Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)

Friday, 2 November 2012

Jordan - segalanya bermula di sini...



Naik basikal sampai ke Klang,
basikal pancit naik kereta,
selalu cerita pasal negara orang,
negara sendiri siapa nak cerita?

Assalamualaikum :)

Setelah sekian lama menulis (baru dua bulan) tentang negara orang, kami lupa hendak menulis tentang negara yang begitu hampir dengan kami iaitu Jordan. Tempat kami menuntut ilmu, tempat kami belajar bagaimana hendak bercuti.

Ramai juga dalam kalangan sahabat-sahabat yang terkeliru Jordan dengan Mesir. Let us clarify :)

Jordan yang warna pink di atas Saudi Arabia
credit
Sangat beza Mesir dan Jordan, tapi biasalah mula-mula. Dengar nama pula macam pemain bola keranjang Michael Jordan. huhu. 

Bendera negara Jordan. Tak banyak jauh dengan negara-negara di Timur Tengah yang lain. kan?
credit

Jordan merupakan sebuah negara yang kaya dengan sejarah. Banyak kerajaan yang bersilih-ganti memerintah tanah ini. Antaranya ialah zaman Mesopotamia, Babylon, Parsi, dan di bahagian Tenggara Jordan pernah diduduki oleh kaum Thamud (Petra). Pada tahun 106M, tanah ini berada di bawah jajahan Rom dan pada 633-636M bangsa Arab menguasai pemerintahan. Pada abad ke-16, Jordan ditakluki oleh pemerintahan Turki Uthmaniyah yang berpusat di Damsyik. Selepas Perang Dunia I, kuasa pemerintahan jatuh di tangan British dan Jordan (dahulunya dikenali sebagai Transjordan) dipisahkan daripada Palestine dan diserahkan amanah pemerintahan kepada Abdullah ibn Hussein pada tahun 1921. Jordan mencapai kemerdekaan pada 25 Mei 1946 dengan dikenali sebagai The Hashemite Kingdom of Jordan.

Tanah Palestin begitu hampir dengan kami, namun kami hanya mampu berdoa dan membantu sekiranya ada tabung atau derma yang diperlukan. Kami juga begitu dekat dengan Syria, namun hanya mampu berdoa sahaja.

Semoga Allah memberikan kebebasan buat rakyat Palestin dan Syria, dan semoga kita masih diberi peluang bersolat di Masjid al Aqsa




Apa yang kami buat di Jordan? semestinya BELAJAR! kami menghabiskan masa 5 tahun di sini (inshaallah, tak mahu extend dan tak mahu kurang!) bagi menghabiskan Ijazah Sarjana Muda.

Kepada sesiapa yang ingin merancang bercuti di Jordan, kami akan memberi tempat-tempat cadangan yang menarik yang boleh anda kunjungi.

  1. Petra - Semestinya.
    Petra tersenarai antara 7 Wonders of the World! Sebuah kota yang didiami oleh The Nabateans yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ingin tahu kenapa Petra boleh tersenarai dalam 7 Wonders of the World? Sangat perlulah untuk anda melawat ke sini terlebih dahulu!
    sebelum sampai ke Khazzaanah ini, anda perlu melalui celah-celah batuan yang tinggi! Subhanallah memang sangat cantik! :D

  2. Wadi Rum - Lembah Merah.
    Pemandangan yang indah yang disangkakan hamparan laut rupa-rupanya padang pasir. Boleh merasai kehidupan orang Badawi di sini.

    Antara cara untuk teroka Wadi Rum adalah dengan Jeep..

  3. Laut Mati - Sejarah & Semula JadiIngatkah anda pada kisah Kaum Lut yang dilaknat Allah atas perbuatan mereka yang diluar tabii? Ya, dipercayai di sini lah tempat di mana kisah yang diceritakan di dalam Al-Quran itu berlaku!
  4. Wadi Mujib - Mencabar & Semula jadi. (Ada banyak trek di sini. Ada yang tutup sewaktu musim sejuk). Ada banyak lagi wadi-wadi di Jordan ini yang menjadi kunjungan seperti Wadi Numeira, Wadi Main dan banyak lagi. (*wadi - lembah) 
  5. Untuk sampai ke air terjun ini, anda perlu mengharungi pelbagai rintangan yang mencabar!
    credit
  6. Karak & 'Ajloun Castle - Sejarah
  7. Aqabah - Laut, Shopping!
  8. Gua Ashabul Kahfi - Sejarah
  9. Dana Village - Semula Jadi & Mencabar (ada tour yang menyediakan package berjalan dan hiking dari Dana ke Petra!!!) 
  10. Mu'tah - Sejarah Peperang Mu'tah dan Maqam Sahabat
  11. Mount Nebo, Madaba - Mencabar & Sejarah
    Dipercayai bahawa Nabi Musa as dikebumikan di sini* dan sebuah gereja telah dibina di sini untuk penganut agama Kristian menunaikan pilmilgrage mereka. Tidak ada masalah pun untuk kita umat Islam melawat ye kawan2 :) (*ada khilaf di mana Nabi Musa as dikebumikan)
    Mount Nebo
    credit
  12. Umm Qais - Sejarah
  13. Irbid - Sejarah Ma'rikah Yarmouk
    Tahukah anda Perang Yarmouk atau Yarmouk Battle merupakan antara perang yang tersenarai sebagai antara perang yang paling berstrategi? Geografi tempat ini turut memainkan peranan penting dalam perancangan perang ini. Makanya, tidak sia-sia untuk anda melawat ke Ma'rikah Yarmouk! Dan tak lupa juga ---> 
    Jumpa KAMI!!! :p

