Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)

Tuesday 11 September 2012

Morocco - Spain Itinerary

Dalam masa kurang 2 tahun, pasukan Islam berjaya menguasai seluruh Semenanjung Sepanyol, dengan keadaan yang berbukit bukau, pastinya kalian perlu melihat sendiri topografinya. Dalam menjejak kegemilangan Andalusia, menarik juga jika anda memulakan jejak dari tempat lahirnya penakluk Andalusia. Siapa lagi kalau bukan Toriq Bin Ziad. 

Secara ringkasnya, Toriq Bin Ziad adalah dari bangsa Berber yang merupakan suku asal kawasan utara Afrika (kini Morocco atau Maghribi). Tempat pertama yang mula dimasuki oleh Toriq adalah Gibraltar (dikenali sebagai Jabal Toriq). Menariknya route ini bukan sahaja terhenti di kegemilangan Islam di Andalusia, malah setelah kejatuhan Islam juga. Umat Islam dan Yahudi telah dihantar beramai-ramai ke Chefchaouen (tempat di Morocco). Baiklah, panjang bebel, apa kata kami mulakan itinerary :B


Jadi, itinerary kali ini nampak macam ni. 


Kami datang ke Maghribi dari London Gatwick Airport. Kami memilih untuk masuk ke Marrakech disebabkan dia berada paling selatan berbanding bandar-bandar lain yang kami ingin lawati.


Marrakech

Kami tiba di Marrakech International Airport dan kemudiannya bergerak ke pusat bandar Marrakech dengan menaiki shuttle bus. Memandangkan kami memilih hotel yang hampir dengan Jemaa el Fna, makan untuk bergerak ke Jemaa el Fna hanya menggunakan kaki. Sangat dekat! untuk bergerak sekitar Marrakech, kami menaiki teksi. Kalau hendak ke stesen keretapi dalam 15 Dirham satu teksi. Teksi di Marrakech berwarna coklat kekuningan. Nanti boleh tengok di bandar lain teksi warna lain pulak!

Casablanca
Dari Marrakech ke Casablanca, kami memilih untuk menaiki keretapi. Keretapi di Maghribi dikendalikan oleh satu syarikat yang bernama OCNF (warna oren). keretapi di sini macam Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) antarabandar. Jadual keretapi boleh diteliti di sini. Harga keretapi tidaklah mahal mana. rasanya tidak lebih dari 100 Dirham. Teksi di sini berwarna Merah!

Rabat
Kami ke Rabat dari Casablanca menaiki keretapi juga (memang banyak naik keretapi pun). Untuk turun ke Rabat ada dua stesen, Rabat Agdal & Rabat Ville. Rabat Agdal ni separa bandar. Rabat Ville pula bandar dan mempunyai stesen tramway (nama stesen - Muhammad V- Gare de Rabat). Ikutlah mana-mana yang berkenan di hati nak turun mana. Di Rabat ni maju sikit. ada tramway dan best kot! maklumlah, first time naik tramway. Malaysia takde. Belajar pulak di negara yang keretapi pun takde. -.-".
Tram di Rabat, Maghribi.
Kalau duduk di kawasan penempatan pelajar Malaysia, untuk ke Universiti Muhammad V hanya perlu berjalan kaki selama 30 minit melalui shortcut dan denai-denai. berhampiran universiti, terdapat stesen tramway. dengan tramway ini anda boleh bergerak ke sekitar Rabat dengan mudah dengan harga 6 Dirham (oneway). Teksi di sini berwarna biru~

Fes
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Fes (tempat yang dinanti-nanti untuk shopping!) menaiki keretapi juga. Perjalanan agak lama berbanding Casablanca-Rabat. Memandangkan penempatan kami agak jauh dengan to see destination pilihan kami. Jadi, kami pun dengan beg yang purata berat 8-10kg, bersiar-siar di Fes el Bali. Dari stesen keretapi, kami menaiki teksi ke central souqs of Fes el Bali. Harga teksi agak berpatutan.

