Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)

Monday 30 September 2013

Turki - Cappadocia

Assalamualaikum!
Nasılsın?
Moga semuanya baik-baik sahaja.

Cappadocia. Tempat menarik yang bakal menguji kecekalan anda untuk menjelajahi lembah-lembah cantik di sini!


Pemandangan yang mengagumkan di lembah Göreme ini dibentuk daripada hakisan. Walaubagaimanapun, beribu tahun dahulu, manusia mengambil ilham daripada hakisan ini dan mula mengukir bilik, ruangan, terowong. Bermula pada abad keempat, telah dibina lanskap urban! tetapi bawah tanahlah..
Letusan gunung berapi purba telah melitupi kawasan ini dengan abu yang tebal, yang kemudiannya memejal menjadi batu lembut—dikenali sebagai tuff—setebal sepuluh meter. Angin dan air datang berganti meninggalkan hanya harder elements untuk membentuk lanskap kon, tiang, cendawan, cerobong yang terbentang sejauh 130 kaki (40 meter) ke langit, seperti dalam Rapunzel gitu :)

Masyarakat di sini begitu kreatif mengukir dan membentuk batu-batu ini menjadi gua, tempat tinggal, tempat beribadat, gudang dan macam-macam lagi. Semuanya digali dan diukir di dalam batu.
Göreme didiami oleh Zaman Hittite seawal 1800 hingga 1200 B.C. yang kemudiannya berada dia antara persaingan empayar-empayar seperti Greek, Persia dan kemudiannya Byzantine Greek. Disebabkan keadaan politik yang tidak menentu, masyarat setempat memerlukan tempat perlindungan dan persembunyian. Mereka akhirnya mengorek batu-batu untuk dijadikan tempat persembunyian.
Kawasan ini menjadi kawasan perlindungan agama sewaktu zaman awal Kristian. Pada abad keempat, penganut Kristian yang lari dari penganiayaan Rom, telah tiba dengan jumlah yang agak ramai dan menubuhkan komuniti monastik di sini.

Göreme merupakan bandar yang kaya dengan sejarah, namun bukan semua gua-gua batu di sini dijadikan museum. Masih ada rumah bahkan hotel yang masih mengekalkan konsep keguaan. haha.











Tour map!

Sebelum itu, kami ingin menceritakan serba sedikit perjalanan kami yang amat simple. Cappadocia ni sangat luas. Ada banyak subcity dari bandar besar ini seperti Goreme, Urgup, Nevsehir dan lain-lain. Jika dilihat dari peta tour di atas, anda boleh buat pilihan mana tempat yang anda ingin pergi. Kami dengan bajet yang dan waktu yang sikit, hanya dapat cover tour warna merah dengan menggunakan kaki dan pengangkutan awam.

1. Underground Cities
Ada banyak underground cities yang anda boleh lawati, tetapi setahu kami hanya ada dua yang boleh sampai menggunakan pengangkutan awam iaitu Derinkuyu dan Kaymakli. Ada beza bagi kedua-dua bandar ini. Derinkuyu lebih kecil, tetapi dalam, manakala Kaymakli luas, tetapi cetek(?). Kami memilih untuk ke Derinkuyu.

Untuk ke Derinkuyu, anda perlu menaiki dua bas atau dolmus (minibus). Bas pertama anda boleh ambil betul-betul di pusat bandar Goreme, anda boleh nampak banyak minibus di situ. Cakap je, "Derinkuyu? Derinkuyu?" Nampak sahaja banyak tourists naik, maka betul lah tu. Kemudian bas ini akan berhenti pada dua perhentian, yang pertama untuk ke Kaymakli, kedua untuk ke Derinkuyu. Bergantunglah pada anda, underground city mana pilihan hati. Kemudian, tunggu di tempat yang pakcik bas tu suruh tunggu sampai bas tulis Derinkuyu tiba. Nanti bas ni akan turun betul-betul di kawasan Derinkuyu Underground City




2. Hot Air Ballooning 
Ini merupakan salah satu punca wang kami jadi sikit! haha. But, it's worth it :) Anda tak perlu tempah online siap-siap. Hanya perlu pergi ke syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini (jangan pergi dekat ejen) sehari sebelum. Jika anda bernasib baik, anda mungkin ditawarkan pakej-pakej dengan harga yang menarik. Aktiviti ini dijalankan pada waktu 0430 pagi (bergantung kepada sunrise). Oleh yang demikian, anda mesti tinggal sekurang-kurangnya satu malam di sini.