Apa yang menarik untuk berbelanja di Jordan ialah :
  • Jubah! Sama ada lelaki atau wanita jubahnya boleh tahan murahnya :)
  • Pashmina
  • Kacang
  • Minyak zaitun
  • Produk Laut Mati


  • Jika hendak datang ke Jordan, sebaiknya ada kawan di sini yang boleh tolong bawakan atau beri cadangan. Jika ada kawan di sini, biasanya dia boleh dapatkan pemandu-pemandu Arab dengan harga yang lebih murah..
  • Sila pastikan harga yang anda deal dengan orang Arab dengan sepasti-pastinya, sebab nanti boleh je dia naikkan harga last minute
  • Sila jaga barang berharga anda dengan selamat. Trust NO ONE! (bukan nak buruk sangka, tapi ada yang berjubah pun buat jenayah.. haissshh)
  • Musim panas suhu boleh mencecah 45 darjah Celcius dan musim sejuk boleh mencecah sifar darjah Celcius. Kami cadangkan datang pada musim sejuk (Nov-Feb) jika anda datang dari negara-negara sejuk, dan musim bunga (bulan Mac-Jun) jika anda daripada negara beriklim khatulistiwa.
  • Untuk membeli tiket ke Amman, Jordan, anda boleh menggunakan pelbagai syarikat penerbangan seperti Royal Jordanian, Easyjet, Oman Air, Qatar Airways, Egypt Air, Turkish Airlines, Kuwait Airways, Emirates dan yang lain-lain. MAS juga telah menyediakan penerbangan terus KUL-AMM!! Tapi jangan lupa bandingkan harga!
  • Tandas awam tiada air. Hanya guna tisu.
  • Jangan beli makanan berhampiran dengan tempat pelancong, kerana harga sangat mahal! Cari yang jauh sikit untuk dapatkan harga tempatan :)
 




  • Currency 1JOD = RM4.40
  • Nasi arab = 2.5JOD (paling murah)
  • Jubah = 15-20JOD (wanita), 7-10JOD (lelaki)

*Inshaallah, tempat-tempat menarik di Jordan akan kami kupas dengan lebih mendalam pada entri-entri akan datang. 


______________________________
Say, "Travel through the land; then observe how was the end of the deniers."
6:11

30 comments:

  1. Asslmkm...bru habis mnonton rncngn safiyya...usaha y bgus.slmt maju jaya..- slm dr malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hajar! doakan blog kami ni mampu membantu orang lain :)
      *segan juga sebenarnya bila disiarkan*

      Delete
  2. salam... teruskan usaha... boy pun tertonton di Safiyya, tapi klu pasal travel n backpackers mmg minat... blog travel mmg susah cari, tapi buku travelog lg susah.. klu dpt publish buku sng baca time free... :) bole kongsi pengalaman di Malaysian Backpackers Club >> http://www.facebook.com/groups/backpackersmalaysia/?fref=ts

    ReplyDelete
    Replies
    1. boy dlu study kt tmur tgah... n pegi some country kt europe juga... xsmpat nk wat travelog... busy keje skrg ni.. ;) xsempat pi Jordan, insyaAllah klu de rezeki...

      Delete
    2. terima kasih kerana melawat ke blog kami!
      kalau ada pengalaman menarik, sharelah dengan kami di basilhibiscus@gmail.com
      :)

      Delete
  3. Assalamualaikum,

    Saffiyah membawa saya ke sini =)

    TQ for all the info, Jordan sentiasa dlm list utk menjelajah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami!
      kalau ada persoalan pasal Jordan, jgnlah segan tnya kami :)

      Delete
    2. Assalammualaikum,

      Nice blog, Kakak dpt infor tentang blog adik2 berdua daripada rancangan Safiyya. Nice blog keep it up

      Delete
    3. Terima kasih kerana melawat blog kami!

