro! Tapi alhamdulillah setelah  banyak kali mendesak agent yang terbabit, duit dikembalikan.


HANYA GUNAKAN AGENT UNTUK TENGOK PENERBANGAN!! BUKAN PEMBELIAN!!!

Dengan menggunakan agent internet, kita dapat tahu syarikat mana yang menyediakan perkhidmatan ke destinasi terbabit, dan juga harga. Setelah tahu itinerary pilihan, barulah membuat pembelian terus dengan syarikat penerbangan menerusi laman web rasmi.


Jika destinasi anda memerlukan anda untuk menaiki jalan darat atau jalan laut, adalah lebih mudah jika semak syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Jalan mudah: Google. 


3) Buku travel


Buku travel bukanlah perkara yang wajib ada. Tapi buku travel sangatlah membantu. Sebagai contoh, sewaktu di Sarajevo, kami ingin ke "Tunnel Museum" yang letaknya sangatlah jauh dan tak tersampai jika hanya ingin menaiki tram. Laman-laman web pula lebih kepada mempromosikan pakej tournya. Perkara ini diceritakan dengan teliti di dalam buku travel kami.


Jika anda ingin berjimat, tidak perlu beli buku travel yang baru, banyak buku travel edisi lama yang sudah dimuat turun ke Google Books. Itu pon jika anda tak kisah edisi lama. Edisi lama yang masalahnya adalah apabila jalan2 baru sudah dibina, pengangkutan yang bertambah atau dibatalkan.


Jika anda mempunya ebook reader/iPad/Tab/Note bla bla bla, gunakannya sepenuhnya!!! Kebanyakan buku travel turut menjual versi pdf yang lebih murah!

lebih mudah dengan versi Pdf!! credit
4) Bajet

Ini sangatlah penting kerana no money no travel. Untuk merancang cuti anda, lihatlah pada bajet yang anda miliki. Anda diberi dua pilihan, merancang cuti mengikut bajet atau berjimat dan mengumpul duit untuk bercuti. Kami prefer kepada pilihan yang kedua kerana ianya lebih teratur dan terancang. Kalau boleh, dah letak perancangan awal bila dan di mana anda hendak bercuti supaya kita dapat mengawal nafsu kita daripada berbelanja lebih-lebih di kala mega sale yang ibarat tumbuh selepas hujan!
bijak-bijaklah merancang perbelanjaan, nanti kering.. hehe
credit

5) Travel Forum

Terdapat banyak forum yang mengisahkan tentang percutian-percutian di seluruh negara.
Kami bukan forum :) tapi dialu-alukan untuk bertanya sebarang kemusykilan. 

Dengan berforum, anda boleh bertanya sebarang kemusykilan. Mungkin itinerary yang anda rancang, berbeza sedikit dengan kebanyakan orang telah pergi, makanya, bolehlah utarakan masalah anda. InshaAllah, akan ada orang yang membantu :) Biasanya, pengembara akan memahami masalah yang dihadapi oleh pengembara yang lain! 
*sebab tu wujud BasilHibiscus.haha*

6) Masa dan Musim

Jika anda yang tidak tahan dengan musim sejuk seperti mengalami cyanosis yang sangat kronik jika bermain salji, kami sarankan anda pergi ke negara yang iklim sederhana seperti Malaysia(?), Jordan, Mesir, Indonesia, Thailand dan mana-mana negara yang berhampiran dengan garisan khatulistiwa. 

"Tapi, nak pergi UK, Europe semua tuuu!!". tiada masalah, kerana anda boleh pergi negara-negara ini pada musim panas atau bunga.
credit

Apapun, terpulang pada anda. Yang penting, jangan ponteng kelas ataupun kerja! Mengembara ini hanyalah hobi sampingan. Jangan abaikan tanggungjawab anda yang lebih utama kepada keluarga, penaja(?), agama dan negara! :)

7) Penginapan

Penginapan juga bergantung kepada budget anda. Jika budget anda rendah, maka jangan fikirlah pasal hotel mahal-mahal kan. Tapi, masih banyak pilihan buat mereka yang lebih suka memilih percutian bajet rendah seperti hostel dan hotel murah. Hostel yang berbentuk dorm sangat sesuai untuk mereka yang mahu berjimat sambil buat kenalan baru. Dari berkenalan di dorm, boleh terus berkawan walaupun habes percutian!!

