Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)

Sunday, 26 August 2012

Balkan Itinerary

Turkey - Greece - Albania - Montenegro - Bosnia - Croatia - Macedonia - Bulgaria

Assalamualaikum :)
Di sini ada cadangan iterinary yang kami ingin kongsikan. Kami cadangnya untuk melengkapkan itinerary ni dalam masa 31 hari termasuk jalan-jalan Turki. Tapi kalau sebulan tidak termasuk jalan-jalan Turki memang sedap! Semoga bermanfaat ye!
Merah - Flight
Kuning - Bas/Van/Kereta
Hijau - Train
  1. Kami memilih perkhidmatan Turkish Airlines (Globally Yours...) bagi return flight ke Istanbul dari Amman, Jordan sebab kami merancang pusing-pusing Turki dulu sebelum balik ke Amman. Mungkin ada yang lebih gemarkan penerbangan seperti Royal Jordanian, Easyjet, tapi pada masa itu, Turkish Airlines adalah yang paling murah.


  2. Untuk sampai ke Athens (nak tahu lebih pasal Athens tekan sini), banyak pilihan pengangkutan sebenarnya. tapi kami memilih flight dari Istanbul ke Athens disebabkan harga naik bas lebih kurang je dan dapat juga menjimatkan masa. Flight yang dipilih ialah Aegean Air, tapi easyjet, olympic air dan lain-lain ada juga ke sana. tengoklah mana-mana yang murah waktu anda mahu travel. Perkhidmatan bas yang disediakan ada dari Istanbul ke Thessaloniki atau ke Athens. Tapi jika mahu jimat penginapan, naik bas malam pon satu idea yang menarik. Tapi mahu kebas punggung! sangat lama! kalau sesiapa yang bercuti dalam tempoh masa yang lama & ingin mengambil pengalaman menaiki bas yang lama, bolehlah mencuba. 
  3. Next, dari Athens ke Thessaloniki kami menaiki flight Aegean Air (kaya heh! naik flight je). ada juga bas yang berpatutan, tetapi disebabkan masa amat mencemburui kehadiran kami di bumi Athina, kami pun decide naik flight jah. Total harga flight Istanbul-Athens-Thessaloniki waktu itu dalam 130 Euro.
  4. Untuk ke Albania sebenarnya ada banyak cara. Anda boleh bertolak dari Athens, Thessaloniki dan bandar2 lain di Greece. Memandangkan kami memilih bas dari Thessaloniki untuk ke Albania, kami cerita yang tu la eh :P

    Di Thessaloniki ke Albania, tiket bas dijual oleh agent pelancongan atau terus ke Albanian Ekspress. Destinasi yang boleh anda pilih adalah seperti Berat, Gjirokastra, Tirana, Korca, Saranda.

    Kalau nak best lagi dan ada masa, apa kata anda naik bas ke Corfu dan kemudian boat ke Saranda. Macam menarik gila!

    Rancangan asalnya mahu ke Korca dan dari Korca ke destinasi kami, Gjirokastra sebab rakan-rakan Lonely Planet mencadangkan untuk kami mengambil bas dari Korca ke Gjirokastra kerana permandangannya yang mereka gelar sebagai European Tibet. Tapi disebabkan bas dari Korca ke Gjirokastra hanya ada pada pukul 630 pagi, maka agak sukar untuk kami yang belum ada penginapan.
  5. Jadinya, kami mengambil keputusan untuk ambil bas terus ke Gjirokastra. harga tiket bas dalam 28Euro. ada bas pagi dan petang. kami decide untuk mengambil waktu petang (730 petang) dan tiba dia Gjirokaster dalam jam 4.30pagi. di Gjirokaster takde bas staion. dia akan turunkan kita di tepi station minyak je.
    
    Permandangan dari dalam bas. Thessaloniki-Gjirokastra. Rugi kalau tidur! Iftar dalam bas bertemankan sunset :)
  6. kami ke Tirana menaiki bas (1000Leke) lama juga perjalanan sebab berhenti ambil orang. bas kami pkul 8 pagi dan sampai di Tirana pada jam 1230tengah hari. di Tirana ada bus station :)
    
  7. Jika anda dari Tirana mahu ke Montenegro, tidak ada bas yang direct. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah dengan ke Shkodra dahulu. Dari Shkodra ada pelbagai alternatif:
    • bas ke Ulcinj (Montenegro)
    • bas ke Podgorica
    • furgons (mcm van kecik) ke mana-mana destinasi pilihan.

      
      Dari Shkoder ni ada yang ambil pengangkutan terus ke Croatia, Bosnia, Czech, banyak lagi la!