3. Rose, Red, Love Valleys
Cappadocia ada banyak valleys. Kadang-kadang tak sedar pun dah masuk valley ni. Kami mula dengan mengambil laluan terletak sebelum Goreme Open Air Museum. Kalau ikut map bawah ni rasanya kami menggunakan laluan Kılıclar. Dari sini boleh tembus ke banyak lembah yang lain seperti Red, Rose and Love. Sepanjang trek, ada peta disediakan, siap bertulis "You are here". Bolehlah berpandukan peta tersebut walaupun kadang-kadang sudah kabur dan tidak jelas. Di sepanjang perjalanan juga ada anak panah yang menunjukkan mana arah lembah. Biasanya anak panah ini di'spray' di batu-batu. Penjelajahan kami tamat di Cavusin.

Cavusin ini merupakan sebuah bandar tua, di mana terletaknya sebuah gereja, iaitu Gereja St John The Baptist. Seperti gereja-gereja lain di Rose, Red dan Love Valley, lukisan fresco di dalamnya sudah pun pudar dan sedang dibaikpulih dari masa ke semasa.

Kemudian kami berjalan kaki pulang ke Goreme dan mengambil masa lebih kurang setengah jam.

sumber

    Red Valley
    4. Zemi Valley
    Zemi Valley ini terletak tidak jauh dari Open Air Museum, anda juga tidak memerlukan peralatan atau pakaian yang advanced. Malah kami sempat berkenalan dengan pasangan veteran dari Perancis yang turut mendaki Zemi Valley ini sendiri!


    Kalau rasa malas nak jalan, boleh horse riding.
    5. Jelajah Ihlara Valley
    Ihlara Valley ini agak jauh dari Goreme, lebih kurang 2 jam perjalanan dengan menaiki kenderaan bermotor. Kami tak ke sini yang ni kerana kekangan masa dan duit. Cara yang terbaik untuk ke sini adalah dengan menggunakan perkhidmatan agensi agensi perlancongan. Dikatakan tempat ini sangatlah indah dan romantis!

    6. Goreme Open Air Museum
    Terdapat beberapa Open Air Museum yang boleh anda lawati jika berminat. Bayarannya tidaklah terlalu mahal. Tetapi ada yang berpendapat, Goreme Open Air Museum ini tidak banyak bezanya dengan yang dapat anda lihat di luar. Museum-museum ini biasanya dijaga dengan lebih baik dan projek pembaikpulih dan pemuliharaan juga lebih baik.




    • Di sekitar valley-valley ada dijual barang-barang buatan tangan masyarakat tempatan seperti anting-anting, keychain dan sebagainya.
    • Ada juga dijual barang-barang kulit seperti jaket, hiasan dinding dan hiasan gantung-gantung dalam bentuk belon panas (*comel juga) :)
    • Sulaman tradisional Turki juga ada dijual di kawasan sekitar masjid. Namun sulaman ini bukanlah ekslusif seperti yang dijual di Konya dan beberapa tempat lain.




    • Tak perlu book accommodation dulu pun takpe, tanya je pakcik-pakcik ejen di situ mana hotel range harga berapa yang kita nak.
    • Kata orang, jika ke Cappadocia, sangatlah rugi andai tak merasa tidur dalam gua, banyak hotel-hotel dan guesthouse yang mempunyai konsep sebegini.
    • selain berjalan kaki, anda juga boleh menjelajah Goreme ini dengan basikal, kuda, skuter dan macam-macam lagi. 




