Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)

Wednesday 12 December 2012

Bosnia & Herzegovina - Mostar

A traveler said,
 the bridge is like a rainbow arch soaring up to the skies, extending from one cliff to the other. ...I, a poor and miserable slave of Allah, have passed through 16 countries, but I have never seen such a high bridge. It is thrown from rock to rock as high as the sky.

Jambatan?
Apa uniknya pada sebuah jambatan?
Mari kita terjah!





 


Stari Most memiliki sejarah yang tersendiri bagi rakyat Bosnia. Dibina pada zaman Turki Uthmaniyah dengan rekaan daripada arkitek yang bernama Mimar Hayruddin. Mengalir dibawahnya ialah Sungai Neretva. Mengambil masa selama sembilan tahun untuk membina sebuah jambatan yang kukuh ini yang mempunyai ketinggian 21 meter dan sepanjang 29 meter. Sultan pada masa itu bersumpah kepada Mimar, sekiranya jambatan ini roboh pada saat kayu penyokong ditarik keluar, maka Mimar akan dibunuh. Dikatakan juga pada hari penarikan kayu penyokong, Mimar telah menggali lubang kuburnya sendiri. ;)
Namun, jambatan ini berdiri kukuh diposisinya selama 429 tahun. Ianya bukanlah hanya sekadar jambatan lama yang biasa, namun binaannya yang sangat teliti menjadikan ianya sangat unik. Mimar menggunakan konsep keystone yang digunakan untuk mana-mana jenis jambatan yang berbentuk lengkung (arch bridge).

Walaubagaimanapun, jambatan ini musnah pada tahun 1993 sewaktu peperangan di Bosnia dan Herzegovina. Penyebab kemusnahan Stari Most ialah meriam dari Bosnian Croat. Dilaporkan juga jambatan ini diserang dengan 60 biji bom barulah ia hancur musnah.

Sejak 1998, terdapat projek-projek pembinaan semula jambatan ini dan juga kawasan Old Town. Pembinaan semula ini merupakan simbolik kepada perdamaian. Sehingga sekarang, jambatan Mostar ini dikunjungi oleh pelancong-pelancong serata dunia yang ingin melihat dan mengetahui lebih mengenai jambatan ini dan juga rakyat tempatan yang ingin mengimbau kembali kisah lalu.






> Melawat Old Bridge (Stari Most)

Stari Most. Jambatan yang berdiri teguh di atas Sungai Neretva ini telah menyatukan Croats (Timur) dan Muslim (Barat) dan masih menjadi kebanggan Mostar. Pemandangan ini diambil dari menara Masjid Koskin Mehmed Pasha.
Ini merupakan tarikan terpenting dan terkuat di bandar ini. Jika anda dari stesen bas utama di Mostar, anda boleh berjalan kaki sepanjang Marsala Tita ke kawasan di mana Stari Most ini berada. Berpandukan peta, dan jangan segan-segan tanya orang di sekeliling anda.

Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat orang terjun dari atas jambatan ini! :D



> Menjelajah Masjid Koskin-Mehmed Pasha

Seperti masjid-masjid yang lain juga di Bosnia, tetapi yang uniknya, kita boleh panjat menara masjid yang orang letak speaker tu untuk ambil gambar Stari Most dari atas! Cool tak???


Masjid Koskin-Mehmed Pasha. Lorong disebelah kanan sungai adalah Kujundziluk. Gambar ini diambil dari atas Old Bridge Museum.
Tetapi, agak mencabarlah untuk memanjat menara ni. Keluasannya lebih kurang lebar seorang lelaki melayu, GELAP (sila pasang lampu handphone mahal anda), dan agak tinggi juga. Bertolak ansur dengan orang yang akan berselisih,

> Menghayati Muzium Jambatan Lama (Old Bridge Museum)
Museum ini sangat menarik! Mula-mula anda dikehendaki untuk memanjat 5 tingkat bilik pameran yang dahulunya merupakan 'defense tower' (*kami gunakan memanjat kerana memang panjat, naik ladder). Dari tingkat atas sekali, anda juga dapat melihat permandangan sekitar Stari Most. Lawa!
Permandangan dari tingkat paling atas Old Bridge Museum. :)
Setelah itu, anda boleh turun semula dan berjalan menelusuri ruang bawah jambatan ini untuk menonton video pendek (lebih kurang 15 minit) yang menerangkan  pembinaan semula jambatan ini! Memang berbaloi jika anda berminat untuk mengetahui sejarah jambatan ini :)

> Galerija Sava Neimarevic

Tempat ini dahulunya masjid. Terletak betul-betul sebelah timur jambatan. Di sini dijual pelbagai buku yang berkisarkan sejarah Stari Most. Mereka turut menayangkan video pendek bagaimana Stari Most dimusnahkan dan dibina semula beserta elaborasi oleh salah seorang pemilik galeri ini. Sudah pastinya tempat ini percuma sahaja! Malah, potongan harga turut diberikan jika anda seorang yang memakai hijab ;)

> Bridge-Diver's Clubhouse

Jika Galerija Sava Neimarevic terletak di sebelah timur jambatan, Clubhouse ini pula terletak betul-betul di sebelah baratnya. Ahli-ahli kelab ini adalah golongan muda yang melakukan penerjunan dari Stri Most yang setinggi 21 meter itu ke dalam Neretva River yang bewarna hijau! Antara cara mereka mengumpul dana adalah melalui duit-duit yang disumbangkan oleh pelancong-pelancong sewaktu penerjunan.

Anda berminat untuk terjun dari Stari Most? Hoyeah! Peluang juga terbuka untuk anda!

Dengan membayar 25 Euro, mereka akan menyediakan pakaian yang sesuai untuk penerjunan, dan harga ini juga termasuk latihan sebelum terjun.

> Spanski Trg

Tempat ini merupakan antara kawasan yang masih ada kesan perang Muslim-Croat dahulu. Walaupun setiap tahun bangunan-bangunannya telah pun dibaikpulih, namun kesan-kesan peluru dan sebagainya masih jelas kelihatan. Sepanjang jalan Marsala Tita juga anda boleh melihat kesan-kesan ini.

> Kujundziluk

Tempat ini pastinya anda akan lalu. Kujundziluk terletak di sebelah Timur jambatan. Di sini terdapat banyak kedai-kedai yang menjual cenderahati dan juga kedai-kedai makan. Amatlah sesuai untuk berehat-rehat sambil menikmati permandangan indah Stari Most



Di sini tidaklah begitu murah memandangkan tempat Stari Most dikunjungi oleh ramai pelancong. Namun, harga-harga cenderahati di sini adalah jauh lebih murah berbanding Sarajevo. Tempat yang menarik untuk membeli cenderahati adalah di Kujunziluk, di hadapan Bridge-Diver's Clubhouse dan Galerija Sava Neimarevic.