Chefchaouen
Menurut perancangan yang sebenar, kami ingin menaiki bas CTM dari Fes ke Chefchaouen, tetapi malangnya, kami terlambat 10 minit dari bas terakhir yang bergerak ke sana (dalam pukul 5petang). Setelah berdiskusi bersama sahabat-sabahat, kami mengambil keputusan untuk menaiki teksi ke Chefchaouen. Agak mahal berbanding bas, tapi affordable lah. Untuk sampai ke hotel, kami terpaksa berjalan kaki dari pintu utama disebabkan ada satu tahap, kereta tidak muat untuk naik ke atas. kalau anda berjalan pada waktu winter, sila bersedia dengan kot yang tebal kerana suasana malam dia lebih sejuk!
Chefchaouen sangat dikenali dengan bangunan-bangunannya yang berwarna biru~
Tetouan
Ada dua pilihan pengangkutan untuk ke Tetouan dari Chefchaouen. Anda boleh menaiki bas CTM (1 jam perjalanan) atau anda boleh menaiki teksi. Kami memilih menaiki teksi memandangkan tempat mengambil dekat dengan kawasan hotel kami dan harganya boleh tahan jugalah. Satu teksi boleh muat 6 orang. 2 orang di depan dan 4 orang di belakang. :)

Tangier
untuk ke bandar terakhir kami di Maghribi, kami memilih untuk menaiki bas CTM (akhirnya, dapat juga menaiki bas). kami menyarankan supaya membeli tiket siap-siap di stesen bas kerana bas ke Tangier agak penuh. Di Tangier, kami terpaksa menaiki teksi ke pelabuhan yang jaraknya agak jauh dan harga teksi lebih kurang dengan harga naik teksi dari Chefchaouen ke Tetouan.

Untuk ke Sepanyol, kami memilih untuk menaiki jalan laut kerana agak lain dari yang lain ye. Kami telah membeli tiket feri secara online dan malangnya pada waktu perlepasan, feri kami tidak muncul-muncul. Akhirnya  kami membeli tiket baru. T_T

Maka, tamatlah perjalanan kami di bumi Maghribi. Nampak smooth, tapi expect the worst when travelling in Arab countries. 

Special thanks to our friends in Morocco, Ustaz Ayman, Faeez, Haikal, Firdhaus, Anas, Arif, Luqman, Adli, Alif, Fakhruddin, Kak Amani, Kak Diela, Kak Mekja, Kak Syirot, Ustaz Aslam, Kak Amal and for those who're helping us (even your du3a) in this journey. Without all of you, we can't make it as smooth as this. Jazakumullah khairan jaza'. :)

Jom ke Sepanyol naik kapal kecik ni!
Gibraltar (Britain)
Dari Tangier, terdapat 4 tempat yang boleh anda reach dengan feri iaitu Algeciras, Barcelona, Gibraltar dan juga Tarifa. Setelah membuat pembacaan, ramai yang mencadangkan untuk turun di Algeciras walaupun destinasi kami sebenarnya adalah Gibraltar. Ramai juga yang mencadangkan untuk tidak menginap di Gibraltar kerana harga yang terlalu mahal dan menginap di La Linea De La Conception (kawasan Spain yang berdekatan sempadan Spain-Britain). Dari Algeciras, kami menaiki bas di bas stesen yang lebih kurang 5 minit berjalan kaki dari jeti. Bas agak kerap, iaitu setiap 30 minit dengan harga lebih kurang 2 Euro. :)
Hostel kami di La Linea. Dari La Linea nak masuk ke Gibraltar mudah saja. Tak perlukan imigresen stamping pon!