    1TL = 0.37066 Euro
    • Accommodation : 25TL per person
    • Hot air balloon : 90Euro ++ (ikut company)
    • Underground city entrance fee : 15TL

    Sunday 1 September 2013

    Turki, Georgia, Armenia & Bulgaria Itinerary

    Assalamualaikum :)
    Apa khabar pembaca semua?
    Kali ini, kami akan menceritakan sedikit sebanyak itenerary kami bagi kembara lepas yang mengambil masa lebih kurang sebulan. Harapnya post ini bermanfaat buat semua! :D
    ______________________________

    Istanbul - Konya - Pamukkale - Selcuk - Fethiye - Adana - Cappadocia - Trabzon - Batumi - Tbilisi -Yerevan - Tbilisi - Istanbul - Sofia - Bansko - Plovdiv - Istanbul

    Plan kali ini.

    1. Amman - Istanbul. Kami memilih kali ini sekali lagi Turkish Airlines dari Amman ke Istanbul. Perjalanan mengambil masa 3 jam.

    Masjid Biru, Istanbul, Turki

    2. Istanbul - Konya. Ramai yang agak pelik dengan pilihan kami untuk terus ke Konya dari Istanbul memandangkan Konya agak ke tengah berbanding banda-bandar lain seperti Pamukkale dan Selcuk. Sebenarnya, sengaja kami susun perjalanan kami sebegini kerana pada setiap hari Sabtu, Pusat Kebudayaan Mevlana ada menayangkan tarian Sema secara percuma. Sabtu minggu berikutnya pula, mengikut perancangan kami sudah pun berada di Georgia. 

    Untuk ke Konya, kami memilih bas malam untuk menjimatkan duit penginapan. Terdapat banyak syarikat yang menjual tiket bas. Kalau dah sampai ke Otogar (stesen bas) di Istanbul, bolehlah survey dulu mana yang berpatutan dengan servis yang ditawarkan. Bas di Turki sangat high class. Anda akan dihidangkan dengan snack, air panas, air berkarbonat, air mineral. Ada sesetengah bas yang turut menyediakan wi-fi!
    (klik sini untuk ke post mengenai Konya)

    Tarian sema, Konya.

    3. Konya - Pamukkale. Kami menaiki bas malam. Bas ke Pamukkale akan berhenti di Denizli. Kemudian untuk ke Pamukkale anda boleh menaiki dolmus (minibus). Sebelum itu anda boleh membeli tiket ke bandar seterusnya siap-siap atau boleh juga dibeli di Pamukkale. Apabila sudah sampai di Pamukkale, semua tempat tarikan pelancong anda boleh reach dengan hanya berjalan kaki. Kalau hendak membeli tiket bas, anda boleh mencari syarikat bas di kawasan situ juga.

    Kebanyakan syarikat bas ada menyediakan perkhidmatan dolmus atau bus untuk ke bandar Denizli. Kami kurang pasti jika perkhidmatan ini turut disediakan dari Denizli ke Pamukkale memandangkan kami sendiri ke Pamukkale dengan menaiki dolmus awam. (klik sini untuk ke post mengenai Pamukkale)

    Travetines, Pamukkale, Turki.

    4. Pamukkale - Selcuk. Perjalanan lebih kurang 4 jam. Pemandangan yang menarik dapat anda hayati sekiranya anda mengambil bas pada waktu siang. Selain bas, terdapat juga keratapi dari Denizli ke Selcuk. Kami kurang arif akan berapa lama dan kos jika menaiki keretapi, sudah ada dalam bas ke Selcuk baru tahu, ada rupanya keretapi ke sana!

    Setibanya di Selcuk, anda boleh melawat tempat-tempat menarik di sekitar dan biasanya orang akan melawat Efes (Ephesus) yang tersenarai antara 7 keajaiban dunia purba. Untuk ke Ephesus, anda boleh menaiki dolmus di stesen bas Selcuk.

    Sempat kami bersembang dengan seorang pengembara juga, rancangnya untuk ke Mykonos dari Selcuk. Dari Mykonos pula akan terus ke Kepulauan Greek. Menarik juga rancangannya itu. Dari Selcuk juga anda dapat ke Pulau Rhodes. Mudahnya, dari Selcuk, agak mudah untuk anda ke Kepulauan Greek melalui jalan laut, memandangkan penerbangan ke kepulauan ini agak mahal harganya.