Terdapat sebuah pasaraya, Mepas Mall tidak jauh dari stesen bas yang menjual barang-barang berjenama dan restoran-restoran.




  • Jangan membeli air atau makanan di sekitar Stari Most. Harganya boleh cecah 10KM kot!
  • Bag anda boleh boleh disimpan di kaunter membeli tiket di stesen bas.
  • Makanan halal juga mudah didapati di Mostar.
  • Stesen keretapi hanyalah bersebelahan dengan stesen  bas. Jadi jika anda ingin ke Sarajevo dengan menaiki keretapi, anda boleh lah membeli tiket sebaik sahaja anda tiba di Mostar (jika anda menaiki bas ke Mostar) 


Peta Mostar
lebih besar

  • 1KM = 0.5Euro (anggaran)
  • Old Bridge Museum = 1.5KM (bersama Student Card), 3KM harga biasa.
  • Fridge Magnet boleh dapat dengan harga 2KM untuk satu.





"It is not just a bridge"
- penduduk Mostar




_____________________________
semoga post ini bermanfaat! :)

Tuesday 13 November 2012

Sepanyol - Cordoba

Assalamualaikum :)

Post kali ini akan menceritakan kepada anda tentang Cordoba. Jujur kami cakap, lawatan ke bandar Cordoba ni banyak bagi kesan kepada kami. Perasaan bercampur baur antara bangga, sedih dan kecewa. Memang susah nak gambar perasaan tu, anda haruslah merasainya sendiri! Semoga post ini dapat membantu! :)





*menyelak-nyelak buku Sejarah tingkatan 4 silibus KBSM, bab enam*

Cordoba, atau dalam bahasa Sepanyol Córdoba, bahasa arab قُرطبة, merupakan salah satu bandar di Andalusia. 

Cordoba ditakluki oleh golongan Moors (penduduk Eropah yang beragama Islam) pada tahun 711 M daripada kuasa emapayar Rom. Pengaruh orang Moor masih boleh dirasai di kota Cordoba hingga saat ini. Sewaktu pengaruh Islam, Cordoba menjadi bandar terbesar yang memiliki the most sophisticated culture dan sistem brokrasi yang paling maju dalam kalangan negara Eropah yang lain. Ketika Khalifah Bani Umayyah digulingkan di Damsyik, Syria pada tahun 750, Kerajaan Islam kemudian bertapak kembali di Cordoba sehingga 929. Apabila Empayar Islam diambil oleh Kerajaan Bani Abbasiyah, Abdul Rahman III (yang turut menjadi pesaing bagi jawatan Khalifah pada ketika itu) mengangkat dirinya menjadi Khalifah Cordoba yang mentransformasi kawasan jagaannya (Cordoba) menjadi suatu kerajaan yang terasing daripada Kerajaan Bani Abbasiyah.

Cordoba mencapai zaman kegemilangannya pada abad kesepuluh di bawah pemerintahan tiga pemerintah yang hebat iaitu Abdul Rahman III yang mendapat gelaran "al-Nasir" pada tahun 912, anaknya al Hakam II (961) dan Al Mansur ibn Abi Aamir (981-1002). Pada abad kesepuluh, Kerajaan Cordoba menjadi kerajaan yang paling hebat di Eropah pada ketika itu. Cordoba memiliki 250,000 penduduk, lebih 1000 masjid dan 600 tempat mandi awam. 


Kuasa Cordoba runtuh melalui persengketaan dalaman dalam awal abad kesebelas dan Andalusia berpecah kepada banyak negeri mini dipanggil taifa. Taifa yang paling berkuasa adalah taifa Seville. Cordoba kekal sebuah bandar Moor sehingga 1236 apabila ia jatuh untuk memajukan kuasa-kuasa Kristian dari utara. Sejarah Cordoba akhirnya tenggelam...










> Melawat Mezquita
Perkataan mezquita itu sendiri bermaksud masjid. Mezquita yang dimaksudkan di sini adalah masjid yang pernah menjadi kebangaan umat Islam. Sehingga harini masjid ini dijadikan rujukan kerana binaannya dan keteguhannya.


Andai mihrab dan kubah ini dapat berkata-kata, pasti mereka meluahkan kerinduan akan alunan ayat suci al-Quran dan laungan azan. - quoted

Masjid ini dibina oleh Abdul Rahman I sewaktu Kerajaan Bani Umayyah telah berjaya membawa Islam ke sini. Kemudianya masjid ini dibesarkan oleh Abdul Rahman II dan Al-Mansur sehinggalah saiz yang ada sekarang. Apabila Kristian telah merampas kuasa dari Kerajaan Bani Umayyah, masjid ini kemudiannya di ambil oleh Franz Ferdinand III dan dijadikan sebahagian daripada Roman-Katolik.

Kini, umat Islam dilarang untuk menunaikan solat di sini dan banyak gereja telah dibina di dalam masjid ini.. Malah, ada cubaan untuk solat di sini dan telah ditahan oleh pihak berkuasa :(



Masjid ini dahulunya dapat menampung puluhan ribu orang pada satu masa!! 

Sebelum memasuki Mezquita, kami cadangkan kepada anda untuk berjalan-jalan di bahagian luarnya terlebih dahulu, melihat seni ukiran di dinding-dinding sambil membayangkan suasana masjid ini pada zaman kegemilangannya. 

> Melawat Media az Zahra



credit

Medina az Zahra terletak luar sedikit dari kota Cordoba, jadi kalau nak pergi, ada bas khas yang ke sana, biasanya bas bawah tour agent atau bas pelancong yang boleh anda tempah tiket sama ada di hotel/hostel atau di kaunter tiket. Public transport yang ke sana hanyalah teksi.
Dikatakan Medina za Zahra dahulunya pusat pemerintahan Cordoba, memandangkan pentadbiran dan kerajaan terletak didalamnya. Medina az Zahra sekarang lebih kepada tinggalan dan menjadi tempat kajian arkeoloji.

