Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)

Wednesday, 12 December 2012

Bosnia & Herzegovina - Mostar

A traveler said,
 the bridge is like a rainbow arch soaring up to the skies, extending from one cliff to the other. ...I, a poor and miserable slave of Allah, have passed through 16 countries, but I have never seen such a high bridge. It is thrown from rock to rock as high as the sky.

Jambatan?
Apa uniknya pada sebuah jambatan?
Mari kita terjah!





 


Stari Most memiliki sejarah yang tersendiri bagi rakyat Bosnia. Dibina pada zaman Turki Uthmaniyah dengan rekaan daripada arkitek yang bernama Mimar Hayruddin. Mengalir dibawahnya ialah Sungai Neretva. Mengambil masa selama sembilan tahun untuk membina sebuah jambatan yang kukuh ini yang mempunyai ketinggian 21 meter dan sepanjang 29 meter. Sultan pada masa itu bersumpah kepada Mimar, sekiranya jambatan ini roboh pada saat kayu penyokong ditarik keluar, maka Mimar akan dibunuh. Dikatakan juga pada hari penarikan kayu penyokong, Mimar telah menggali lubang kuburnya sendiri. ;)
Namun, jambatan ini berdiri kukuh diposisinya selama 429 tahun. Ianya bukanlah hanya sekadar jambatan lama yang biasa, namun binaannya yang sangat teliti menjadikan ianya sangat unik. Mimar menggunakan konsep keystone yang digunakan untuk mana-mana jenis jambatan yang berbentuk lengkung (arch bridge).

Walaubagaimanapun, jambatan ini musnah pada tahun 1993 sewaktu peperangan di Bosnia dan Herzegovina. Penyebab kemusnahan Stari Most ialah meriam dari Bosnian Croat. Dilaporkan juga jambatan ini diserang dengan 60 biji bom barulah ia hancur musnah.

Sejak 1998, terdapat projek-projek pembinaan semula jambatan ini dan juga kawasan Old Town. Pembinaan semula ini merupakan simbolik kepada perdamaian. Sehingga sekarang, jambatan Mostar ini dikunjungi oleh pelancong-pelancong serata dunia yang ingin melihat dan mengetahui lebih mengenai jambatan ini dan juga rakyat tempatan yang ingin mengimbau kembali kisah lalu.






> Melawat Old Bridge (Stari Most)

Stari Most. Jambatan yang berdiri teguh di atas Sungai Neretva ini telah menyatukan Croats (Timur) dan Muslim (Barat) dan masih menjadi kebanggan Mostar. Pemandangan ini diambil dari menara Masjid Koskin Mehmed Pasha.
Ini merupakan tarikan terpenting dan terkuat di bandar ini. Jika anda dari stesen bas utama di Mostar, anda boleh berjalan kaki sepanjang Marsala Tita ke kawasan di mana Stari Most ini berada. Berpandukan peta, dan jangan segan-segan tanya orang di sekeliling anda.

Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat orang terjun dari atas jambatan ini! :D



> Menjelajah Masjid Koskin-Mehmed Pasha

Seperti masjid-masjid yang lain juga di Bosnia, tetapi yang uniknya, kita boleh panjat menara masjid yang orang letak speaker tu untuk ambil gambar Stari Most dari atas! Cool tak???


Masjid Koskin-Mehmed Pasha. Lorong disebelah kanan sungai adalah Kujundziluk. Gambar ini diambil dari atas Old Bridge Museum.
Tetapi, agak mencabarlah untuk memanjat menara ni. Keluasannya lebih kurang lebar seorang lelaki melayu, GELAP (sila pasang lampu handphone mahal anda), dan agak tinggi juga. Bertolak ansur dengan orang yang akan berselisih,

> Menghayati Muzium Jambatan Lama (Old Bridge Museum)
Museum ini sangat menarik! Mula-mula anda dikehendaki untuk memanjat 5 tingkat bilik pameran yang dahulunya merupakan 'defense tower' (*kami gunakan memanjat kerana memang panjat, naik ladder). Dari tingkat atas sekali, anda juga dapat melihat permandangan sekitar Stari Most. Lawa!
Permandangan dari tingkat paling atas Old Bridge Museum. :)
Setelah itu, anda boleh turun semula dan berjalan menelusuri ruang bawah jambatan ini untuk menonton video pendek (lebih kurang 15 minit) yang menerangkan  pembinaan semula jambatan ini! Memang berbaloi jika anda berminat untuk mengetahui sejarah jambatan ini :)

> Galerija Sava Neimarevic

Tempat ini dahulunya masjid. Terletak betul-betul sebelah timur jambatan. Di sini dijual pelbagai buku yang berkisarkan sejarah Stari Most. Mereka turut menayangkan video pendek bagaimana Stari Most dimusnahkan dan dibina semula beserta elaborasi oleh salah seorang pemilik galeri ini. Sudah pastinya tempat ini percuma sahaja! Malah, potongan harga turut diberikan jika anda seorang yang memakai hijab ;)

> Bridge-Diver's Clubhouse

Jika Galerija Sava Neimarevic terletak di sebelah timur jambatan, Clubhouse ini pula terletak betul-betul di sebelah baratnya. Ahli-ahli kelab ini adalah golongan muda yang melakukan penerjunan dari Stri Most yang setinggi 21 meter itu ke dalam Neretva River yang bewarna hijau! Antara cara mereka mengumpul dana adalah melalui duit-duit yang disumbangkan oleh pelancong-pelancong sewaktu penerjunan.