  8. Kami terus ke Bay of Kotor. Harga dalam 16 Euro sekepala. Mungkin agak mahal memandangkan transpot kawasan Balkan ni murah. Tapi memang berbaloi sebab dalam 3 jam jugak perjalanan along the coast. Subhanallah cantik sangat rasa mcm nak suruh je bro tu berhenti kejap nak tangkap gambar!
  9. Setibanya ke Kotor, kami terus membeli tiket bas ke Dubrovnik, Croatia. tertintas gak dalam kepala nak cari bot, tapi tiada perkhidmatan bot ke Dubrovnik. Cruise adalah! Hoho. Dari Old City Kotor, boleh nampak signboard tulis Autobuska Stanika (bus station), kalau jalan kaki dalam 10 minit. Harga tiket bas pula 14 Euro, tapi sekiranya ada beg yang nak diletak kt bawah bas, kena tambah 1 Euro time nak letak beg tu. Bas ni akan berhenti di dua tempat (rasanyalah) sebab nak ambil orang kt situ.



    Dan dalam perjalanan ke Dubrovnik, bas akan naik feri ala ala dari tanah besar ke pulau kt Penang. jangan lupa keluar bas sekejap untuk ambil gambar & merasai kesedapan angin yang sepoi-sepoi menampar pipi~ Perjalanan bas lebih kurang dalam 4 jam ++ depends on kelancaran kastam di border setiap negara. Make sure ready dengan passport di tangan!

    
    Atas feri~ ^0^

    
    Imegresen Montenegro

  10. Kami bergerak ke Mostar dari Dubrovnik. Kalau tengok peta betul-betul, Bosnia hanya kawasan pantai yang sangat kecil yang memisahkan Dubrovnik dengan Croatia Besar. Jadinya, 3-4 kali jugaklah pegawai Imegresen check passport. Harga tiket bas dalam 105 kuna. Dan memang sekali lagi permandangannya subhanallah! Mana tidaknya, lalu dalam dua National Park jugaklah!
    
    permandangan dari dalam bas ke Mostar dari Dubrovnik

    
  11. Untuk ke Sarajevo, kami bergerak dari Mostar. Pilihan pengangkutan awam yang disediakan ialah bas dan keretapi. Kami memilih menaiki keretapi kerana katanya pemandangan sepanjang perjalanan ke Sarajevo amatlah mengujakan! Dan sememangnya betul! Maha Suci Allah yang telah menjadikan semua dengan indah dan tidaklah sia-sia~ Lonely Planet juga ada memberitahu, kami bakal melalui 64 terowong! tak sempat kira la pulak tapi memang banyak lah perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam setengah. Kami memlilih untuk duduk dalam ruangan ala ala Harry Potter (yang dudul dalam 6 orang dalam satu ruang)and seriously, it looks much similar to Harry Potter punya keretapi sebab ianya agak klasik XD
    
    Ni namanya Amir. banyak betul buku dia bawak sepanjang travel dia. :)

    
  12. Untuk ke Zagreb ada 4 pilihan. yang pertama, naik flight dari airport Sarajevo ke Zagreb. Yang kedua, naik kereta/bas/van sukahati lah. Yang ketiga, naik train. Dalam banyak-banyak cara ni, kami memilih untuk menaiki train. Bukan apa, dah alang-alang perjalanan lama tu, kalau naik train malam setidak-tidaknya dapat jimat duit penginapan. :P

    Tiket train Sarajevo-Zagreb harganya waktu kami beli dulu 58.9KM.

  13. (ini paling grrrrrrr) dari Zagreb, kami mengambil flight ke Skopje, Macedonia disebabkan Zagreb yang jauh di utara dan Skopje yang terletak sebaris dengan Sofia (agak selatan). ada juga perkhidmatan train yang disediakan, tapi kena tukar train di Serbia dan Malaysian memerlukan VISA untuk masuk ke Serbia (dan selalunya susah nak dapat). Harga flight lebih kurang 120Euro. Ada perkhidmatan bus shuttle dari station bus Zagreb ke Zagreb International Airport dengan harga 30Kuna.

Malangnya, kami hanya sempat masuk ke Alexander the Great Airport of Macedonia je (dekat gate pulak tu) disebabkan beberapa faktor yang kami sendiri tidak tahu T_T. Kami dihantar pulang semula ke Zagreb yang diiringi pegawai Kastam mereka. Jadi, kami dapat menceritakan sampai sini sahaja. Untuk perjalanan seterusnya kami sendiri tidak mendiscovernya secara realiti. Inshaallah satu masa nanti Allah memberikan peluang untuk kami sampai ke Bumi Ottoman & negara jirannya. :D

p/s: untuk sebarang pertanyaan boleh comment di post ini @ email ke basilhibiscus@gmail.com 

Selamatlah...