Seville

Jika anda bergerak dari La Linea seperti kami, bas tidaklah banyak dan bas yang ada akan lalu dan kutip orang di setiap bandar yang wujud sepanjang perjalanan ke Cadiz, kutip orang di Cadiz, kemudian kutip lagi orang sepanjang perjalanan ke Seville! Tahu berapa jam nak sampai Seville? 6 jam kot! Jika diikutkan, dalam 2 jam setengah sepatutnya boleh sampai. Jadi kami mencadangkan kepada kalian untuk ke bandar-bandar terdekat dahulu dan ambil bas dari sana seperti Malaga atau Algeciras.
Di bandar Seville terdapat dua buah stesen bas. Jadinya kalian haruslah alert di mana bas akan sampai dah di mana bas akan bertolak. Kami dulu bas dari La Linea tiba di Plaza de Armas Station dan untuk ke Cordoba bas bertolak dari Prado de San Sebastian Station. Jadi alert ok!

Transport dekat Seville ni pon agak mudah, ada tram, subway, basikal, teksi, bas. Jadi pilihlah mana satu yang anda suka! Nak jalan kaki pon possible!

Cordoba
Dari Sevilla ke Cordoba dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Stesen bas Cordoba agak jauh dari pusat tarikan pelancong, jadinya adalah digalakkan untuk anda menaiki bas untuk ke Mezquita. Tapi jika nak berjalan kaki pon possible je, kami dah try!
Stesen kereta api di Cordoba.
Granada
Bas dari Cordoba ke Granada juga tidak lama, dalam 3-4 jam. Dan stesen bas Granada untuk ke kawasan tarikan pelancong memang jauh! Anda boleh naik bas yang menuju ke Plaza Nueva ataupun jalan Gran Via De Colon (jalan paling besar di bandar tersebut). Tak tercapai dek akal nak berjalan dengan backpack di belakang. Tapi anda boleh cuba jika mahu, lepas tu ceritakan kepada kami ya! ;)
Bas stesen di Granada.

Madrid

Dari Granada ke Madrid mengambil masa lebih kurang 6 jam, jadi kami mengambil bas malam, sambil tu boleh jimat duit penginapan! Ada yang lebih suka untuk menaiki train ataupun flight, tapi terpulanglah kepada kalian. Kalau bas malam ni, murah pun murah, jimat duit hotel pulak tu! Di Madrid, sistem pengangkutannya sangat efisein, untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat kami hanya menggunakan subway. Alang-alang tu, kami terus beli one day pass. Lebih jimat!
Retiro Park, Madrid. Boleh main dayung sampan sambil bagi makan kepada itik!


Barcelona
Madrid ke Barcelona juga agak jauh. 8 jam perjalanan jika dengan bas. Sama kesnya seperti nak ke Madrid, boleh naik train atau flight. Terpulang pada pilihan masing-masing. Barcelona juga mudah untuk reach by subway. Ada tempat yang walking distance juga. Jadi kami tak ambil day pass.
Pesanan: This is Spain and things often don't run when they should do.
Perjalanan kami tamat setakat Barcelona sahaja. Dari Barcelona terdapat banyak cara untuk anda keluar dari Spain. Kapal, bas, kapal terbang..

Semoga post ini bermanfaat!

Selamatlah!

3 comments:

  1. terima kasih, sangat menarik, saya bercita-cita nak menziarahi Morrocco, Spain dan Greece jika diberi kesempatan pada awal tahun depan harap dapat panduan dari saudara-saudara/i yang sudah lama diperantauan dan mengetahui selok belok perjalanan dan kehidupan di situ. Saya Aziz Abdul Rahim dan isteri ada rezeki saya bawa serunding Malaysia. Assalammualaikum kpd saudara semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Encik Aziz kerana sudi baca blog kami yg sgt baru ni :)
      untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut, boleh je terus ke email basilhibiscus@gmail.com

      Delete
  2. terima kasih kerana berkongsi perjalanan morocco ke spain. sebab perjalanan saya adalah dr london ke spain. south spain memang tak dapat dilupakan. mohon share link di blog saya ye. terima kasih

    ReplyDelete