Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (1) Balkan (9) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Georgia (1) Greece (2) History (1) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (5) Visa (2)

Wednesday, 12 December 2012

Bosnia & Herzegovina - Mostar

A traveler said,
 the bridge is like a rainbow arch soaring up to the skies, extending from one cliff to the other. ...I, a poor and miserable slave of Allah, have passed through 16 countries, but I have never seen such a high bridge. It is thrown from rock to rock as high as the sky.

Jambatan?
Apa uniknya pada sebuah jambatan?
Mari kita terjah!





 


Stari Most memiliki sejarah yang tersendiri bagi rakyat Bosnia. Dibina pada zaman Turki Uthmaniyah dengan rekaan daripada arkitek yang bernama Mimar Hayruddin. Mengalir dibawahnya ialah Sungai Neretva. Mengambil masa selama sembilan tahun untuk membina sebuah jambatan yang kukuh ini yang mempunyai ketinggian 21 meter dan sepanjang 29 meter. Sultan pada masa itu bersumpah kepada Mimar, sekiranya jambatan ini roboh pada saat kayu penyokong ditarik keluar, maka Mimar akan dibunuh. Dikatakan juga pada hari penarikan kayu penyokong, Mimar telah menggali lubang kuburnya sendiri. ;)
Namun, jambatan ini berdiri kukuh diposisinya selama 429 tahun. Ianya bukanlah hanya sekadar jambatan lama yang biasa, namun binaannya yang sangat teliti menjadikan ianya sangat unik. Mimar menggunakan konsep keystone yang digunakan untuk mana-mana jenis jambatan yang berbentuk lengkung (arch bridge).

Walaubagaimanapun, jambatan ini musnah pada tahun 1993 sewaktu peperangan di Bosnia dan Herzegovina. Penyebab kemusnahan Stari Most ialah meriam dari Bosnian Croat. Dilaporkan juga jambatan ini diserang dengan 60 biji bom barulah ia hancur musnah.

Sejak 1998, terdapat projek-projek pembinaan semula jambatan ini dan juga kawasan Old Town. Pembinaan semula ini merupakan simbolik kepada perdamaian. Sehingga sekarang, jambatan Mostar ini dikunjungi oleh pelancong-pelancong serata dunia yang ingin melihat dan mengetahui lebih mengenai jambatan ini dan juga rakyat tempatan yang ingin mengimbau kembali kisah lalu.






> Melawat Old Bridge (Stari Most)

Stari Most. Jambatan yang berdiri teguh di atas Sungai Neretva ini telah menyatukan Croats (Timur) dan Muslim (Barat) dan masih menjadi kebanggan Mostar. Pemandangan ini diambil dari menara Masjid Koskin Mehmed Pasha.
Ini merupakan tarikan terpenting dan terkuat di bandar ini. Jika anda dari stesen bas utama di Mostar, anda boleh berjalan kaki sepanjang Marsala Tita ke kawasan di mana Stari Most ini berada. Berpandukan peta, dan jangan segan-segan tanya orang di sekeliling anda.

Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat orang terjun dari atas jambatan ini! :D



> Menjelajah Masjid Koskin-Mehmed Pasha

Seperti masjid-masjid yang lain juga di Bosnia, tetapi yang uniknya, kita boleh panjat menara masjid yang orang letak speaker tu untuk ambil gambar Stari Most dari atas! Cool tak???


Masjid Koskin-Mehmed Pasha. Lorong disebelah kanan sungai adalah Kujundziluk. Gambar ini diambil dari atas Old Bridge Museum.
Tetapi, agak mencabarlah untuk memanjat menara ni. Keluasannya lebih kurang lebar seorang lelaki melayu, GELAP (sila pasang lampu handphone mahal anda), dan agak tinggi juga. Bertolak ansur dengan orang yang akan berselisih,

> Menghayati Muzium Jambatan Lama (Old Bridge Museum)
Museum ini sangat menarik! Mula-mula anda dikehendaki untuk memanjat 5 tingkat bilik pameran yang dahulunya merupakan 'defense tower' (*kami gunakan memanjat kerana memang panjat, naik ladder). Dari tingkat atas sekali, anda juga dapat melihat permandangan sekitar Stari Most. Lawa!
Permandangan dari tingkat paling atas Old Bridge Museum. :)
Setelah itu, anda boleh turun semula dan berjalan menelusuri ruang bawah jambatan ini untuk menonton video pendek (lebih kurang 15 minit) yang menerangkan  pembinaan semula jambatan ini! Memang berbaloi jika anda berminat untuk mengetahui sejarah jambatan ini :)

