Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)

Monday 24 August 2015

Turki - Istanbul


Assalamualaikum :)
Pertama sekali, kami ingin memohon jutaan maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini Basil Hibiscus ini.
Kami juga sebenarnya dah tak banyak travel, jadi minta maaf kalau lama satu post tu kan keluar.
Walaubagaimanapun, kami tetap akan update dengan bandar-bandar yang kami pernah pergi.

So here we go!!
ISTANBUL aku datang!





Penempatan terawal di Istanbul dicatatkan pada lingkungan kurun ke-13 BC, Byzan the Megarian menamakan bandar ini sebagai Byzantine pada tahun 700BC . Small colony dari Greek tinggal di bandar itu sehingga 300BC. Selama 1000 tahun, bandar ini menjadi pusat komersial dan perdagangan. Istanbul tetap menjadi pusat dagangan selepas penaklukan Empayar Rom oleh Emperor Septimus Severius pada 193AD. Pada abad keempat, Emperor Rom Constantine meninggalkan Rome dan memilih Istanbul sebagai pusat kerajaan Rom pada masa itu. Ia merupakan pilihan yang bijak kerana Istanbul dikelilingi oleh tujuh buah bukit, bandar yang mengawal selat Bosphorus dan Tanduk Emas. Pada tahun 330AD, bandar ini dinamai semula dengan Constantinople dan diisytiharkan sebagai pusat bagi Empayar Rom Timur. Pada tahun 1453, Empayar Rom Timur jatuh ke tangan Turki Uthmaniyyah dan menjadi pusat empayar itu serta dinamakan sebagai Istanbul. Di era kejatuhan empayar ini selapas Perang Dunia Pertama, sultan terakhir Turki Uthmaniyyah dibuang negeri dan negeri-negeri di bawah empayar ini dipecah mengikut bendera masing-masing. Turki diisytiharka sebagai Republik Turki dan Mustafa Kamal attartuk dilantik sebagai presiden pertama.








Peta Istanbul sumber

Kalau nak kira memang banyak sangat tempat-tempat menarik di Istanbul ni sebab Istanbul memang sangat luas. Kami pun banyak teroka belah Eropah je, belah Asia tak pergi sangat pun. Jadinya, mana yang kami pergi jelah ye :)

1. Sultanahmet
Nak sebut Sultanah-met ke Sultan-ahmet? Sebut laju-laju je. Kalau nak sampai sini dari Airport (Havlimani) boleh naik Metro (tukar di Zetinburnu) kemudian naik tram (turun ni stesen Sultanahmet). Biasanya kawasan sini memang jadi kawasan tumpuan pelancong dan hostel/hotel memang banyak area sini. Kalau dah datang ke Sultanahmet, banyak tempat yang boleh dilawati dalam walking distance je.
  • Masjid Biru (Blue Mosque, Sultan Ahmad Mosque) - Masuk free. Kalau time waktu solat, orang Islam je boleh masuk ruang solat. 
  • Hagia Sofia (Aya Sofia) - Kalau nak cerita banyak-banyak sejarah dia macam tak syok pulak. Pergi sendiri lah eh :p Memang berbaloi masuk 3 jam.
  • Topkapi Palace - Istana yang sangat besar. Dalam ni ada pameran barang tinggalan nabi Muhammad S.A.W. 3 jam tak terasa sewaktu berjalan dalam istana ini.
  • Basilica cistern (yerebatan sarayi) - ruang simpanan air pada zaman empayar Rom dan tidak lagi digunakan. Di sini ada kepala patung Medusa! 
  • Cemberlitas - tempat ni sebelah je dengan Sultanahmet. Jalan kaki ikut jalan tram. Dekat sini ada Hamam yang asal dari zaman Ottoman lagi. Boleh lah try kepada sesiapa yang mampu. Masa tengah jalan dari Sultanahmet ke sini, belah kanan boleh perasan ada banyak kubur. One of them is Sultan Abdul Hamid II. Di sini juga ada pintu masuk ke Grand Bazaar, nama pintu dia Nurosmaniye Kapisi sempena nama masjid di sebelah pintu ini.