35 comments:

  1. apsal gambar mcm cantek, pdhal s2? @.@

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila tengok penggunaan kata nama. KAMI. not saya.

      Delete
  2. oh ok. aku bru tgok gmbar je sbnrnya..kah3

    ReplyDelete
  3. mcm mana boleh lepas naik flait ke Macedonia? tak cek visa ker? dah tu kena hntr balik ke jordan ke zagreb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde masalah pun dari Zagreb, yang masalahnya dekat imigresen di Macedonia. diorg xbagi kami masuk. xperlu visa pun nk masuk Macedonia.bila xdpt masuk kami diDEPORT ke Zagreb. :)

      Delete
  4. Wow menarik entry ni, kami pun Insya Allah nk ke Turkey thn depan, harap2nya jadi kenyataan la.. Awat study kt Jordan ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga dapat ke Turki tahun depan! banyak tempat menarik kt sana :)
      Kami study kt Jordan :)

      Terima kasih lawat blog kami :)

      Delete
  5. Sya pun br blk solo trip cover balkan ni..syg x masuk kosovo...x fhm pasal xdpt masuk macedonia?sya ke skopje by bus from sofia..skopje menarik utk dilawati..bus bus dr skopje-pristina just 2-3 hrs. ..kosovo pun cantik landscape dia..tahniah..blog yg santai n menarik ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi betul tak dapat mausk kosovo kan? satu hari nanti nak jugak ke sana!

      Delete
  6. Thanks for the itinerary. Memang tgh mencari blog2 dan itinerary pasal Balkan ni. So memang berguna utk saya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. Balkan satu tempat yang sangat menarik, kurang kesesakan, alamnya pun indah. selamatlah ye ke sana! :)

      Delete
  7. salam. Hii. good info in ur blog.
    akak nak tanya nih. from Thessaloniki ke Gjirokastra amik bas apa ek? beli tiket on departure? beli kat bus stand di Thesssaloniki?
    hehe.. sory ek banyak tanya. planned nak pi on nov. selamat tak kalau sorang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. masa sampai di Thessaloniki kami survey dulu apa bus yg ada dari Thessaloniki. Alhamdulillah jumpa bas ke Gjirokastra. Dekat stesen bas dia ada banyak syarikat2 bus (tanya dengan orang hotel mana nak cari bas international). boleh survey stiap satu and book siap2.

      Greece kalau sorang agak creepy. tapi okay je kalau siang. Malam jangan keluar langsung kalau boleh.

      Harap dapat membantu :)

      Delete
    2. wahhh. thanks.... baca kat internet tkde bas direct ke Gjirokastra dari Thessaloniki. nasib baek ado.

      Delete
  8. Brp total belanja utk trip ni..incl food, accomodation n transport..? Susah tak nak cari makan?

    ReplyDelete
  9. secara keseluruhan agak susah nak state berapa total expense sebab kami ade problem dengan certain country yang x boleh masuk, then kena beli flight. Tapi kami anggarkan dalam 1000 Euro inshaallah cukup.

    So far makan senang je nak cari terutama di Albania, Bosnia, Turki sebab mostly pun muslim. Kalau yang lain boleh je nak makan seafood/roti. Kalau ade rezeki bole jumpa kedai2 halal. Inshaallah ada jalan :)

    ReplyDelete
  10. saya dr kl plan nak follow your itinerary. nk kena standby apply for visa ke for certain state?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah so far tiada visa diperlukan. cuma kami ada problem di border macedonia (kami pun tak tahu sebab ape). boleh tengok update keperluan visa di website kementerian luar negara (KLN)

      Delete
  11. Seronoknya. Solo travel ke? Gambar2 you pun cantik sangat. Guna camera apa?

    ReplyDelete
  12. Eh sorry ... "WE" rupanya. Terlepas pandang.

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. kankak mahh? cantik sangat.. rasa nak stay lama pulak

      Delete
  14. Dubronik...Kotor..cantik..Bosnia pun cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semualah cantik kan? beauty is in the eye of the beholder gitu..