> Galerija Sava Neimarevic

Tempat ini dahulunya masjid. Terletak betul-betul sebelah timur jambatan. Di sini dijual pelbagai buku yang berkisarkan sejarah Stari Most. Mereka turut menayangkan video pendek bagaimana Stari Most dimusnahkan dan dibina semula beserta elaborasi oleh salah seorang pemilik galeri ini. Sudah pastinya tempat ini percuma sahaja! Malah, potongan harga turut diberikan jika anda seorang yang memakai hijab ;)

> Bridge-Diver's Clubhouse

Jika Galerija Sava Neimarevic terletak di sebelah timur jambatan, Clubhouse ini pula terletak betul-betul di sebelah baratnya. Ahli-ahli kelab ini adalah golongan muda yang melakukan penerjunan dari Stri Most yang setinggi 21 meter itu ke dalam Neretva River yang bewarna hijau! Antara cara mereka mengumpul dana adalah melalui duit-duit yang disumbangkan oleh pelancong-pelancong sewaktu penerjunan.

Anda berminat untuk terjun dari Stari Most? Hoyeah! Peluang juga terbuka untuk anda!

Dengan membayar 25 Euro, mereka akan menyediakan pakaian yang sesuai untuk penerjunan, dan harga ini juga termasuk latihan sebelum terjun.

> Spanski Trg

Tempat ini merupakan antara kawasan yang masih ada kesan perang Muslim-Croat dahulu. Walaupun setiap tahun bangunan-bangunannya telah pun dibaikpulih, namun kesan-kesan peluru dan sebagainya masih jelas kelihatan. Sepanjang jalan Marsala Tita juga anda boleh melihat kesan-kesan ini.

> Kujundziluk

Tempat ini pastinya anda akan lalu. Kujundziluk terletak di sebelah Timur jambatan. Di sini terdapat banyak kedai-kedai yang menjual cenderahati dan juga kedai-kedai makan. Amatlah sesuai untuk berehat-rehat sambil menikmati permandangan indah Stari Most



Di sini tidaklah begitu murah memandangkan tempat Stari Most dikunjungi oleh ramai pelancong. Namun, harga-harga cenderahati di sini adalah jauh lebih murah berbanding Sarajevo. Tempat yang menarik untuk membeli cenderahati adalah di Kujunziluk, di hadapan Bridge-Diver's Clubhouse dan Galerija Sava Neimarevic.

Terdapat sebuah pasaraya, Mepas Mall tidak jauh dari stesen bas yang menjual barang-barang berjenama dan restoran-restoran.




  • Jangan membeli air atau makanan di sekitar Stari Most. Harganya boleh cecah 10KM kot!
  • Bag anda boleh boleh disimpan di kaunter membeli tiket di stesen bas.
  • Makanan halal juga mudah didapati di Mostar.
  • Stesen keretapi hanyalah bersebelahan dengan stesen  bas. Jadi jika anda ingin ke Sarajevo dengan menaiki keretapi, anda boleh lah membeli tiket sebaik sahaja anda tiba di Mostar (jika anda menaiki bas ke Mostar) 


Peta Mostar
lebih besar

  • 1KM = 0.5Euro (anggaran)
  • Old Bridge Museum = 1.5KM (bersama Student Card), 3KM harga biasa.
  • Fridge Magnet boleh dapat dengan harga 2KM untuk satu.





"It is not just a bridge"
- penduduk Mostar




_____________________________
semoga post ini bermanfaat! :)

5 comments:

  1. wahh.. seronoknya! dah lama tu entry baru akak2. walaupun tak dapat pergi, sekurang2nya tahu sikit2 sejarahnya. hihi boleh terjun dari jambatan tu? sungai tu dalam ke? akak ambil pic jambatan tu dari atas ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang boleh pun terjung kt jambatan tu, cuma kami yg tak berkesempatan. duit dah kering, masa pulak pendek :( sungai tu agak dalam jugak..kalau cetek mesti dia tak bagi terjun punya..hehe

      gambar jambatan tu diambil dari menara masjid koskin-mehmed Pasha.

      inshaallah ada rezeki nanti boleh jejak di sana :)

      Delete
    2. hehe.. sebabnya saya tengok dalam gambar macam cetek. kikiki. Amin. teringinnya!

      Delete
  2. mmg post ni sgt2 brmnfaat! cntik sgt pmndangan dkt bridge tu. bley wat pnerjunan?? mcm ragu2 ja sbb tgk bridge tu mcm tinggi gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20meter tinggi dia. agak tinggi..tapi ada training dulu before terjun. maybe nnt awak boleh try kan? :)

      Delete