> Melawat alCazar

alCazar merupakan castle atau alQasr yang dibina oleh keturuanan Abdul Rahman I di Cordoba. Ia juga menjadi tempat kediaman rasmi Isabella dan Ferdinand selepas Andalusia jatuh ke tangan kristian.

alCazar kedudukannya agak dekat dengan Mezqutia. Bila dah habis pusing Mezquita tu, bolehlah singgah ke alCazar sebentar. Tanya je orang tepi jalan "Donde esta alCazar?". Confirm dia tunjukkan :)


> Puente Romano

Tidak jauh dari Mezquita terdapat sebuah jambatan yang dipanggil Puente Romano. Jalan-jalan di sini sambil melihat kincir-kincir air zaman Roman dan permandangan Mezquita dan Sungai Guidalaquivir :)
Gambar ini diambil dari atas Puente Romano yang merentasi Sungai Guidalaquivir. Dari jambatan ini, anda boleh lihat beberapa kincir air dan juga Masjid Cordoba (atas, kiri).

Sebenarnya banyak lagi tempat yang anda boleh lawat. Tapi kami tidak sempat nak ke semua tempat :(


  • Di kawasan sekitar Mezquita banyak kedai-kedai yang menjual cenderahati. Yang bezanya adalah harga setiap kedai. Kedai-kedai yang menjual tapas juga banyak terdapat di sekitar Mezquita.. 
  • Kebanyakan plaza (macam square) juga mempunyai kedai-kedai yang menarik yang menjual barangan Spain dan juga jenama-jenama antarabangsa. Antara plaza yang menarik untuk berjalan-jalan adalah Plaza Tendillas. Airnya memancut setiap 30 saat! (*sempat pulak kira.. haha)
  • Kalau anda berminat untuk mandi2 air panas di hamam, banyak hamam di sini! boleh pilih :)



  • Pastikan anda menempah tempat untuk ke Medina az Zahra sehari sebelum hari anda ke sana. Sesetengah syarikat tidak menerima tempahan di saat-saat akhir atau pada hari perjalanan.
  • Di dalam Mezquita tak dibenarkan guna flash camera tu taw!
  • Jika anda hanya melawat Cordoba sehari dan tidak menginap di Cordoba, jangan bimbang, ada locker untuk simpan luggage dekat stesen bas :)
  • Stesen bas dekat sangat dengan stesen kereta api jadi tak perlu risau...
  • Baca mengenai sejarah di kawasan Iberia ini betul-betul sebelum sampai ke sini. Kerana tempat ini mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi.
  • Makanan halal memang susah sikit nak dapat dekat sini, ada satu restoran namanya Petra. Dengar cerita kalau boleh cakap lahjah Urdun boleh dapat diskaun! haha
  • Biasanya tapas (makanan Spain) halal, sebab penyediaannya yang tidka menggunakan alcohol.. tapi pastikan anda semak balik ingredients sebab ada yang letak pork..
  • Jika anda hendak explore bandar Cordoba ini, nah peta!
    click sini untuk lebih besar.
    credit


    • Mezquita - 8Euro (zaman kami, kad pelajar tak diterima :()
    • alCazar - 2Euro
    • bas dari stesen bas ke Mezquita lebih kurang 1.2 Euro kalau tak salah
    _________________________________



    Kita berbangga dengan kisah silam, lupakah kita akan realiti hari ini? 






    _________________________________


    Semoga dapat mengambil ibrah dari kota Cordoba!

    Dan semoga satu hari nanti Islam dapat tertegak kembali di sana, pastinya semuanya bermula dengan diri kita :)

    Friday 2 November 2012

    Jordan - segalanya bermula di sini...



    Naik basikal sampai ke Klang,
    basikal pancit naik kereta,
    selalu cerita pasal negara orang,
    negara sendiri siapa nak cerita?

    Assalamualaikum :)

    Setelah sekian lama menulis (baru dua bulan) tentang negara orang, kami lupa hendak menulis tentang negara yang begitu hampir dengan kami iaitu Jordan. Tempat kami menuntut ilmu, tempat kami belajar bagaimana hendak bercuti.

    Ramai juga dalam kalangan sahabat-sahabat yang terkeliru Jordan dengan Mesir. Let us clarify :)

    Jordan yang warna pink di atas Saudi Arabia
    credit
    Sangat beza Mesir dan Jordan, tapi biasalah mula-mula. Dengar nama pula macam pemain bola keranjang Michael Jordan. huhu. 

    Bendera negara Jordan. Tak banyak jauh dengan negara-negara di Timur Tengah yang lain. kan?
    credit

    Jordan merupakan sebuah negara yang kaya dengan sejarah. Banyak kerajaan yang bersilih-ganti memerintah tanah ini. Antaranya ialah zaman Mesopotamia, Babylon, Parsi, dan di bahagian Tenggara Jordan pernah diduduki oleh kaum Thamud (Petra). Pada tahun 106M, tanah ini berada di bawah jajahan Rom dan pada 633-636M bangsa Arab menguasai pemerintahan. Pada abad ke-16, Jordan ditakluki oleh pemerintahan Turki Uthmaniyah yang berpusat di Damsyik. Selepas Perang Dunia I, kuasa pemerintahan jatuh di tangan British dan Jordan (dahulunya dikenali sebagai Transjordan) dipisahkan daripada Palestine dan diserahkan amanah pemerintahan kepada Abdullah ibn Hussein pada tahun 1921. Jordan mencapai kemerdekaan pada 25 Mei 1946 dengan dikenali sebagai The Hashemite Kingdom of Jordan.

    Tanah Palestin begitu hampir dengan kami, namun kami hanya mampu berdoa dan membantu sekiranya ada tabung atau derma yang diperlukan. Kami juga begitu dekat dengan Syria, namun hanya mampu berdoa sahaja.

    Semoga Allah memberikan kebebasan buat rakyat Palestin dan Syria, dan semoga kita masih diberi peluang bersolat di Masjid al Aqsa




    Apa yang kami buat di Jordan? semestinya BELAJAR! kami menghabiskan masa 5 tahun di sini (inshaallah, tak mahu extend dan tak mahu kurang!) bagi menghabiskan Ijazah Sarjana Muda.

    Kepada sesiapa yang ingin merancang bercuti di Jordan, kami akan memberi tempat-tempat cadangan yang menarik yang boleh anda kunjungi.

    1. Petra - Semestinya.
      Petra tersenarai antara 7 Wonders of the World! Sebuah kota yang didiami oleh The Nabateans yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ingin tahu kenapa Petra boleh tersenarai dalam 7 Wonders of the World? Sangat perlulah untuk anda melawat ke sini terlebih dahulu!
      sebelum sampai ke Khazzaanah ini, anda perlu melalui celah-celah batuan yang tinggi! Subhanallah memang sangat cantik! :D

    2. Wadi Rum - Lembah Merah.
      Pemandangan yang indah yang disangkakan hamparan laut rupa-rupanya padang pasir. Boleh merasai kehidupan orang Badawi di sini.

