Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)

Saturday 25 August 2012

Greece - Athens (Athina)


Negara pertama yang kitaorang jelajahi ialah Greece. Berada di barat Istanbul, selatan Albania, Macedonia & Bulgaria. Kalau pernah khatam buku sejarah tingkatan 4, Greece berada di dalam tamadun Yunani yang terkenal dengan akropolis. Hari pertama bumi Athens dipijak, rasa macam atlet Olipmpik pun ada juga walaupun Dato' Lee Chong Wei kalah di tangan Lin Dan (kami sentiasa sokong DLCW!)

Secara ringkasnya, bolehlah baca sejarah Greece di sini *sedikit pemalas nak menaip panjang-panjang. But still, sejarah boleh menipu. Just read it.




Kami berada di Athens selama 2 hari 2 malam. Dan ke sana dengan flight Aegean Air dari Istanbul. Antara airport dan bandar agak jauh (sampaikan dekat peta tu terpaksa potong beberapa kawasan). Jadinya kami ambil train ke bandar, tiga kepala 20 Euro).


Athens airport. Namanya E. Venizelos International Airport.
Di Athens ni perancangan agak last minute, jadi kami hanya jalan2 sekitar bandar Athens, tak pergi jauh. :(

Acropolis - 
8 pagi - 6 petang (bergantung kepada musim)
Harga 12 Euro (6 Euro untuk student) - termasuk Ancient Agora, Theathre of Dionysos, Kerameikos, Roman Agora, Tower of the Winds dan jugak Temple of Olympian Zeus. Semua tempat ni tak semestinya dalam Acropolis ja. Tapi semuanya dalam walking distance je :)

Jangan bawak backpack! Nanti tak boleh masuk!
Naik subway sampai ke Acropolis Station (blue line), dari situ boleh dapat direction ke Acropolis (walking distance).

 
Theater of Heros Atticus - theater ni di bina waktu Roman dulu. kalau teringin nak merasai sendiri classical theatre performance boleh la datang sini! Tapi tak pasti pulak bila yang ada persembahan. Tapi sebab kami sendiri tak pasti bila persembahannya, lalu sebelah tangkap gambar je laaaa..



The Parthenon - salah satu binaan dalam acropolis yang dibina khas untuk tuhan Athena (tengok Percy Jackson kalau nk tahu siapa)



Erecthion - Poseidon dan Athena berlawan nak rebut title patron of the city. Athena gunakan spear dan sentuh tanah lalu tumbuhlah pokok zaitun! Dan Athena telah memenangi perlawanan tersebut makanya bandar tersebut pon dinamakan sebagai Athens.


 Ni ha pokok zaitun tu. The Sacred Olive Tree. Konunnya dah hidup berkurun lamanya!
"tahyul kt acropolis ni buat ak rse nk gelak guling2. haha.." 
- a friend.

Banyak lagi sebenarnya gambar dalam Acropolis ni, tapi nak tayang semua takut bosan pulak kan! Ada yang mencadangkan nak teroka Acropolis sahaja ambil masa seminggu, tapi mungkin sebab kurang mendalami + panas + puasa lagi, kami berjaya habeskan dalam separuh hari. hehe


Sebahagian daripada patung-patung di bangunan-bangunan dalam acropolis ni dipindahkan ke Acropolis Museum untuk kajian dan tayangan. Makanya sangatlah berbaloi untuk masuk ke museum tu, seberang jalan dengan pintu masuk Acropolis.

Museum ni tutup hari Isnin, jadi plan perjalanan baik-baik ye :)
Harga masuk: 5 Euro (3 Euro kalau ada student card)

Alang-alang tu, boleh tengok video cerita pasal perang tuhan-tuhan Greek sambil pekena aircond dan minum air lemon tea!


*gambar selingan. pakcik ni main sedap lah pulak haha. dekat lorong ni memang biasa kalau nampak orang main alat music :)

 

Dari Acropolis Museum ada patio yang boleh nampak acropolis dari jauh. Tapi sebab under construction, nampak la macam gaya movie Transformer (?) sket., haha



Dah habes pekena air-cond dalam Acropolis Museum kami bergerak pula ke Temple of Zeus. Tak jauh pon, dalam walking distance jugak. Nak masuk sini boleh guna tiket yang sama dengan tiket Acropolis tu. Tapi tak banyak sangat benda yang boleh dihayati dekat sini. Cerita pasal Temple of Zeus ni ada dalam cerita Hercules. hehe



Panathenaic Stadium - merupakan stadium yang dibina for the first modern Olympic Games. satu-satunya stadium yang dibuat daripada White Marble (entirely) dan salah satu stadium yang tertua di dunia!!

Untuk sejarah lebih lanjut, datanglah ke stadium ni because it is provided with helpful audio guide. Kalau belajar form 4 dulu, sukan Olympic time zaman ni diadakan untuk persembahan for God of Zeus. Tapi ada juga yang tulis untuk Goddess of Athena. haha. Tak kesahlah.