      Delete
  15. Entri yang menarik dan umur (40an ) dah.mengujakan. Saya dah pernah ke Istanbul-skopje-Ohrid-Tirana-Shkoder-Budva-Kotor-Dubrovnik-kotor-Mostar-Sarajevo-Istanbul-KLtapi tak puas hati sbb pergi dgn agent dan tak dapat menikmati keindahan bumi balkan sepenuhnya. Ada tak sesiapa yang nak pergi ke Balkan tanpa pakej sbb saya berminat nak join.Cuma saya ni dah berumur(40an dah). Takut you all tak selesa jln dgn org tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami ni memnag teringin nak pergi lagi sekali. tapi, apakan daya, wang dan masa menjadi kekangan. kalau ada rezeki inshaallah kita bole travel sama2 :)

      Delete
  16. Salam. Web anda membantu kami yg merancang nak melawat Balkan selama 11 hari pergi balik

    ReplyDelete
  17. Nak gi akhir Feb INI, insha Allah

    ReplyDelete
  18. jom...umo 40 tahun pun ok...asalkan larat nak jalan2 hahah

    ReplyDelete
  19. Wow terbaik trip korang ni!!
    Thanks ya for the balkan countries travel tips

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah, saya skrg berada di Budva, Montenegro. Semalam kami di Kotor lbh kurang 2 jam shj. Sekejap lagi ke Prizren Dan Pristina. Esok ke Istanbul Dan 29.5 balik Kl.

    Ittenary kami :

    15-17.5 : London
    17.5 : London Amsterdam, berangkat dgn bas 10 malam
    18.5 : Amsterdam Brussels, berangkat dgn bas 11.45 malam, sampai Brussels 3.45 pagi (dah masuk subuh)
    19.5 Brussels Paris 9pagi sampai 1.30 tengahari.
    - 11.30 malam berangkat ke Geneva.
    Amsterdam dan Brussels bermalam atas bas.
    20.5 :Bermalam di airport Geneva
    21.5 :12.30 tengahari berlepas ke Dubrovnik dgn easyjet Dan sampai jam 2.15 ptg. Sewa kereta pandu sendiri. Bermalam di Dubrovnik.
    22.5 : Bergerak ke Mostar Dan bermalam.
    23.5 : Bergerak ke Sarajevo, singgah di kedutaan Malaysia. Bermalam di Sarajevo.
    24.5 : Melawat mertua Kawan di Nimela, Zenica, 2 jam dgn kereta. Otw melawat Travnik Dan seterusnya ke Sarajevo utk bermalam.
    25.5 : Bergerak ke Kotor Dan Budva.
    26.5 (Hari ni), insha Allah ke Prizren dan Pristina Dan bermalam.
    27.5 : Esok, insha Allah menaiki pesawat Pegasus utk ke Istanbul.
    29.5 : Insha Allah, berlepas ke Kl

    Group saya 6 orang , 2 org 55 tahun, 1 org 58 tahun, 1 org 65 tahun Dan seorg lagi 42 tahun yg memandu kereta di Balkan

    ReplyDelete
  21. Trip yg kedua insha Allah bulan October. Sesiapa yg nak join e mail saya

    naasiha@yahoo.com.com

    ReplyDelete
  22. Trip yg kedua insha Allah bulan October. Sesiapa yg nak join e mail saya

    naasiha@yahoo.com.com

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah, saya skrg berada di Budva, Montenegro. Semalam kami di Kotor lbh kurang 2 jam shj. Sekejap lagi ke Prizren Dan Pristina. Esok ke Istanbul Dan 29.5 balik Kl.

    Ittenary kami :

    15-17.5 : London
    17.5 : London Amsterdam, berangkat dgn bas 10 malam
    18.5 : Amsterdam Brussels, berangkat dgn bas 11.45 malam, sampai Brussels 3.45 pagi (dah masuk subuh)
    19.5 Brussels Paris 9pagi sampai 1.30 tengahari.
    - 11.30 malam berangkat ke Geneva.
    Amsterdam dan Brussels bermalam atas bas.
    20.5 :Bermalam di airport Geneva
    21.5 :12.30 tengahari berlepas ke Dubrovnik dgn easyjet Dan sampai jam 2.15 ptg. Sewa kereta pandu sendiri. Bermalam di Dubrovnik.
    22.5 : Bergerak ke Mostar Dan bermalam.
    23.5 : Bergerak ke Sarajevo, singgah di kedutaan Malaysia. Bermalam di Sarajevo.
    24.5 : Melawat mertua Kawan di Nimela, Zenica, 2 jam dgn kereta. Otw melawat Travnik Dan seterusnya ke Sarajevo utk bermalam.
    25.5 : Bergerak ke Kotor Dan Budva.
    26.5 (Hari ni), insha Allah ke Prizren dan Pristina Dan bermalam.
    27.5 : Esok, insha Allah menaiki pesawat Pegasus utk ke Istanbul.
    29.5 : Insha Allah, berlepas ke Kl

    Group saya 6 orang , 2 org 55 tahun, 1 org 58 tahun, 1 org 65 tahun Dan seorg lagi 42 tahun yg memandu kereta di Balkan

    ReplyDelete