    5. Selcuk - Fethiye. Pada hari yang sama, kami mengambil bas malam ke Fethiye. Semua bas ke Fethiye dari Selcuk akan berhenti di Aydin. Anda confirmkanlah tiket betul-betul, pada awalnya, kami ingat transit di Aydin sekejap sahaja, rupa-rupanya berjam-jam jugak. Waiting room pun agak spooky sikit, terutamanya jika anda menunggu pada waktu malam :) Ada sebuah masjid tidak jauh dari stesen bas, tapi selepas pukul 12 malam pengunjung dikehendaki mengosongkan masjid :(

    Oludeniz, Fethiye, Turki.

    6. Fethiye - Adana. Kami menaiki bas malam. Bas akan melalui Antalya. Orang pelik kenapa ke Adana? haha. Ini last minute punya tukar plan! Pada awalnya kami bercadang untuk terus ke Urfa (Sanliurfa) untuk menjejak kisah Nabi Ibrahim. Sewaktu kami di Pamukkale, kami sempat berkenalan dengan Bro Yousef yang asalnya dari Lubnan dan kini menetap di Pamukkale. Bro Yousef yang sangat arif mengenai selok belok Turki mencadangkan supaya kami melawat Cennet-Cehennem di Narlikuyu. Katanya, tidak ramai yang akan ke tempat ini, tapi lawatan ke sana tentunya menarik.

    Untuk ke Narlikuyu Adana, anda perlu menaiki dolmus ke Silifke, cakap je pakcik tu "Cennet Cehennem" nanti dia turunkan tepi jalan. Lepas itu jalan terus ikut tanda di jalan lebih kurang 3 km, sampailah anda ke Cennet Cehennam, kalau rajin dan bernasib baik, boleh hitchhike. Anda juga boleh melawati Kizkalesi, sebuah kubu yang berada di tengah laut, terletak tidak jauh dari situ.

    Kizkalesi, Turki.

    7. Adana - Cappadocia. Bas malam juga. Biasanya bas ke Cappadocia akan berhenti di bandar terdekat, Nevsehir. Namun, kebanyakan syarikat bas akan menyediakan perkhidmatan shuttle untuk terus ke Cappadocia. Bestnya Cappadocia ni, anda boleh jalan kaki ke hampir ke semua tempat-tempat tarikan pelancong. Cumanya untuk ke Underground City, anda perlu tukar dua bas, tapi jangan risau, ramai pelancong buat. Jangan percaya agent yang mengeluarkan kata-kata yang agak discouraging seperti, "you'll never arrive there with public transport".

    Cappadocia, Turki.

    8. Cappadocia - Trabzon. Kami ke Trabzon menaiki bas malam juga. Jika anda menaiki bas siang ke Trabzon juga satu idea yang menarik, ada yang menceritakan bahawa permadangan sepanjang ke Trabzon sangat indah, ala-ala Swiss. ;)

    Untuk ke city center, anda boleh terus menaiki dolmus di luar stesen. Tanya je, "centrum?"

    Aya Sofya, Trabon.

    9. Trabzon - Batumi. Kami mengambil bas ke Batumi (Batum) pada waktu petang dan sampai lebih kurang jam 9 malam waktu Georgia. Di border Sarpi, passport kami pada mulanya diragui. Mungkin orang kastam tu pertama kali tengok pasport Malaysia, agak teruja dia bila akhirnya menjumpai watermark kecil bertulis "MALAYSIAMALAYSIAMALAYSIA.." yang disusun dalam bentuk ombak. Akhirnya, dapat juga masuk ke Georgia. :)

    Di sempadan Sarpi ini, kebanyakan yang menaiki bas biasanya akan menaiki kenderaan lain untuk ke Batumi memandangkan urusan imigresen yang biasanya lama dan jarak ke Batumi tidak begitu jauh. Terpulang pada anda, untuk menaiki bas yang sama atau menaiki kenderaan lain.

    Bandar Pelabuhan, Batumi.