      Antara cara untuk teroka Wadi Rum adalah dengan Jeep..

    3. Laut Mati - Sejarah & Semula JadiIngatkah anda pada kisah Kaum Lut yang dilaknat Allah atas perbuatan mereka yang diluar tabii? Ya, dipercayai di sini lah tempat di mana kisah yang diceritakan di dalam Al-Quran itu berlaku!
    4. Wadi Mujib - Mencabar & Semula jadi. (Ada banyak trek di sini. Ada yang tutup sewaktu musim sejuk). Ada banyak lagi wadi-wadi di Jordan ini yang menjadi kunjungan seperti Wadi Numeira, Wadi Main dan banyak lagi. (*wadi - lembah) 
    5. Untuk sampai ke air terjun ini, anda perlu mengharungi pelbagai rintangan yang mencabar!
      credit
    6. Karak & 'Ajloun Castle - Sejarah
    7. Aqabah - Laut, Shopping!
    8. Gua Ashabul Kahfi - Sejarah
    9. Dana Village - Semula Jadi & Mencabar (ada tour yang menyediakan package berjalan dan hiking dari Dana ke Petra!!!) 
    10. Mu'tah - Sejarah Peperang Mu'tah dan Maqam Sahabat
    11. Mount Nebo, Madaba - Mencabar & Sejarah
      Dipercayai bahawa Nabi Musa as dikebumikan di sini* dan sebuah gereja telah dibina di sini untuk penganut agama Kristian menunaikan pilmilgrage mereka. Tidak ada masalah pun untuk kita umat Islam melawat ye kawan2 :) (*ada khilaf di mana Nabi Musa as dikebumikan)
      Mount Nebo
      credit
    12. Umm Qais - Sejarah
    13. Irbid - Sejarah Ma'rikah Yarmouk
      Tahukah anda Perang Yarmouk atau Yarmouk Battle merupakan antara perang yang tersenarai sebagai antara perang yang paling berstrategi? Geografi tempat ini turut memainkan peranan penting dalam perancangan perang ini. Makanya, tidak sia-sia untuk anda melawat ke Ma'rikah Yarmouk! Dan tak lupa juga ---> 
      Jumpa KAMI!!! :p

    Apa yang menarik untuk berbelanja di Jordan ialah :
    • Jubah! Sama ada lelaki atau wanita jubahnya boleh tahan murahnya :)
    • Pashmina
    • Kacang
    • Minyak zaitun
    • Produk Laut Mati


    • Jika hendak datang ke Jordan, sebaiknya ada kawan di sini yang boleh tolong bawakan atau beri cadangan. Jika ada kawan di sini, biasanya dia boleh dapatkan pemandu-pemandu Arab dengan harga yang lebih murah..
    • Sila pastikan harga yang anda deal dengan orang Arab dengan sepasti-pastinya, sebab nanti boleh je dia naikkan harga last minute
    • Sila jaga barang berharga anda dengan selamat. Trust NO ONE! (bukan nak buruk sangka, tapi ada yang berjubah pun buat jenayah.. haissshh)
    • Musim panas suhu boleh mencecah 45 darjah Celcius dan musim sejuk boleh mencecah sifar darjah Celcius. Kami cadangkan datang pada musim sejuk (Nov-Feb) jika anda datang dari negara-negara sejuk, dan musim bunga (bulan Mac-Jun) jika anda daripada negara beriklim khatulistiwa.
    • Untuk membeli tiket ke Amman, Jordan, anda boleh menggunakan pelbagai syarikat penerbangan seperti Royal Jordanian, Easyjet, Oman Air, Qatar Airways, Egypt Air, Turkish Airlines, Kuwait Airways, Emirates dan yang lain-lain. MAS juga telah menyediakan penerbangan terus KUL-AMM!! Tapi jangan lupa bandingkan harga!
    • Tandas awam tiada air. Hanya guna tisu.
    • Jangan beli makanan berhampiran dengan tempat pelancong, kerana harga sangat mahal! Cari yang jauh sikit untuk dapatkan harga tempatan :)
     




    • Currency 1JOD = RM4.40
    • Nasi arab = 2.5JOD (paling murah)
    • Jubah = 15-20JOD (wanita), 7-10JOD (lelaki)

    *Inshaallah, tempat-tempat menarik di Jordan akan kami kupas dengan lebih mendalam pada entri-entri akan datang. 


    ______________________________
    Say, "Travel through the land; then observe how was the end of the deniers."
    6:11

    Monday 29 October 2012

    Croatia - Dubrovnik

    AWAS!
    bandar Dubrovnik merupakan bandar yang paling mahal sepanjang  perjalanan kami di sini.
    sila rancang bajet anda dengan baik. :)

    Assalamualaikum :)

    Dubrovnik, satu bandar dalam negara Croatia yang terletak di bahagian selatan negara tersebut. jika diperhatikan, Croatia mempunyai bentuk peta yang agak unik yang berbentuk seperti croissant (sebab tu nama dia Croatia kot). Croatia bersempadan dengan Bosnia & Herzegovina di bahagian selatan, Hungary di bahagia utara, Serbia di sebelah timur dan Slovenia di sebelah barat. Croatia juga dikenali sebagai Republika HRVATSKA.





    Pada mula-mulanya, Croatia berada di bawah pengaruh Greek. Selepas itu, diambil alih oleh kuasa Roman dan membahagikan Croatia kepada dua bahagia iaitu Dalmatia (sebelah coast) dan Pannonia.
    pada abad ketujuh, orang Slavic (atau dikenali sebagai Croats) berimigrasi ke Croatia. Mereka bertapak di Croatia bermula di kawasan Dalmatia dan seterusnya masuk ke bahagia tengah Croatia. Bahagian tengah Croatia pada abad kesembilan mejadi sasaran orang Franks (merupakan orang yang berkuasa yang menguasai Eropah pada ketika itu). Pada ketika itu juga, Croatia ditukar kepada negara Kristian dan menjadi sebahagian daripada Gereja Katolik Barat yang berpusat di Rom.

    Pada tahun 1667, sebahagian besar kota ini telah musnah oleh gempa bumi. Hanya Sponza Palace dan Rector's Palace yang selamat dari bencana itu. Penduduk Dubrovnik bersama-sama berusaha untuk membina kembali kota kecil ini seperti mana yang anda boleh lihat pada hari ini. Walaupun kota ini dibina semula, kegemilangannya tidak dapat dicapai sama seperti sebelum itu.

