Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)

Tuesday 4 September 2012

Morocco - Marrakech



Assalamualaikum :)


Bunga raya bunga idaman,
Basil enak dalam masakan,
Kami menulis untuk kenangan,
Agar tak lupa, dikenang zaman.

*ewaaaahhh. Pembayang tu minta izin dalam bahasa mat salleh* 




Okeh, Morocco eh? Dalam bahasa Melayu --> Maghribi. 
Sebelum kedatangan Islam, Morocco pernah dijajahi oleh Phoenicians, Carthaginians, Romans, Vandals dan Byzantines. Kemudiannya, pada akhir kurun ke-7, Arab conquered the region, dengan membawa Islam dengan melantik local governors yang bernama Kairouan. Islam telah berjaya disampaikan kepada golongan Berber, dan ditakdirkan Allah, golongan Berber kebanyakannya telah memeluk agama Islam walaupun masih mengekalkan undang-undang adat. Kalau history of Marrakech specifically, boleh baca di sini. (memang tak reti sangat nak elaborate history yang panjang lebar. kalau history tanah Melayu bolehlah sikit2..ahaks~)



Marrakech, sekali tengok bandar dia, nampak satu warna --> Merah. Ada lah beberapa bangunan yang dicat merah. Kami disini selama 2 hari, 2 malam. Tiba di Marrakech International Airport pada jam lebih kurang 7 malam. Alhamdulillah, ada yang sudi mengambil kami di lapangan terbang. Kemudian kami dibawa ke hotel dan ready untuk aktiviti mencabar pada keesokan harinya.

Ni airport marrakech. Lawa sikit dari Queen Alia International Airport

>Main salji di Pergunungan Oukaimeden. actually ini adalah kali pertama kami bermain salji. >0<  asalnya ingin bermain di pergunungan Sierra Nevada, Granada, Spain, tetapi bila kira-kira bajet, jauh LEBIH MURAH bermain salji di Marrakech! Boleh naik cabel car, main ski, main benda yang boleh duduk pastu gelongsor tu, buat snowman, snow war dan macam-macam lagi.

Inilah pergunungan Oukaimeden. Ada cable car.

Mula-mula memang boleh tahan sejuk dia, tapi bila sampai satu tahap dah tak boleh rasa tangan memang nak stop. Kami ke sini menaiki pengangkutan yang telah disediakan oleh pihak Malaysian Marrakech Sightseeing (MMS) [boleh like page mereke di sini]. Sepatutnya dalam perjalanan balik ke city center, kami akan singgah ke perkampungan area situ. Tetapi disebabkan kesuntukan waktu, kami terpkasa melupakan hajat yang begitu besar itu. :( Tapi, kami sempat lunch di satu restoran area situ. First time makan makan tradisional Morocco. Nama dia Tajin. Dan dia sangat SEDAP! Ada carrot, kentang, ayam @ daging. Kuah-kuah sikit pastu cicah dengan roti. Memang seronok makan panas sebab cuaca sejuk! (pastu tiup kat mulut keluar asap. haha)

Inilah tajin tu.. Marvelous! 
>Bersiar-siar di Jemaa el Fna. (Kenapa di panggil Jemaa el Fna? One said it means assembly of death or mosque at the end of the world or referred to a destroyed alMoravids mosque) Selepas pulang dari bermain salji, dalam waktu petang kami bersiar-siar di kawasan Jemaa el Fna. Dia macam square yang orang jual macam-macam. Tapi kat sini most of them buat pertunjukan. Macam-macam pertunjukan ada. Tarian, silap mata, tilik nasib pun ada. Menarik jugaklah. Tapi kalau nak ambil gambar kena sorok-sorok! Nanti dia minta duit.