    10. Batumi - Tbilisi (Tfilis). Ini adalah pengalaman pertama kami menaiki sleeper train! Pengalaman menarik dan kami berjumpa dengan kenalan Georgia yang sangat baik. Diajarkan kami bahasa Georgia. Terima kasih Nina dan pak cik :)

    11. Tbilisi - Yerevan. Anda boleh memilih mashrutky atau keretapi untuk terus ke Yerevan. Keretapi ke Yerevan hanya beroperasi pada hari-hari 'ganjil' (Ahad, Selasa, Khamis, Jumaat); dan sebaliknya dari Yerevan ke Tbilisi. Anda juga boleh memilih untuk menaiki kertapi terus dari Batumi ke Yerevan, tetapi keretapi untuk rangkaian ini hanyalah dua minggu sekali.

    Kami menaiki marshrutky sahaja memandangkan keretapi hanya akan bertolak pada hari esoknya. Jalan Tblisi ke Yerevan bukanlah jalan-jalan besar atau lebuhraya, jalan-jalannya mengikut air sungai, menelusuri lembah, malah berlubang sana sini! Yang seronoknya, permandangannya indah sekali, jangan tidur pulak dalam perjalanan! :P

    Di ambil dari dalam marshrutky, Armenia.

    12. Yerevan - Tbilisi. Untuk ke Yerevan semula, kali ini kami memilih untuk menaiki keretapi. Keretapinya hanya pada waktu malam.

    Yerevan, Armenia.

    13. Tbilisi - Istanbul Kami menaiki bas ke Istanbul yang mengambil masa 24 jam. Penat juga, tapi banyak kali juga bas berhenti untuk makan-makan dan ambil angin. So, okaylah. Untuk ke stesen bas ini dari stesen keretapi di Tbilisi, anda boleh ke tempat pusat marshrutky (macam dolmus) di luar stesen keratapi. Stesen keratapi terletak tidak jauh dri stesen metro dan pusat marshrutky. Di pusat marshrutky, anda hanya perlu menaiki marshrutky ke "Ortachala".

    Masjid Biru, Istanbul

    14. Istanbul - Sofia. Untuk mendapatkan tiket, anda boleh pergi ke stesen bas utama Istanbul (Otogar). Banyak je syarikat yang menyediakan perkhidmatan ke Sofia. Semalaman juga tempoh perjalanan ke Sofia. Urusan kastam kami agak leceh, atas sebab yang sama sewaktu kami di border Sarpi dulu, ketulenan passport kami diragui. Apa-apa pun, jangan risau, inshaAllah boleh masuk :)

    15. Sofia - Bansko. Di sini ada dua pilihan, naik bas atau keretapi. Kalau bas, sampai terus ke Bansko, hanya 2-3 jam sahaja perjalanannya. Kalau keretapi pula, kena lommpat-lompat sikit. Kami cadangkan naik keretapi kerana pemandangannya lebih cantik dan mencabar! haha. Mula-mula perlu naik keretapi dari Sofia ke Septemvri (stesen keretapi terletak di sebelah stesen bas). Kemudian naik keretapi dari Septemvri ke Bansko. Keretapi ini sangat epik! 7 jam lamanya untuk sampai ke Bansko!

    16. Bansko - Plovdiv. Kami menaiki bas yang kecil tapi selesa. Perjalanan ambil masa lebih kurang 4-6 jam. Hanya ada bas pada waktu pagi sahaja :)

    17. Plovdiv - Istanbul. Yang ini kami cadangkan naik Alpar, sebab bila masuk Turki boleh dapat wi-fi! haha. Mana-mana pun tak kesah.

    18. Istanbul - Amman. Gule gule Turkiye!


    __________________

    Begitulah lebih kurang perjalanan kami merentasi Turki, Georgia, Armenia dan Bulgaria. Mungkin agak serabut perjalanannya kerana kali ini kami pilih untuk redah je, dan tidak ada reservation langsung yang dibuat sepanjang sebulan kembara kami. Walaupapun, alhamdulillah, semuanya selamat dan pengalaman kali ini sangatlah bermakna. Jika anda ada pengalaman menarik, boleh lah kongsi bersama! :)