Masjid Biru atau nama lain Masjid Sultanahmet

Masjid Nurosmaniye yang terletak di sebelah pintu Grand Bazaar

2. Eminonou
Sini macam area jeti. Di sini semua jenis cruise, boat ada. Kalau nak ke sini oleh naik tram atau nak jimat jalan kaki je.
  • Spice Bazaar - shopping time! Bazaar ni sebelah Yeni Camii.
  • Yeni Camii - New Mosque. Bukan baru pun, tapi ia mengambil masa hampir setengah abad untuk disiapkan disebabkan kematian valide sultan pada zaman itu.
  • Naik boat - Dari sini boleh naik cruise ke Selat Bosphorus, Goldern Horn.
  • Boleh jalan-jalan ke Galata Bridge sambil tengok orang memancing dan makan Balik Ekmek (sandwich ikan)
Yeni Camii
3. Beyazid
Sini area universiti. Kalau jalan kaki dari Cemberlitas pun boleh.
  • Grand Bazaar!(pintu Beyazid) Kalau nak shopping boleh singgah sini. Tapi kalau sesiapa yang berjimat, cuci mata jelah.
  • Istanbul University - kami tak pasti sama ada boleh masuk ke tak. Pintu masuk dia memang lawa.
  • Beyazid Mosque - Sewaktu kami pergi, masjid ni tengah renovation. So tak boleh nak cerita banyak hehe
  • Sulaymaniye Mosque - Cantik sangat masjid ni. Kalau dari tram station, boleh jalan kaki, nanti nampak signboard masjid ni. Masjid ni tertelak di atas bukit. Dari masjid ni boleh nampak Eminonou dari jauh.
  • Old Book Bazaar - buat pencinta buku, ada satu kedai dalam bazaar ni yang jual buku terpakai bahasa Inggeris. Boleh tanya pakcik tu nak buku apa. Dia boleh cakap Inggeris.
Permandangan dari Masjid Suleymaniye

Old Book Bazaar di sebelah Grand Bazaar


4. Istanbul Modern
Katanya di sini kalau nak shopping baju, beg etc murah. Kami tak usha pulak. Nak ke sini boleh naik tram. 
  • Galata tower - the best spot to view sunset katanyaa(in winter, sebab kalau summer malam lambat)
  • Taksim Square - Ada tugu kemerdekaan Turki
  • Istiklal Caddesi - segala macam jenis brand ada di jalan ini. Kalau nak ke sini boleh naik funicular di Karakoy.
  • Dolmabahce Palace - Istana moden tepi Selat Bosphorus. Kami tak masuk pun. Ada orang recommend masuk sini. Korang try lah eh!
  • Kabatas - jeti untuk ke Prince's Islands. Kalau nak ke sini, boleh naik tram ke Eminonou, turun stesen last di Kabatas.
  • Ortakoy Mosque - Sungguh cantik seni bina masjid ini! Boleh naik bas dari stesen Kabatas yang tulis Ortakoy.
  • Rumeli Hisari - merupakan kubu pertahanan yang dibina di bahagian Asia dan Eropah. Yang ini bahagian Eropah. Boleh naik bas dari Kabatas yang tulis Rumeli Hisari.
Galata Tower

Taksim Square

Masjid Ortakoy

5. Fatih
Kalau ikutkan, kami jalan kaki je. Dalam berjalan kaki tu, kami melalui Valen's Duct
  • Makam Sultan Muhammad al-Fatih. Makam ini terletak dalam kawasan masjid.
  • Valens's Duct (kalau naik bas dari Eminonou biasanya akan lalu duct ini)
Valen's Duct sumber

6. Eyup
Ada banyak cara ke sini. Naik bas (cari je bas yang tulis Eyup) ataupun naik feri Golden Horn, sampai ke hentian akhir.
  • penghujung Golden Horn! 
  • Masjid Abu Ayyub al-Ansari dan makamnya. 
  • Dari sini boleh naik cable car naik bukit. Kami namakannya Bukit Kubur sebab bukit ni memang penuh dengan kubur. Rasanya Arwah Ammar ditanam di sini.
  • Banyak kedai-kedai jual tudung turki, jubah dan cenderahati
Eyup Sultan Mosque

7. Ferry Hopping?
Salah satu taikan Istanbul ialah bandar ini menggunakan pengangkutan air dengan jayanya. Contohnya untuk ke belah Asia, anda boleh direct ambil feri di Eminonou dan turun di Uskudar ataupun boleh naik pengangkutan darat (bas/keretapi bawah laut (marmaray)). Kami nak cadangkan di sini, try beberapa feri di sini. Antaranya ialah:
-Golden Horn (Halic) : Feri ini melalui beberapa port di sekitar Golden Horn dan terminal terakhirnya ialah di Eyup. Anda boleh swipe guna Istanbulkart sahaja! Port di Eminounou agak terlindung di antara tempat letak kereta sedikit. Kalau anda dari stesen tram Eminonou, port ini terletak selepas Galata Bridge, selepas perhentian bas.
-Bosphorus tour (Boguz Iskelesi) : Anda mempunyai banyak pilihan syarikat unutk menelurusi Selat Bosphorus. Kami cadangkan, anda ambil Şehir Hatları Bosphorus Cruises yang terletak sebelum Galata Bridge. Tour ini akan berhenti sebentar di beberapa tempat sebelum berhenti pada stesen terakhir iaitu Anadolu Kavagi. Di sini boleh turun, jalan-jalan, makan, dan melawat Yoros Castle.
-Princes' Islands (Adalar) : Untuk menaiki feri ini, anda perlu ke jeti Kabatas yang terletak di kawasan Istanbul modern. Kalau naik tram dari Sultanahment, turun di stesen tram yang terakhir (ke arah Eminonou). Dari stesen tram Kabatas, anda boleh lihat signboard besar tulis Adalar (Princes' Islands). Hanya perlu swipe Istanbulkart sahaja! Feri ini akan berhenti pada empat pulau iaitu KınalıadaBurgazHeybeliada, dan Büyükada. Kami pernah ke Buyukada sahaja, tetapi kawankami sarankan pergi ke Heybeliada. Di pulau-pulau ini anda boleh berbasikal! kalau tak larat boleh naik kereta kuda.