Tempat ni tak jauh pon dari Temple of Zeus. Tapi sebab summer, berpeluh la jugak.
Harga: 3 Euro (student : 1.5 Euro)
Dibuka pada setiap hari dari jam 8 pagi hingga 7 malam (March-October), tapi 5 petang kalau bulan November until February jeh
P/S:  

  • Jangan lupa panjat sampai atas! make sure pergi setiap checkpoints yang ada!
  • Be a king or queen! (*boleh duduk dekat seat king and queens and bayangkan view diorang waktu tengok olimpik dulu haha)
  • Jangan lupa bawa pulang pingat emas untuk Malaysia!
    *air ada dijual di cafe luar stadium dengan harga 0.50Euro.



Dari Stadium ni kalau panjat sampai atas dapat tengok Acropolis.
 
Byzantine and Christian Museum 
Kalau berkemampuan, boleh nak jalan dari Stadium Olympic. Tapi TAK DEKAT. Tapi kami jalan jugak, sebab tengok dalam peta macam dekat. Boleh tahan penat.
Harga 4 Euro (student price 2 Euro)

Museum ni sangat bagus untuk fahamkan lagi pasal sejarah Byzantine dan Christian.


 One of The Book of Gospels

War Museum pula sebelah Byzantine Museum. Tak rugi masuk.




Cari subway station named 'Monastiraki' (ada banyak entrance dia, so carilah semua.
haha). Dekat sebelah tu ada lorong yang ade pintu gerbang stated "FLEA MARKET'
*it won't suck your blood*

Nak beli fridge magnet, t-shirts, key chains or apa2 lah boleh cari di sini. Survey harga dulu sebab sometimes other shops have greatly different prices compared to the one that you see first.

Di sini juga ada banyak kedai kasut especially Converse (original) and the prices are quite resonable. Banyak jugak offer. For those yang bawa budget lebih, or kasut kena curi kat masjid ke, bolehlah beli di sini.

Di sekitar kawasan ini juga, pada waktu malam, boleh lihat permandangan acropolis dari bawah. Lawa sebab light reflection kot. But still cantik compared to siang yang nampak macam kuih bangkit (?)

There is one Bangla supermarket dekat area Omonia subway station. Ada juga kedai makan Bangla yang jual kebab, Ayam pakistan (tak tahu dia panggil apa) agak sedap and halal. Harga 2.5 Euro kenyang makan bertiga. Kedai tu nama Kebab Pak Punjab. That area memang banyak kedai orang2 asia. Tapi bahaya siketlah kalau malam2.



  • ALWAYS ALWAYS bring your student card. Kalau takda ISIC, student ID pon boleh, hawiyah bertulisan arab pon dia terima!
  • Lebih baik jangan keluar malam (lepas maghrib). Jalan terlalu lengang dan terlalu ramai yang mencurigakan dan mabuk-mabuk walaupun masih awal malam.
  • Put on your sunblock or head cap! Cuaca Greece cuaca Mediterrenean, 40 degree celcius tu biasalah kalau summer. 
  • Dekat Athens banyak internet hotspots, jadi tak perlu bimbang kepada mereka-mereka yang suka update.
  • Benda pertama yang perlu belajar: cara nak sebut huruf-huruf dia. Mungkin kita tak faham apa dia tulis, tapi sekurang-kurangnya boleh baca nama tempat.
  • Ramai Bangla Muslims yang kerja dekat kedai2 runcit, kalau bernasib baik boleh la nak tanya pasal makanan ke, masjid ke.
  • Kepada yang takut anjing, selamat menempuh jalan2 di Greece! xD


  • subway: airport-city = 8 Euro x 2 kali
  • hotel (2 malam) = 20 Euro
  • acropolis (student price) = 6 Euro
  • acropolis museum (student price) = 3 Euro
  • metro (twice + student) = 1.4 Euro
  • Byzantine Museum = 2 Euro
total in Athens (2 hari) = 48.4 Euro  (tak termasuk makan dan minum)
souvenir: fridge magnet serendah 1.5 Euro




Selamatlah!

10 comments:

  1. nicci!!

    tak sabar tunggu next post

    ReplyDelete
  2. point terakhir tip n tricks.. -..-"

    ReplyDelete
  3. hahahha.. benciss kan banyak anjing. ari tu masa kat istanbul, jiwa tidak keruan sbb byk anjing bulu tebal mcm biri-biri.. tak sukerrr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? kat mana2 ada je. kalau bole sentuh xpe gak..

      terima kasih kerana melawat blog kami! :)

      Delete
    2. teruskan menulis ya. bukan senang nak dpt guide cenggini.

      Delete
    3. inshaAllah. teruskan menyokong blog kami :)

      Delete
  4. Skrg duk cairo, dekat je dgn athens, tringin gak nk ke sana winter next yer. Sy bace byk blog traveler, trjumpa blog ni. Best bace... Keep writing

    ReplyDelete
  5. Hai basil! hi hibiscus!

    Saya nk mintak pendapat la. Kami samapai athens dlm pkl 4 ptg. Ade cadangan tak tmpt ape yang patut kami lawat? sbb in winter, acropolis tutup awal. xsempat nak pergi. dan kami di athens setengah hari je. esok paginya, bertolak ke santorini. thanks in advance:)

    ReplyDelete
  6. Assalamua'laikum , nk tnya , tahu tak bagaimana nk ke athens dari turkey kalau naik pengangkutan darat ? Means bas ,

    ReplyDelete