      Delete
  4. wahhhh...nice blog!
    simple but so informative...luv it 2 read!
    keep blogging ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih NUR kerana melawat blog kami!
      doakan kami :)

      Delete
  5. i really really REALLY want to go to Jordan...hmmmm...nanti bila nak pegi, will get all the tips from ur blog :D

    tx for visiting my blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemputlah ke Jordan! kalau nk datang bagitahulah..mungkin kami boleh tolong ape yang mampu..
      :)

      Delete
  6. Masuk safiyya tv9 lah ;)

    dulu ada budak2 lelaki pelajar Jordan p kerja kat leeds UK 1999. hebat toi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh. menarik, mungkin boleh consider, haha

      terima kasih kerana melawat blog kami! :)

      Delete
  7. Salam dik,

    Akak pernah melawat Jordon sekitar awal tahun 2000 ..
    KEbetulan waktu tu nak buat umrah tapi terpaksa transit dulu ke Jordon.

    Alhamdulilah sempat juga dibawa melawat tempat-tempat menarik kat sana.
    Insyallah klu ada peluang, akan di entry kan kisah akak di Jordon.
    Itu pun klu masih ingat lagi la ye hehee..

    Btw, jordon currency lebih kurang USD kan..
    agak mahal juga la sebotol mineral bersamaan RM3 or RM4 masa ketika itu..

    Pape pun,
    Selamat menimba ilmu kat sana ye.
    Tak sabar juga nak baca kisah2 tempat menarik kat sana dari kaca mata adik ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. currency sini lebih mahal dari USD. 1 JD = RM 4.5..
      wah, kami ternanti-nanti kisah di Jordan dari akak..

      terima kasih kerana melawat blog kami! :)

      Delete
  8. Assalamualaikum..

    Travelling memang menyeronokkan, terutama ada kaitan dgn sejarah..keep up a good work.

    Dpt info dr rancangan Safiyya..study hard & smart to both of you..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you nohas! semoga kami dpt terus istiqamah memberi apa yang kami mampu..

      :)

      Delete
  9. 'best' travel. nak cuba juga satu hari nanti. travel in Malaysia first. nanti follow blog saya k :) http://studioous.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'best'?
      travel memang best dan banyak benda baru yang kami dapat belajar.
      Buat masa sekarang, kami berbaki 3 tahun di Jordan, jadinya pusing sekitar sinilah dulu. Bila dah graduate inshaallah Malaysia jadi sasaran :)

      Delete
  10. salam. dah nak habis belajar, cammaner nak sewa khidmat anda disana

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat pengetahuan Mohd, kami bukanlah menyediakan perkhidmatan utk berjalan-jalan di sekitar Jordan, tetapi kami boleh membantu menjawab persoalan-persoalan tentang Jordan (apa yang kami tahulah). Kami juga boleh memberikan contacts ejen-ejen di sini yang boleh dipercayai jika Mohd berminat :)

      kalau berminat boleh email direct kepada kami.

      Delete
  11. assalamua'laikum,adik,akak ingin melawat jordan pada bulan february ni,boleh tak adik jadi tour guide akak dan suami kami ke jordan? dan akak juga ingin ke alaqsa. adik ada sebarang cadangan tak mengenai trip akak. email akak sharidahanuar@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. akak yang email kan? kami tengah mencari.. nanti kami email akak ye :)

      Delete
  12. mohon share ilmu yg bermanfaat ini ye :)

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah info yg sgt bermanfaat.. sgt teruja utk menjejakkan kaki di bumi jordan.. inshaAllah dgn izinnya.. bumi anbiya..

    ReplyDelete
  14. Assalam..sy mmg berminat ngn Jordan ni..byk sgt tempat menarik..boleh emel kpd sy tak kalau Basil Hibiscus kenal sapa2 ejen yg boleh bwk disna atau awak yg bwk?ni emel sy....hafiz_86iz@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.... Sye teruja dgn info2 yg diberi dan byk tmpt yg menarik. Sye plan nk ke sana bln Dec nnt. Boleh x jd tour guide Sye? Ini email sye zaharanizainal@yahoo.com utk sye dpt lebih details lg dgn trip ini.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Assamualaikum, saya berminat dengan kembara ke jordan, ada tak tour guide available in January 2016. Email saya kat ubdwork@gmail.com, tq

    ReplyDelete