Bosphorus Tour!
Jeti Buyukada of Princes' Islands








  • Kami cadangkan compare harga dulu sebelum beli dekat Grand Bazaar atau Spice Bazaar.
  • Turkish delights - sedapppnya.
  • Dried fruits sini sedap!
  • Ada bro tepi jalan jual buku nota, pastu boleh tulis nama atas tu guna Turkish calligraphy. ala-ala tugra, tapi tulisan latin
  • Kalau rajin, jalan kaki dari Sultanahmet ke Eminonou ikut jalan tram. Banyak kedai-kedai menarik sepanjang jalan
  • Kalau nak beli tudung-tudung murah, boleh jalan area LUAR Grand Bazaar dan Spice Bazaar belah2 belakang. Inshaallah boleh jumpa yang murah. Kalau nak senang, boleh contact akak Yeni thru fb page dia 

  • Nak naik public transport, guna Istanbul kart. Jimat! Boleh didapati di kiosk sebelum masuk metro di airport, kedai-kedai runcit atau otogar (stesen bas)
  • Nak jimat tidur airport. haha
  • Jangan lupa try sebanyak boleh makanan Turki!
  • Ada bookstore jual buku secondhand area pintu Grand Bazaar. Nama dia Sahaflar Çarşısı
  • Pastikan ada travel guide book kot. Sebabnya kadang-kadang kita jalan je, tapi sebenarnya ada sejarah dekat jalan yang kita lalu tu.
  • Kalau dari airport nak ke area Sultanahmet, ada 2 route; naik Metro turun di Zetiynburnu-tukar ke tram ataupun naik Metro sampai ke stesen Yusufpasha, jalan kaki sikit ambil tram. Kami prefer yang first.
  • Jangan lupa try makanan Turki yang sedap-sedap! Ayran terutamanya hehe
  • Kalau ada masa free, jalan kaki di sepanjang Tembok bersebelahan laut. Jalan je dari Aya Sofya, sampai jumpa laut, nanti jalan je ke arah Eminonou. 
Ayran & Lahmajun

Antara balik ekmerk terbaik!




  • 1TL~1.4MYR
  • Hostel ~20Euro
  • Istanbul Kart = 10TL (top up boleh dibuat di mana-mana stesen tram, bas, metro). Seriously jimat kalau guna kad ni. 2.15TL untuk 1st swipe, second swipe within 1 hour dapat 1.45TL. Kad ni boleh digunakan untuk naik feri ke Golden Horn dan Princes' Islands.
  • Entrance fees macam banyak sangat nak tulis. Korang google je. takut tak hapdate pulak >.<
  • Naik tram 1.25TL, bas 1.25TL, Metro 1.75TL. Kalau agak2 tempat tu dekat, takyah naik pun takpe..
  • Untuk entrance fees, boleh google di website yang berkenaan dengan tempat tu kot sebab kami pergi ni dua tahun lepas. Mungkin banyak dah berubah.
  • Sediakan duit 1TL banyak-banyak sebab nak masuk toilet (even di masjid pun) kena bayar 1TL, air mineral botol kecil 1TL. 

Begitulah kisahnya perjalanan kami di Istanbul. Kami yakin ramai pembaca yang mempunyai tempat-tempat menarik yang dikunjungi di Istanbul selain daripada yang kami mention di atas.
Jangan segan-segan untuk share di ruang komen!
Terima kasih.

Selamat...

3 comments:

  1. Assalam. Lama tunggu new blog post dari Basil Hibiscus! hehe

    ReplyDelete
  2. Tq. Kami di Istanbul now slps merentasi Europe dan balkan

    ReplyDelete
  3. Tq. Kami di Istanbul now slps merentasi Europe dan balkan

    ReplyDelete