Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)

Thursday 16 January 2014

Narrow Gauge Train: Septemvri - Bansko (Септември - Банско)

Assalamualaikum :)

Entry kali ni, kami ingin kongsikan pengalaman menaiki keretapi kolok sempit (narraw gauge train). Entah mengapa, pengalaman menaiki keretapi ini masih berbekas dalam ingatan. Perjalanan sebenar Sofia ke Bansko sebenarnya hanyalah lebih kurang dua jam jika menaiki bas. Keretapi ini pula memakan masa lebih 7 jam dan sekali transit. Kami pun pada waktu itu tidak mengejar masa, jadi apa salahnya ambil perjalanan yang dikatakan paling cantik di Bulgaria!




Keretapi tolok sempit atau keretapi ringan ini merupakan keretapi yang landasannya lebih kecil berbanding landasan biasa. landasan biasa mempunyai jarak 1435mm, namun keretapi ringan jaraknya hanyalah antara 610mm ke 1067mm. Jarak yang jauh lebih kecil ini membolehkan landasan dibina dengan selekoh yang lebih tajam (radius yang lebih kecil). Landasan yang lebih ringan menyebabkan kos pembinaan jauh lebih murah dan mudah. Maka atas sebab sebab itu, kebanyakan keretapi kolok sempit ini sesuai untuk dibina di kawasan pergunungan dan perindustrian.

Keretapi kolok sempit seringkali digunakan di lombong dan jika kawasan yang dilaluinya itu sempit. Selain untuk penggunaan perindustrian, landasan keretapi jenis ini lazim digunakan di kawasan pergunungan berbatu di Amerika Syarikat, Pacific Cordilerra di Kanada, Mexico, Greece, Switzerland, India, bekas negara Yugoslavia, dan Costa Rica.

Lihat koloknya, lebih dekat dari biasa.

Jika di Bulgaria, terdapat banyak rel keretapi ringan yang koloknya antara 600mm dan 760mm. Ada yang telah dimusnahkan dan ada yang telah di tukar menjadi rel keretapi biasa. Keretapi ringan antara Septemvri-Dobrinishte yang kami naiki ini panjangnya 125km, menelusuri sungai-sungai, menembusi terowong-terowong, merentasi jambatan-jambatan dan menempatkan stesen keretapi tertinggi di Balkan, Stesen Avramovo yang terletak di altitud 1267m.

Laluan ini masih digunakan untuk menghubungkan antara dua daerah ini, Septemvri dan Bansko. Untuk ke Septemvri, anda dikehendaki untuk menaiki keretapi yang menghubungkan Sofia dan Plovdiv. Septemvri merupakan salah satu hentian di antara dua buah bandar ini.

Stesen keretapi Septemvri.


Laluan ini mudahnya dibahagikan kepada tiga bahagian.

1) Septemvri-Velingrad
(Septemvri - Pampovoro - Varvara - Marko Nikolov - Tspina - Dolene - Konstandovo - Velingrad)
Bahagian pertama ini 39km jauhnya.

Seram pula bila lihat jarak keretapi dan tebing ni.


Sungai Chepinska

Setelah melepasi Stesen Konstandovo, iaitu stesen ke-6 selepas stesen Septemvri, rel keretapi akan naik dengan kecuraman 32%, paling curam sepanjang perjalanan yang banyak naik dan turunnya ini. Sesudah itu, ia akan turun laju ke Stesen Velingrad!

Anda akan melalui sebanyak 10 terowong pada bahagian pertama perjalanan ini. Kesemua 10 terowong itu terletak di antara Marko Nikolov dan Dolene.

Jangan nak intai sangat, terowong dah nak dekat!


2) Velingrad-Yakoruda
Inilah bahagian paling mencabar, 45km jauhnya. Jaraknya mungkin tak banyak beza berbanding bahagian pertama, namun di bahagian ini lah adanyaterowong sebanyak 25 buah dan stesen keretapi tertinggi di Balkan. Pendakian pada kecuraman 30% berakhir di stesen tertinggi ini, Stesen Avramovo setelah melepasi terowong sejauh 315m, terowong paling panjang.

Stesen tertinggi Balkan, Avramovo. Sejuk sebenarnya! 

File:The first spiral before Avramovo.jpg
Salah satu spiral sepanjang perjalanan. Credit.
Ada kalanya dalam perjalanan ini, kami rasa seolah olah menaiki 'roller coaster'. Hampir menjerit juga bila keretapi sedang turun dengan laju dan menghampiri sebuah batu besar yang jaraknya tak sampai 20cm dari tingkap. Tertanya-tanya juga jika ada yang pernah terpenggal kepala, seram pula bila fikir!

3) Yakoruda-Dobrinishte
Bahagian ke-3 ini lebih tenang. Keretapi melintasi kampung-kampung dan perindustrian kecil. Jika anda ambil masa untuk perhatikan kawasan ini, dapat anda lihat sebuah masjid tinggalan Uthmaniyah. Sebahagian penumpang yang naik dan turun di kawasan ini kami percaya beragama Islam, melihat cara mereka berpakaian.

Nak keluarkan kepala, separuh badan pun tak siapa yang kisah, tapi hati-hati ya! 
Lebih kurang lima jam perjalanan, kami tiba di Bankso, dua stesen sebelum stesen terakhir, Dobrinishte yang letaknya lebih kurang 7km dari sini. Ah, udaranya segar sekali!

Bansko.


  1. Laluan keretapi ini menjadi pilihan rakyat tempatan yang kebanyakannya dari golongan berpendapatan rendah. Sepanjang perjalanan, akan sentiasa ada penumpang yang naik dan turun. Ada kalanya kami direnung pelik, mungkin kerana rupa Asia kami dan tudung yang dipakai.
  2. Konduktor keretapi memberi layanan yang baik kepada pelancong. Kami pernah dipindahkan tempat ke gerabak yang lebih selamat apabila orang sekeliling memandang kami dengan pelik sekali.
  3. Jika anda fikir untuk tiba ke Bansko dengan cepat, laluan keretapi ni bukanlah pilihan yang baik.
  4. Waktu kami tiba di Bansko, 'Tourist Information Centre' tutup. Anda mungkin boleh dapatkan maklumat mengenai Bansko dari hotel/hostel.


Tiket keretapi Septemvri-Bansko: 6.10 leva (Jun 2013)



__________
Semoga entry kali ini bermanfaat dan selamat mengembara! :)


3 comments:

  1. Exceptional post however I was wanting to know if you could
    write a litte more on this topic? I'd be very thankful
    if you could elaborate a little bit more. Many thanks!


    My web blog - home staging

    ReplyDelete
  2. Salam singgah, harap suatu hari nanti berpeluang juga pergi ke tempat bersejarah seperti ini..

    berminat sponsor giveaway? klik sini: http://studioous.blogspot.com/2015/01/sponsor-1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt.html , Nak join pun boleh...

    ReplyDelete
  3. HEBATnya pengalaman menaiki keretapi yg begitu mencabar...hihihi..baca pun macam dah feel naik...plg seram ngeri..keretapi sipi lalu tepi sungai..huhuuu...

    nice pics...

    Salam perkenalan dari Elly,
    jemputlah singgah...

    AWET MUDA WALAUPUN ANAK 3!!

    ReplyDelete