    Dubrovnik merupakan sebahagian dari Yugoslavia setelah Perang Dunia Pertama. Sebelum Raja Alexander dibunuh di France, Dubrovnik mengamalkan sistem monarki di bawah Austro-Hungarian empire. Apabila Tito mengepalai komunis, Dubrovnik merupakan antara wilayah yang dikuasai olehnya termasuklah Montenegro, Slovenia, Serbia dan Bosnia-Herzegovina. Setelah kematian Tito, Croatia telah menuntut kemerdekaan dah akhirnya berperang dengan Serbia.

    Dan kini setelah Croatia merdeka, Dubrovnik kini dikunjungi oleh pelancong serata dunia! :D

    Salah satu gereja yang terdapat di Old City






    > Melawat Old City
    Old City of Dubrovnik terletak agak jauh dengan Stesen Bas utama. Anda perlu menaiki bas untuk ke Old City. Untuk nombor bas, bolehlah rujuk di sini. Kebanyakan bas akan melalui Old City (Pile Gate) dan pastikan anda memilih nombor bas yang paling berdekatan dengan penempatan anda! Tiket bas berharga 12 Kuna (one way).

    salah satu jalan di Old City dari Ploce Gate yang menembusi ke Pile Gate

    >Jelajah Lockrum Island
    Setibanya di Old City (Pile Gate) kami meneruskan perjalanan terus mencari Old Port untuk menaki bot ke Lockrum Island memandang kami tiba agak lewat. Bot terakhir ke Lockrum Island ialah pada jam 6.15 petang. Jadi, silalah bajet masa anda untuk pulang semula ke Old Port. Harga bot pergi dan balik ialah 50 Kuna. Perjalanan ke Lokrum Island mengambil masa lebih kurang 15 minit. Berhimpit jugaklah di dalam bot. tempat duduk semua dah penuh. Setibanya di Lockrum Island, kami terus berjalan mencari tempat untuk bermain air tanpa bayaran. haha :D

    Di pulau ini juga terdapat tarikan-tarikan lain seperti Botanical Garden, Gereja, Fort Royal Castle. kepada  sesiapa yang berminat, bolehlah spend masa lebih sikit. Jika ada masa lebih & membawa baju lebih, bolehlah berenang di sini!

    Lokrum Island
    >Terokai Old City Wall
    Mengikut perancangan, kami sepatutnya berjaya menerokai Old City Wall, tetapi apakan daya, kami terlalu asyik di Lockrum Island. Old City Wall tutup pada jam 6.30 petang dan lebih awal pada musim sejuk. Kalau   dapat naik wall ni, kita boleh tengok the coast around the city wall. 

    >Menaiki Cable Car 
    Harga untuk menaiki kereta kabel ini alah 87 Kuna untuk pergi dan balik. Kereta kabelnya ala-ala Genting punya, tapi lebih besar, boleh muat dalam 20 orang (himpit-himpit sikit), tiada tempat duduk. Dalam lima belas minit, kami pun sampai ke puncak. Alhamdulillah, kami dapat sampai ke puncak tepat waktu tenggelamnya matahari. Subhanallah :)

    sunset dari atas puncak. setelah menaiki cable car.
    Di atas puncak yang tingginya 405m, terdapat juga kedai-kedai makanan yang harganya agak membunuh bagi kami yang suffered from shortage of money. Jadi, bolehlah bersedia dengan makanan jika ingin berpiknik di atas bukit. Di sini juga terdapat perkhidmatan membuat duit syiling kita sendiri. Maksudnya, ada orang yang akan ketuk-ketuk Syiling tu untuk menjadi syiling yang kita idam-idamkan! Menarik juga untuk dijadikan hantaran perkahwinan ye dak? :p

    Untuk ke tempat menaiki kereta kabel ini, anda perlu ke Ploce Gate. jika anda berada di Pile Gate, anda hanya perlu melalui jalan luar sebelah kiri daripada Pile Gate sehingga anda jumpa Ploce Gate. Kena mendaki sikit, jadi bersedialah!



    >Menelusuri Placa Stradun
    Jika anda datang dari Pile Gate, anda akan terus berada di Placa Stradun (main street) apabila anda melepasi Gate tersebut. Sepanjang jalan utama ini, anda akan dapati ramai orang membuat persembahan jalanan seperti orang yang tak bergerak, lukisan dan macam-macam lagi. Di sepanjang jalan ini juga anda boleh mendapati restoran-restoran, kedai cenderahati dan sebagainya. Jika anda mengambil peta Old City, ada akan jumpa Masjid! Setelah berpusing-pusing, kami pun jumpa masjid. Alhamdulillah :)

    >Tarikan yang berbayar yang kami tak pergi
    Terdapat juga di sini tempat-tempat yang termasuk dalam senarai-sempat-pergi-jika-ada-duit. tetapi apakan daya... tetapi, kami tetap ingin berkongsi kepada anda semua peminat Basil Hibiscus (?)

    Anda juga boleh melawat Rector's Palace. Merupakan rumah muzium yang menceritakan sejarah bandar Dubrovnik. Ada juga Sponza Palace, Museums dan Churces. Anda mahu pergi? Silakan! :)




    1. Semestinya di Placa Stradun! Ada banyak deretan kedai di sepanjang jalan utama ini. Pastikan anda bijak memilih dengan harga yang berpatutan!
    2. Di luar Pile Gate, Ada kedai runcit yang menjual makanan seperti roti, mee segera dan macam-macam lagi. Kalau lapar, bolehlah singgah dahulu sebelum masuk ke Old City.



    • Pastikan anda memiliki PETA & JADUAL BAS bandar ini. Ssangat perlu supaya tidak sesat dan ketinggalan bas.
    • Untuk penempatan, pastikan hotel @ hostel anda senang dijumpai dan dekat dengan stesen bas. Teksi dia agak mahal :( Ada dua kawasan menarik untuk dijadikan kawasan penempatan iaitu berhampiran stesen bas utama atau berhampiran Old City. Biasanya yang berhampiran dengan Old City itu lebih mahal :)
    • Gunakan hari anda sepenuhnya sebelum pulang ke penempatan sebab nanti rugi tiket bas.
    • Jangan tukar duit di stesen bas! Ratenya sangatlah tinggi!! Tetapi anda perlu bayar tiket bas dalam Kuna. Jadi, cadangannya, tukar sikit je untuk bayar tambang bas, yang lain tukar di Old City.
    • Jika anda menaiki bot ke Lockrum Island @ Kereta Kabel, pastikan tiket return anda simpan elok-elok!