Sesetengah hotel atau hostel juga menawarkan penginapan sambil star-gazing. Harga yang lebih murah sambil menghirup udara segar! Camping juga satu pilihan yang menarik! Tapi jangan risau, biasanya penginapan seperti ini disediakan locker, tandas dan juga bilik mandi. :)

penginapan tanpa bumbung. boleh tengok bintang dan jimat! ;)
credit

Jika anda mahu jimat dan lebih terancang, adalah lebih baik jika anda book penginapan anda terlebih dahulu. Tetapi jika anda lebih sukakan random dan tak kisah akan harga, tak perlu book pon tak ada masalah! Ada dua kemungkinan jika anda tidak book penginapan terlebih dahulu, sama ada harga akan naik berganda atau akan jatuh merudum! ;)

____________________
Betapa rapi pun perancangan kita, perancangan Allah itu lebih sempurna. :)

Selamatlah merancang percutian anda dan semoga mendapat ibrah dari pengembaraan tersebut! ;)

Thursday 11 October 2012

A story of Andalusia

Assalamualaikum :)

Selamat tinggal Andalusia 
Yang rebah tersungkur ke dada bumi 
Selamat tinggal Andalusia 
Mungkinkah dapatku kembalikan sinarmu

Tertanya-tanyakah anda apakah itu Andalusia? Seringkali kita mendengar lirik lagu, coretan sejarah mengenai Andalusia. Jadi, kami ingin memberi sedikit pencerahan apakah itu Andalusia!

"Menangislah anakku, bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki"
ucapan bonda kepada Raja Andalusia yang terakhir kepada beliau

Kenapa dinamakan Andalusia?
Sebelum kedatangan Islam, Sepanyol dikenali sebagai Iberia atau Asbania. Sewaktu bangsa Vandal menguasai kawasan ini, kawasan ini pun dipanggil Vandalusia (bermaksud tanah orang Vandal). Setelah kedatangan Islam, perkataan Vandalusia diarabkan menjadi Andalusia.
*people are still debating where the word Andalusia came from*

Di manakah Andalusia?
Peta moden Sepanyol dan Morocco
Andalusia terletak di kawasan selatan Sepanyol. Merupakan Sepanyol pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam.

Sejarah Andalusia (when we call it history, nothing to be believed entirely)
Kedatangan Islam ke bumi Andalusia didahulukan dengan penaklukan Afrika Utara pada zaman Khalifah Abdul Malik dengan gabenornya Hassan ibn Nu'man. Kemudian pada zaman al-Walid bin Abdul Malik, Hassan digantikan dengan Musa ibn Nusair. Musa telah meluaskan empayar Islam ke Maghribi. Kecuali Septa, sebuah pelabuhan kecil di utara Morocco yang mana di bawah jajahan Kristian. Sewaktu ini, mereka sedar satu-satunya cara untuk menyebarkan risalah hanyalah dengan menyebarkannya ke bahagian utara kerana di bahagian selatan adalah bahagian Sahara. Musa mengalami beberapa masalah dendak menakluki Andalusia. Pertama, antara Tangier (paling utara Morocco) dan Spain adalah sejauh 13km dan tidak ada bot. Sebuah pulau kecil, Pulau Biliar berdekatan situ dikawal oleh Kerajaan Rom. Septa pula di bawah Julian, penguasa Kristian yang mempunyai hubungan baik dengan bekas raja Spain.

Beberapa rancangan telah dibuat. Bot dan kapal dibina, ramai kaum Berber yang telah ditarbiyah dengan Islam agar mereka menjadi pejuang Islam. Tariq telah dilantik dikalangan kaum Berber untuk mengetuai angkatan. Dari Maghribilah, bermulanya penaklukan Andalusia.

