Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)

Friday, 19 April 2013

Jordan - Jerash

Assalamualaikum :)

Tahukah anda bandar Jerash dikenali sebagai "Pompeii of the East"? Bandar ini juga dianggap sebagai salah satu bandar yang paling terpelihara dan antara bandar kerajaan Rom yang paling lengkap di seluruh dunia! Juga menjadi salah satu ahli Decapolis group of cities; salah satu dari sepuluh bandar Rom terbesar!





Dalam abad ke-3 BC, semasa era Hellenistik, Jerash menjadi ahli Decapolis, sebuah persekutuan bandar-bandar Yunani (Greek). Ia kemudiannya dikenali sebagai Gerasa.

Gerasa dan Decapolis bandar-bandar lain telah ditawan oleh Pompeii pada tahun 63 BC, yang akhirnya menjadi satu perkembangan positif. Jerash menikmati prestij yang besar sebagai sebahagian daripada wilayah Rom Syria, yang makmur dari segi kedudukannya yang terletak di laluan perdagangan kemenyan dan rempah.

Jerash hilang kuasa autonominya di bawah pemerintahan Maharaja Trajan, tetapi penaklukan Petra pada tahun 106 AD telah membawa kekayaan yang lebih kepada bandar Jerash. Beberapa kuil telah dibina dalam tempoh ini, termasuk Kuil Artemis (di 150 Masihi) dan Temple of Zeus (dalam 162 Masihi).

Selepas tempoh kejatuhan dalam abad ke-3, Jerash telah muncul semula sebagai sebuah bandar Kristian di bawah empayar Byzantine. Ia berkembang terutamanya semasa pemerintahan Justinian (527-65), di mana sekurang-kurangnya tujuh gereja telah dibina.

Gereja terakhir telah dibina pada 611. Jerash telah diceroboh oleh Persia pada 614, kemudiannya ditawan oleh umat Islam di 635 dan mengalami kerosakn yang teruk disebabkan gempa bumi pada abad ke-8.

Penggalian arkeologi di Jerash bermula pada tahun 1920-an dan masih berterusan pada hari ini.









What we did actually, huh? Memandangkan ini kawasan bersejarah, anda boleh memahami sejarah dengan lebih mendalam(?), mengambail gambar kesan tinggalan kerajaan Rom, nak berkelah pun boleh juga :)

Tiba di pintu masuk, anda boleh beli tiket dan masuk :)
Sebelum tu, pergi visitor center dulu untuk ambil map. Barulah faham sikit apa yang dilihat >.<

peta Jerash
sumber
Jalan-jalan sikit, anda akan jumpa dengan pintu gerbang yang sangat besar iaitu South Gate, juga dikenali sebagai Hadrian's Arch. Dibina sewaktu lawatan Raja Hadrian di sini pada 129 AD.

South Gate
Bersebelahan South Gate, anda boleh lihat Hippodrome. Tempat ni stadium pada zaman Rom. Sekarang ni digunakan kalau ada orang nak naik kuda, ambil gambar. Hippodrome ini merupakan Hippodrome terkecil jika dibandingkan dengan Hippodrome yang lain pada zaman Rom.

Hippodrome

Lepas tu boleh nampak Oval Plaza! Sangat besar, bulat, banyak tiang. Dibina pada abad pertama selepas masihi. Dari sini, ada tangga ke atas , membawa anda ke Temple of Zeus. Dibina pada 162 selepas masihi.

Oval Plaza

Bergerak ke utara Oval Plaza, anda akan menjumpai Cardo Maximus, jalan utama di kota ini. Jalan ini masih berturap dengan batu asal dan dibawah jalan ini ada sistem kumbahan di sepanjang jalan.

Cardo Maximus (nama macam nama kuda dalam Tangled!haha)

Tidak jauh dari kanan Oval Plaza, ana boleh menemui Archaeological Museum yang memiliki kumpulan artifak yang dijumpai di kawasan ini.

Di sebelah kiri pula ada sturkutur bangunan yang sudah musnah sikit, dinamakan Macellum (marketplace). Di sini anda boleh nampak air terjun dengan kepala singan di tengahnya! :)

Struktur seterusnya selepas marketplace ialah yang baru sahaja dijumpai, Masjid Umayyad. Penggalian masih dijalakan untuk mengumpul bukti.

Sebaik sahaja melepasi Masjid Umayyad, mata anda bakal disajikan dengan South Tetrapylon, tempat pertembungan Cardo dan South Decumus (jalan kecil sikit dari Cardon yang menghala dari tumur ke barat).

South Tetrapylon. credit to ;)


Bangunan seterusnya di sbebelah kiri ialah Roman Temple of Dionysus, merupakan bangunan yang dibina kembali sebagai gereja Byzantine pada abad keempat. Juga disandarkan sebagai Cathedral, tetapi tiada bukti yang menunjukkan bahawa ia adalah gereja bishop.

Roman Temple of Dionysus.

Di belakang katedral, terdapat satu gereja yang besar iaitu Church of St. Thedore, dibina pada 496 masihi.

Belakang gereja tersebut terdapat bekas tapak tiga gereja Byzantine. Selepas itu anda akan menjumpai Nymphaeum, Propylaeum dan Temple of Artemis.

South Theater! Sila masuk sini, dan kalau kena waktu, ada persembahan muzik di pentas :)

South Theater!


Ada banyak monumen-monumen lain yang kami pun tak sempat pergi dan malas nak ambil tahu. haha
Bila anda dah pergi sana boleh pusing sampai habis, lepas tu share dengan kami ye! :D

Memang banyak tiang-tiang begini di sini








Tak ada benda sangat nak shop pun. May be boleh beli key chain, fridge magnet di kedai di pintu masuk.







  • Bawa air, makanan sebagai bekalan kalau-kalau lapar atau haus sepanjang perjalanan :)
  • Di Jerash juga terdapat festival tahunan. Untuk tahun 2013, bakal berlansung pada Jun dan Julai. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman sesawang ini :)






  • Tiket masuk = 8JOD (visitors), 1JOD (students)

Selamatlah...





4 comments:

  1. if i'm not mistaken price for student nus kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pergi lama dah..time first year dulu rasa sedinar.. dah turun kot harga..haha. thanks for the info! :)

      Delete