    1. Tiket bas sehala - 12Kuna
    2. Tiket Kereta Kabel (dua hala) - 87Kuna
    3. Souvenirs - Tshirt around 7Euro
    4. Bot ke Lockrum Island - 50Kuna
    _______________________________
    21:31
    "And We placed within the earth firmly set mountains, lest it should shift with them, and We made therein [mountain] passes [as] roads that they might be guided."

    Selamatlah!


    Wednesday 17 October 2012

    Bagaimana merancang cuti anda sendiri?

    Assalamualaikum :)


    Cara Merancang Percutian bersama BasilHibiscus :

    Dah masuk post yang keberapa entah, baru perasan yang kami tak pernah lagi berkongsi cara merancang percutian. Asyik membebel panjang pasal tempat tu, tapi kalau tak tahu cara merancang pon susah jugak kan?


    1) Tujuan

    Baiklah, bila orang tanyakan kepada kami, "macam mana nak rancang percutian eh?". Kami lebih gemar untuk bertanya kembali, "apa yang awak nak dari percutian tu?"


    Ya! Pertama sekali yang awak perlu tahu sebelum memilih destinasi adalah tujuan ke tempat tersebut. Of courselah orang bercuti untuk merehatkan minda dari segala kekusutan dan keserabutan, tapi jika hanya itu yang menjadi sebab anda memilih destinasti percutian, jujur kami katakan, agak rugi sebenarnya. Kata orang, sambil menyelam minum air. Jadi disamping mahu merehatkan minda, anda perlu decide, adakah anda memilih satu destinasi itu kerana inginkan tahu lebih mengenai sejarah ketamadunan? kecantikan alam sekitar? shopping? kemodenan? 


    Setelah tahu matlamat percutian anda, barulah boleh kecilkan skop dan pilih destinasi!


    "Tapi saya nak pergi banyak2 negara!" Kalau macam tu, hmm, kami nasihatkan, pilih prioriti terlebih dahulu.


    2) Backpack/begtarik/lenggang


    Perkara ni juga penting dalam menentukan perkara-perkara seperti bajet. Sesetengah penerbangan mengenakan bayaran yang asing jika anda ingin memasukkan bagasi ke dalam kargo (bonnet kapal terbang) . Tapi sebaiknya anda hati2 kerana penerbangan biasanya sangat ketat dalam isu ini.

    jangan jadi macam ni sudahlah yeee ;)
    credit
    3) Cara nak ke sana.

    Cara paling mudah untuk sampai ke satu tempat sekarang ni semestinya dengan menaiki kapal terbang. Tapi banyaklah pulak penerbangan yang ada dekat bumi ni! Nak pilih mana satu ni? Satu cara mudah adalah dengan menggunakan agent internet. Tapi kami nasihatkan jangan gunakan agent untuk membeli tiket penerbangan! Kami sendiri hampir ditipu beratus-ratus Euro! Tapi alhamdulillah setelah  banyak kali mendesak agent yang terbabit, duit dikembalikan.


    HANYA GUNAKAN AGENT UNTUK TENGOK PENERBANGAN!! BUKAN PEMBELIAN!!!

    Dengan menggunakan agent internet, kita dapat tahu syarikat mana yang menyediakan perkhidmatan ke destinasi terbabit, dan juga harga. Setelah tahu itinerary pilihan, barulah membuat pembelian terus dengan syarikat penerbangan menerusi laman web rasmi.


    Jika destinasi anda memerlukan anda untuk menaiki jalan darat atau jalan laut, adalah lebih mudah jika semak syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Jalan mudah: Google. 


    3) Buku travel


    Buku travel bukanlah perkara yang wajib ada. Tapi buku travel sangatlah membantu. Sebagai contoh, sewaktu di Sarajevo, kami ingin ke "Tunnel Museum" yang letaknya sangatlah jauh dan tak tersampai jika hanya ingin menaiki tram. Laman-laman web pula lebih kepada mempromosikan pakej tournya. Perkara ini diceritakan dengan teliti di dalam buku travel kami.


    Jika anda ingin berjimat, tidak perlu beli buku travel yang baru, banyak buku travel edisi lama yang sudah dimuat turun ke Google Books. Itu pon jika anda tak kisah edisi lama. Edisi lama yang masalahnya adalah apabila jalan2 baru sudah dibina, pengangkutan yang bertambah atau dibatalkan.


    Jika anda mempunya ebook reader/iPad/Tab/Note bla bla bla, gunakannya sepenuhnya!!! Kebanyakan buku travel turut menjual versi pdf yang lebih murah!

    lebih mudah dengan versi Pdf!! credit
    4) Bajet

    Ini sangatlah penting kerana no money no travel. Untuk merancang cuti anda, lihatlah pada bajet yang anda miliki. Anda diberi dua pilihan, merancang cuti mengikut bajet atau berjimat dan mengumpul duit untuk bercuti. Kami prefer kepada pilihan yang kedua kerana ianya lebih teratur dan terancang. Kalau boleh, dah letak perancangan awal bila dan di mana anda hendak bercuti supaya kita dapat mengawal nafsu kita daripada berbelanja lebih-lebih di kala mega sale yang ibarat tumbuh selepas hujan!
    bijak-bijaklah merancang perbelanjaan, nanti kering.. hehe
    credit

    5) Travel Forum

    Terdapat banyak forum yang mengisahkan tentang percutian-percutian di seluruh negara.
    Kami bukan forum :) tapi dialu-alukan untuk bertanya sebarang kemusykilan. 

    Dengan berforum, anda boleh bertanya sebarang kemusykilan. Mungkin itinerary yang anda rancang, berbeza sedikit dengan kebanyakan orang telah pergi, makanya, bolehlah utarakan masalah anda. InshaAllah, akan ada orang yang membantu :) Biasanya, pengembara akan memahami masalah yang dihadapi oleh pengembara yang lain! 
    *sebab tu wujud BasilHibiscus.haha*

    6) Masa dan Musim

    Jika anda yang tidak tahan dengan musim sejuk seperti mengalami cyanosis yang sangat kronik jika bermain salji, kami sarankan anda pergi ke negara yang iklim sederhana seperti Malaysia(?), Jordan, Mesir, Indonesia, Thailand dan mana-mana negara yang berhampiran dengan garisan khatulistiwa. 