-gambar hiasan-
*bukan karya asal penulis*
Tariq ibn Ziyad, nama yang cukup gah dalam kalangan kita, merupakan panglima yang dihantar oleh Musa bersama tentera 7000 orang untuk menakluk Andalusia. Tariq bersama tenteranya masuk ke Andalusia melalui selat di antara Maghribi dan Andalusia yang dikenali sebagai Selat Gibraltar dan mendarat di sebuah gunung yang dikenali sebagai Gibraltar (Jabal Tariq).

Setibanya Tariq di Gibraltar, orang tempatan menghantar surat ke Raja Rodricko  tentang tentera Islam yan ditemuinya. Surat itu mengatakan, "adakah ini tentera daripada bumi atau tentera daripada langit?" Mereka tidak pernah melihat tentera yang malamnya bagai rahib merintih sayu, namun siangnya menjadi tentera yang hebat di medan. Kemudian, Raja Rodricko mengumpul tenteranya seramai 100 000 orang untuk melawan tentera Islam yang hanya 7000 orang. Kemudian Musa ibn Nusair menghantar 5000 tentera tambahan di bawah jagaan Tharif ibn Malik. Saat itu, Tariq berada di tengah-tengah lembah. Cuba bayangkan, di kiri lembah terdapat sebuah tasik yang agak besar, di sebelah kanan dan belakang ada gunung-gunung.

Satu-satunya pembukaan berada betul-betul di hadapan lembah tersebut. Tharif bersama tentera-tenteranya berada di belakang gunung-gunung di bahagian belakang. Taktik ini sama dengan taktik yang digunakan oleh Khalid ibn Walid sewaktu menawan Persia. Peperangan ini bermula pada 28 Ramadhan tahun ke 92 Hijrah dan berterusan selama 8 hari. Dengan kehendak Allah, tentera Islam telah memenangi perang ini. Tentera Islam yang syahid lebih kurang 3000 orang, namun hampir semua tentera Kristian mati sewaktu peperangan.


Kemenangan Tariq bersama tentera-tenteranya menjadi tanda tanya kepada kita semua bagaimana begitu hebat tentera Islam menakluk Andalusia, namun, ada pihak-pihak barat memberi jawapan iaitu, Tariq megikat semangat tentera Islam dengan membakar bakar kapal-kapal perang mereka. Ini meletakkan tentera Islam dalam dua keadaan, sama ada menang atau mati syahid. Namun, kisah ini tidak terdapat lansung dalam mana-mana sumber tokoh sejarah Islam.


Satu demi satu bandar di Sepanyol ditakluk oleh Tariq. Bermula dengan Cordoba, Granada, Toledo dan Sevilla. Kemudian Tariq menakluk bahagia utara seperti Saragossa dan Navarre. 

Kebangkitan Andalusia
805 tahun, Islam yang dibawa oleh Moors menapak di bumi Eropah. Bermula dengan tentera pimpinan Tariq, kemudian empayar Islam terus berkembang ke seluruh kawasan Sepanyol.
Hanya dalam tempoh dua tahun, Tariq dan Musa berjaya menakluk seluruh daratan Sepanyol. Umat Islam berkobar ingin terus menyampaikan risalah kebenaran ke eluruh benua eropah, namun terhalang dek tidak dapat menembusi Utara Perancis disebabkan kekalahan dalam Perang Tours. Setelah itu, Musa dan Tariq dipanggil balik ke damsyik oleh Khalifah al Walid bin Abdul Malik.

Setelah kemangkatan Khalifah al walid bin Abdul Malik, Kerajaan Bani Umayyah telah digantikan dengan Kerajaan Bani Abbasiyah dan memlilih Baghdad sebagai pusat kerajaan. Abdurrahman Ad-Dakhil, keturunan Bani Umayyah yang selamat, berjaya menurunkan kekuasaannya kepada Yusuf Al-Fihri dan diangkat menjadi ketua kerajaan Andalusia (Amir Andalus) yang berpusat di Cordoba. Mereka tidak mahu berada di bawah Kekhalifahan Abbasiyah pada tahun 756 kerana bani Abbasiyyah banyak membunuh keluarganya.

Islam di Cordoba terus gemilang dengan penguasaan ilmu dari segenap sudut. Orang Islam dan jug orang bukan Islam datang ke Cordoba untuk belajar di universiti dan perpustakaan di Cordoba.