Inilah dunia leather! XD

>Solat di Masjid Kotoubia. Setibanya masuk azan maghrib, kami solat di masjid yang sangat berhampiran dengan square itu. Masjid ni minaret dia sama dengan dua tempat lain iaitu di Hassan Tower [Rabat, Morocco] & La Giralda [Sevilla, Spain]. tinggi menara ni lebih kurang 69meter. majid ni merupakan masjid yang terbesar kt Marrakech. tapi, tempat wuduk untuk wanita kami tak jumpa la pulak. :(

Minaret masjid Kotoubia

>Shopping dan Minum 3asir Burtuqal Kami dibawa berjalan-jalan di souq(pasar) bersebelahan dengan Jemaa el Fna. Banyak barang kulit yang menarik buat penggemar barangan kulit tapi ini memang ori beb! Bau segar dari ladang. Ada juga rempah-rempah, manisan Morocco dan macam-macam. Keinginan kami ingin membeli tertahan dek nasihat sahabat yang katanya barangan di Fes lagi murah. Kami pun hanya window shopping sajelah. setelah penat berjalan, kami berehat sebentar sambil menikmati 3asir butuqahl (jus oren) yang sangat fresh! Mula-mula minum secawan, last-last tapau satu botol besar! :D



Disebabkan kami direcommendkan oleh sahabat-sahabat Marrakech agar menghabiskan duit di Fes, maka kami pun tidaklah shopping mana pun. Tapi kalau nak shop juga, bolehlah berbuat demikian di Souq yang bersebelahan dengan Jemaa el Fna itu. :p
Kasut traditional morocco. Kalau berminat bolehlah beli.


  1. Shopping di Fes! Memang tepatlah pesanan sahabat di Morocco bahawa shopping di Fes lebih murah berbanding di Marrakech. 
  2. Jangan lupa merasai siput herba yang sedap! Try even seekor pun :D 
  3. 3asir Burtuqal! Jangan lupa rasa! 
  4. Tempat solat di masjid dia tak ada bahagian yang memisahkan lelaki dengan wanita. Jadi pandai-pandailah urus diri.
  5. Try to mingle with the locals because most of them are good in English (sebab ramai belajar kt France)
  6. makanlah roti canai kt sana! Dia makan dengan garam. Boleh ready dengan susu pekat lah kalau nk feel malaysia~
Inilah siput tu. Macam siput babi?

Ahli trip kami bersama MMS

Actually, kami dah agak terlupa bajet. tapi secara roughly:
  1. Main salji = 900 Dirham (around 90jd) van yang kami naik tu ada banyak kosong lagi, so lagi ramai lagi murahlah kot.
  2. Makan = agak murahlah. makanan halal di mana-mana.
  3. Kalau shopping banyak, makin tinggilah budget anda ye dak?
Semoga artikel ini membawa manfaat (:


  • Selamatlah!

8 comments:

  1. tak cerita ke ada org tu muntah2? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish. xbaik buka aib org..biarlah ahli trip sahaja yg tahu :)

      Delete
  2. hua!!
    best3..
    teringinnya nak sampai sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga diberi kesempatan ke Morocco!
      kalau ade pertanyaan bole tnya Basil Hibiscus :p

      Delete
  3. salam* saya nak 'travel' juga dari Malaysia, tapi camne ek?? >>tindakan berani. Jenguk dan 'follow' blog saya juga, http://studioous.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak datang dari Malaysia boleh je, cuma flight memang mahal. Alang-alang dah datang belah sini, pusing sekali negara lain sekitar morocco seperti Spain, Jordan, Mesir dan lain2. Harga tiket bergantung pada jenis flight jugak. kalau ada offer memang menarik harganya! Selamat melancong :)

      Delete
    2. Salam basil.sy iza nk tny mana lg murah harga leather di msia or Morocco? Ni email sy hafizahmuhamad@gmail.com.. Tq

      Delete
    3. Mana lagi murah, kami jujurnya tak tahu sangat harga leather di Malaysia macam mana. Mungkin di Morocco lagi murah sebab dia dikeluarkan memang dari situ. fresh dari ladang!
      Tetapi kalau setakat nak pergi Morocco beli leather 2-3 jenis, macam tak berbaloi dengan tiket flight, visa etc. So boleh timbang tara kot kos-kos tambahan yang lain. :)

      Delete