    "Tapi, nak pergi UK, Europe semua tuuu!!". tiada masalah, kerana anda boleh pergi negara-negara ini pada musim panas atau bunga.
    credit

    Apapun, terpulang pada anda. Yang penting, jangan ponteng kelas ataupun kerja! Mengembara ini hanyalah hobi sampingan. Jangan abaikan tanggungjawab anda yang lebih utama kepada keluarga, penaja(?), agama dan negara! :)

    7) Penginapan

    Penginapan juga bergantung kepada budget anda. Jika budget anda rendah, maka jangan fikirlah pasal hotel mahal-mahal kan. Tapi, masih banyak pilihan buat mereka yang lebih suka memilih percutian bajet rendah seperti hostel dan hotel murah. Hostel yang berbentuk dorm sangat sesuai untuk mereka yang mahu berjimat sambil buat kenalan baru. Dari berkenalan di dorm, boleh terus berkawan walaupun habes percutian!!

    Sesetengah hotel atau hostel juga menawarkan penginapan sambil star-gazing. Harga yang lebih murah sambil menghirup udara segar! Camping juga satu pilihan yang menarik! Tapi jangan risau, biasanya penginapan seperti ini disediakan locker, tandas dan juga bilik mandi. :)

    penginapan tanpa bumbung. boleh tengok bintang dan jimat! ;)
    credit

    Jika anda mahu jimat dan lebih terancang, adalah lebih baik jika anda book penginapan anda terlebih dahulu. Tetapi jika anda lebih sukakan random dan tak kisah akan harga, tak perlu book pon tak ada masalah! Ada dua kemungkinan jika anda tidak book penginapan terlebih dahulu, sama ada harga akan naik berganda atau akan jatuh merudum! ;)

    ____________________
    Betapa rapi pun perancangan kita, perancangan Allah itu lebih sempurna. :)

    Selamatlah merancang percutian anda dan semoga mendapat ibrah dari pengembaraan tersebut! ;)

    Thursday 11 October 2012

    A story of Andalusia

    Assalamualaikum :)

    Selamat tinggal Andalusia 
    Yang rebah tersungkur ke dada bumi 
    Selamat tinggal Andalusia 
    Mungkinkah dapatku kembalikan sinarmu

    Tertanya-tanyakah anda apakah itu Andalusia? Seringkali kita mendengar lirik lagu, coretan sejarah mengenai Andalusia. Jadi, kami ingin memberi sedikit pencerahan apakah itu Andalusia!

    "Menangislah anakku, bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki"
    ucapan bonda kepada Raja Andalusia yang terakhir kepada beliau

    Kenapa dinamakan Andalusia?
    Sebelum kedatangan Islam, Sepanyol dikenali sebagai Iberia atau Asbania. Sewaktu bangsa Vandal menguasai kawasan ini, kawasan ini pun dipanggil Vandalusia (bermaksud tanah orang Vandal). Setelah kedatangan Islam, perkataan Vandalusia diarabkan menjadi Andalusia.
    *people are still debating where the word Andalusia came from*

    Di manakah Andalusia?
    Peta moden Sepanyol dan Morocco
    Andalusia terletak di kawasan selatan Sepanyol. Merupakan Sepanyol pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam.

    Sejarah Andalusia (when we call it history, nothing to be believed entirely)
    Kedatangan Islam ke bumi Andalusia didahulukan dengan penaklukan Afrika Utara pada zaman Khalifah Abdul Malik dengan gabenornya Hassan ibn Nu'man. Kemudian pada zaman al-Walid bin Abdul Malik, Hassan digantikan dengan Musa ibn Nusair. Musa telah meluaskan empayar Islam ke Maghribi. Kecuali Septa, sebuah pelabuhan kecil di utara Morocco yang mana di bawah jajahan Kristian. Sewaktu ini, mereka sedar satu-satunya cara untuk menyebarkan risalah hanyalah dengan menyebarkannya ke bahagian utara kerana di bahagian selatan adalah bahagian Sahara. Musa mengalami beberapa masalah dendak menakluki Andalusia. Pertama, antara Tangier (paling utara Morocco) dan Spain adalah sejauh 13km dan tidak ada bot. Sebuah pulau kecil, Pulau Biliar berdekatan situ dikawal oleh Kerajaan Rom. Septa pula di bawah Julian, penguasa Kristian yang mempunyai hubungan baik dengan bekas raja Spain.

    Beberapa rancangan telah dibuat. Bot dan kapal dibina, ramai kaum Berber yang telah ditarbiyah dengan Islam agar mereka menjadi pejuang Islam. Tariq telah dilantik dikalangan kaum Berber untuk mengetuai angkatan. Dari Maghribilah, bermulanya penaklukan Andalusia.

    -gambar hiasan-
    *bukan karya asal penulis*
    Tariq ibn Ziyad, nama yang cukup gah dalam kalangan kita, merupakan panglima yang dihantar oleh Musa bersama tentera 7000 orang untuk menakluk Andalusia. Tariq bersama tenteranya masuk ke Andalusia melalui selat di antara Maghribi dan Andalusia yang dikenali sebagai Selat Gibraltar dan mendarat di sebuah gunung yang dikenali sebagai Gibraltar (Jabal Tariq).

    Setibanya Tariq di Gibraltar, orang tempatan menghantar surat ke Raja Rodricko  tentang tentera Islam yan ditemuinya. Surat itu mengatakan, "adakah ini tentera daripada bumi atau tentera daripada langit?" Mereka tidak pernah melihat tentera yang malamnya bagai rahib merintih sayu, namun siangnya menjadi tentera yang hebat di medan. Kemudian, Raja Rodricko mengumpul tenteranya seramai 100 000 orang untuk melawan tentera Islam yang hanya 7000 orang. Kemudian Musa ibn Nusair menghantar 5000 tentera tambahan di bawah jagaan Tharif ibn Malik. Saat itu, Tariq berada di tengah-tengah lembah. Cuba bayangkan, di kiri lembah terdapat sebuah tasik yang agak besar, di sebelah kanan dan belakang ada gunung-gunung.

    Satu-satunya pembukaan berada betul-betul di hadapan lembah tersebut. Tharif bersama tentera-tenteranya berada di belakang gunung-gunung di bahagian belakang. Taktik ini sama dengan taktik yang digunakan oleh Khalid ibn Walid sewaktu menawan Persia. Peperangan ini bermula pada 28 Ramadhan tahun ke 92 Hijrah dan berterusan selama 8 hari. Dengan kehendak Allah, tentera Islam telah memenangi perang ini. Tentera Islam yang syahid lebih kurang 3000 orang, namun hampir semua tentera Kristian mati sewaktu peperangan.