Salah satu bukti kecemerlangan empayar Islam di Corboda ialah pembinaan Masjid Cordoba atau nama lainya Mezquita.



Kubah Mezequita, Cordoba.


Binaan di dalam Mezequita, Cordoba.

Kejatuhan Andalusia

Kisah kejatuhan Andalusia mungkin boleh dikatakan bermula dengan kejatuhan kerajaan di Cordoba. Apabila kerajaan Cordoba jatuh disebabkan perang saudara, beberapa kawasan lain masih lagi membangun seperti Toledo yang berkembang pesat dalam ilmu astronomi dan juga gerakan pemikiran dalam kebudayaan Islam. Namun, Toledo jatuh juga disebabkan penaklukan oleh Alfonso Vi, Raja Castile yang juga menjadikan Toledo jatuh ke tangan Tentera Salib.

Di saat bandar-bandar lain jatuh di bumi Andalusia, umat Islam yang masih ada membangunkan Islam di Granada di bawah pemerintahan Bani Ahmar. Islam kembali bangkit dan dipegunkan lagi dengan pembinaan Istana al Hambra. Istana ini merupakan seni bina yang amat unik dan memerlukan kepakaran dalam matematik dan seni ukir. Istana in telah berjaya bertahan selama dua abad lamanya sebelum penyerahannya kepada Ferdinand dan Isabella.



 Some people said, Al Hambra is the Triumph of Mathematics.
-Al Hambra, Granada

Pemerintahan Islam yang merupakan pertahanan terakhir di Andalusia ini berakhir kerana perebutan kuasa orang-orang istana . Abu Abdullah Muhammad merasa tidak senang kepada ayahnya kerana memilih anaknya yang lain sebagai pengganti raja. Dia memberontak dan berusaha merampas kuasa. Ketika berlaku pemberontakan, ayahnya terbunuh dan digantikan oleh Muhammad ibn Sa’ad. Abu Abdullah kemudian meminta bantuan kepada Ferdinand dan Isabella untuk menjatuhkan Muhammad ibn Sa'ad. Dua penguasa Kristian ini dapat mengalahkan Muhammad ibn Sa'ad dan Abu Abdullah pun dapat menaiki tahta.

Ferdinand dan Isabella, yang telah mempersatukan dua kerajaan besar Kristian melalui perkahwinan, tidak merasa puas. Mereka ingin merebut kuasa terakhir umat Islam di Andalusia. Abu Muhammad Abdullah IX tidak tahan menahan serangan-serangan orang Kristian dan akhirnya mengaku kalah. Akhirnya kegemilangan Granada Kerajaan Islam terakhir di Andalusia setelah ratusan tahun kegemilangannya di Eropah lenyap di dunia. Dengan demikian berakhirlah kekuasaan Islam di Sepanyol tahun 1492 M.



Setelah Andalus jatuh ke Kristian, satu persatu kawasan di dalam Mezequita ini didirikan gereja di dalamnya. Masjid ini sengaja tidak dirobohkan bagi membuktikan kehebatan Kristian mengalahkan Islam.
Tanggal 2 Januari 1492 itu tercatat sebagai pemurtadan besar-besaran yang pernah terjadi dalam sejarah. Cordoba dan Granada hancur lebur bersama kitab-kitabnya yang dibakar . Pada tahun 1609 M, boleh dikatakan tidak ada lagi umat Islam di bumi Andalusia ini.


Kini, tiada lagi kedengaran laungan azan dari menara ini. :(
- La Giralda, Sevilla.


Sejarah akan terus berulang jika kita  tidak mahu 
menoleh ke belakang sebentar untuk mempelajarinya. Paksikan asas-asas Islam dengan kukuh dan hiasinya dengan kepelbagaian ilmu yang Allah berikan. Sungguh, tidak akan sesekali sama orang yang berilu dengan orang yang tidak berilmu. Dan sesungguhnya, Allah lebih menyukai orang beriman dan berilmu :)

___________
Similar situations [as yours] have passed on before you, so proceed throughout the earth and observe how was the end of those who denied.
3:137


*untuk keterangan lanjut mengenai bandar-bandar seperti Cordoba dan Granada, nanti entri baru daripada kami!