    Kemenangan Tariq bersama tentera-tenteranya menjadi tanda tanya kepada kita semua bagaimana begitu hebat tentera Islam menakluk Andalusia, namun, ada pihak-pihak barat memberi jawapan iaitu, Tariq megikat semangat tentera Islam dengan membakar bakar kapal-kapal perang mereka. Ini meletakkan tentera Islam dalam dua keadaan, sama ada menang atau mati syahid. Namun, kisah ini tidak terdapat lansung dalam mana-mana sumber tokoh sejarah Islam.


    Satu demi satu bandar di Sepanyol ditakluk oleh Tariq. Bermula dengan Cordoba, Granada, Toledo dan Sevilla. Kemudian Tariq menakluk bahagia utara seperti Saragossa dan Navarre. 

    Kebangkitan Andalusia
    805 tahun, Islam yang dibawa oleh Moors menapak di bumi Eropah. Bermula dengan tentera pimpinan Tariq, kemudian empayar Islam terus berkembang ke seluruh kawasan Sepanyol.
    Hanya dalam tempoh dua tahun, Tariq dan Musa berjaya menakluk seluruh daratan Sepanyol. Umat Islam berkobar ingin terus menyampaikan risalah kebenaran ke eluruh benua eropah, namun terhalang dek tidak dapat menembusi Utara Perancis disebabkan kekalahan dalam Perang Tours. Setelah itu, Musa dan Tariq dipanggil balik ke damsyik oleh Khalifah al Walid bin Abdul Malik.

    Setelah kemangkatan Khalifah al walid bin Abdul Malik, Kerajaan Bani Umayyah telah digantikan dengan Kerajaan Bani Abbasiyah dan memlilih Baghdad sebagai pusat kerajaan. Abdurrahman Ad-Dakhil, keturunan Bani Umayyah yang selamat, berjaya menurunkan kekuasaannya kepada Yusuf Al-Fihri dan diangkat menjadi ketua kerajaan Andalusia (Amir Andalus) yang berpusat di Cordoba. Mereka tidak mahu berada di bawah Kekhalifahan Abbasiyah pada tahun 756 kerana bani Abbasiyyah banyak membunuh keluarganya.

    Islam di Cordoba terus gemilang dengan penguasaan ilmu dari segenap sudut. Orang Islam dan jug orang bukan Islam datang ke Cordoba untuk belajar di universiti dan perpustakaan di Cordoba.


    Salah satu bukti kecemerlangan empayar Islam di Corboda ialah pembinaan Masjid Cordoba atau nama lainya Mezquita.



    Kubah Mezequita, Cordoba.


    Binaan di dalam Mezequita, Cordoba.

    Kejatuhan Andalusia

    Kisah kejatuhan Andalusia mungkin boleh dikatakan bermula dengan kejatuhan kerajaan di Cordoba. Apabila kerajaan Cordoba jatuh disebabkan perang saudara, beberapa kawasan lain masih lagi membangun seperti Toledo yang berkembang pesat dalam ilmu astronomi dan juga gerakan pemikiran dalam kebudayaan Islam. Namun, Toledo jatuh juga disebabkan penaklukan oleh Alfonso Vi, Raja Castile yang juga menjadikan Toledo jatuh ke tangan Tentera Salib.

    Di saat bandar-bandar lain jatuh di bumi Andalusia, umat Islam yang masih ada membangunkan Islam di Granada di bawah pemerintahan Bani Ahmar. Islam kembali bangkit dan dipegunkan lagi dengan pembinaan Istana al Hambra. Istana ini merupakan seni bina yang amat unik dan memerlukan kepakaran dalam matematik dan seni ukir. Istana in telah berjaya bertahan selama dua abad lamanya sebelum penyerahannya kepada Ferdinand dan Isabella.



     Some people said, Al Hambra is the Triumph of Mathematics.
    -Al Hambra, Granada

    Pemerintahan Islam yang merupakan pertahanan terakhir di Andalusia ini berakhir kerana perebutan kuasa orang-orang istana . Abu Abdullah Muhammad merasa tidak senang kepada ayahnya kerana memilih anaknya yang lain sebagai pengganti raja. Dia memberontak dan berusaha merampas kuasa. Ketika berlaku pemberontakan, ayahnya terbunuh dan digantikan oleh Muhammad ibn Sa’ad. Abu Abdullah kemudian meminta bantuan kepada Ferdinand dan Isabella untuk menjatuhkan Muhammad ibn Sa'ad. Dua penguasa Kristian ini dapat mengalahkan Muhammad ibn Sa'ad dan Abu Abdullah pun dapat menaiki tahta.

    Ferdinand dan Isabella, yang telah mempersatukan dua kerajaan besar Kristian melalui perkahwinan, tidak merasa puas. Mereka ingin merebut kuasa terakhir umat Islam di Andalusia. Abu Muhammad Abdullah IX tidak tahan menahan serangan-serangan orang Kristian dan akhirnya mengaku kalah. Akhirnya kegemilangan Granada Kerajaan Islam terakhir di Andalusia setelah ratusan tahun kegemilangannya di Eropah lenyap di dunia. Dengan demikian berakhirlah kekuasaan Islam di Sepanyol tahun 1492 M.



    Setelah Andalus jatuh ke Kristian, satu persatu kawasan di dalam Mezequita ini didirikan gereja di dalamnya. Masjid ini sengaja tidak dirobohkan bagi membuktikan kehebatan Kristian mengalahkan Islam.
    Tanggal 2 Januari 1492 itu tercatat sebagai pemurtadan besar-besaran yang pernah terjadi dalam sejarah. Cordoba dan Granada hancur lebur bersama kitab-kitabnya yang dibakar . Pada tahun 1609 M, boleh dikatakan tidak ada lagi umat Islam di bumi Andalusia ini.


    Kini, tiada lagi kedengaran laungan azan dari menara ini. :(
    - La Giralda, Sevilla.


    Sejarah akan terus berulang jika kita  tidak mahu 
    menoleh ke belakang sebentar untuk mempelajarinya. Paksikan asas-asas Islam dengan kukuh dan hiasinya dengan kepelbagaian ilmu yang Allah berikan. Sungguh, tidak akan sesekali sama orang yang berilu dengan orang yang tidak berilmu. Dan sesungguhnya, Allah lebih menyukai orang beriman dan berilmu :)

    ___________
    Similar situations [as yours] have passed on before you, so proceed throughout the earth and observe how was the end of those who denied.
    3:137


    *untuk keterangan lanjut mengenai bandar-bandar seperti Cordoba dan Granada, nanti entri baru daripada kami!