Anda berminat untuk terjun dari Stari Most? Hoyeah! Peluang juga terbuka untuk anda!

Dengan membayar 25 Euro, mereka akan menyediakan pakaian yang sesuai untuk penerjunan, dan harga ini juga termasuk latihan sebelum terjun.

> Spanski Trg

Tempat ini merupakan antara kawasan yang masih ada kesan perang Muslim-Croat dahulu. Walaupun setiap tahun bangunan-bangunannya telah pun dibaikpulih, namun kesan-kesan peluru dan sebagainya masih jelas kelihatan. Sepanjang jalan Marsala Tita juga anda boleh melihat kesan-kesan ini.

> Kujundziluk

Tempat ini pastinya anda akan lalu. Kujundziluk terletak di sebelah Timur jambatan. Di sini terdapat banyak kedai-kedai yang menjual cenderahati dan juga kedai-kedai makan. Amatlah sesuai untuk berehat-rehat sambil menikmati permandangan indah Stari Most



Di sini tidaklah begitu murah memandangkan tempat Stari Most dikunjungi oleh ramai pelancong. Namun, harga-harga cenderahati di sini adalah jauh lebih murah berbanding Sarajevo. Tempat yang menarik untuk membeli cenderahati adalah di Kujunziluk, di hadapan Bridge-Diver's Clubhouse dan Galerija Sava Neimarevic.

Terdapat sebuah pasaraya, Mepas Mall tidak jauh dari stesen bas yang menjual barang-barang berjenama dan restoran-restoran.




  • Jangan membeli air atau makanan di sekitar Stari Most. Harganya boleh cecah 10KM kot!
  • Bag anda boleh boleh disimpan di kaunter membeli tiket di stesen bas.
  • Makanan halal juga mudah didapati di Mostar.
  • Stesen keretapi hanyalah bersebelahan dengan stesen  bas. Jadi jika anda ingin ke Sarajevo dengan menaiki keretapi, anda boleh lah membeli tiket sebaik sahaja anda tiba di Mostar (jika anda menaiki bas ke Mostar) 


Peta Mostar
lebih besar

  • 1KM = 0.5Euro (anggaran)
  • Old Bridge Museum = 1.5KM (bersama Student Card), 3KM harga biasa.
  • Fridge Magnet boleh dapat dengan harga 2KM untuk satu.





"It is not just a bridge"
- penduduk Mostar




_____________________________
semoga post ini bermanfaat! :)

Tuesday, 13 November 2012

Sepanyol - Cordoba

Assalamualaikum :)

Post kali ini akan menceritakan kepada anda tentang Cordoba. Jujur kami cakap, lawatan ke bandar Cordoba ni banyak bagi kesan kepada kami. Perasaan bercampur baur antara bangga, sedih dan kecewa. Memang susah nak gambar perasaan tu, anda haruslah merasainya sendiri! Semoga post ini dapat membantu! :)





*menyelak-nyelak buku Sejarah tingkatan 4 silibus KBSM, bab enam*

Cordoba, atau dalam bahasa Sepanyol Córdoba, bahasa arab قُرطبة, merupakan salah satu bandar di Andalusia. 

Cordoba ditakluki oleh golongan Moors (penduduk Eropah yang beragama Islam) pada tahun 711 M daripada kuasa emapayar Rom. Pengaruh orang Moor masih boleh dirasai di kota Cordoba hingga saat ini. Sewaktu pengaruh Islam, Cordoba menjadi bandar terbesar yang memiliki the most sophisticated culture dan sistem brokrasi yang paling maju dalam kalangan negara Eropah yang lain. Ketika Khalifah Bani Umayyah digulingkan di Damsyik, Syria pada tahun 750, Kerajaan Islam kemudian bertapak kembali di Cordoba sehingga 929. Apabila Empayar Islam diambil oleh Kerajaan Bani Abbasiyah, Abdul Rahman III (yang turut menjadi pesaing bagi jawatan Khalifah pada ketika itu) mengangkat dirinya menjadi Khalifah Cordoba yang mentransformasi kawasan jagaannya (Cordoba) menjadi suatu kerajaan yang terasing daripada Kerajaan Bani Abbasiyah.

Cordoba mencapai zaman kegemilangannya pada abad kesepuluh di bawah pemerintahan tiga pemerintah yang hebat iaitu Abdul Rahman III yang mendapat gelaran "al-Nasir" pada tahun 912, anaknya al Hakam II (961) dan Al Mansur ibn Abi Aamir (981-1002). Pada abad kesepuluh, Kerajaan Cordoba menjadi kerajaan yang paling hebat di Eropah pada ketika itu. Cordoba memiliki 250,000 penduduk, lebih 1000 masjid dan 600 tempat mandi awam. 


Kuasa Cordoba runtuh melalui persengketaan dalaman dalam awal abad kesebelas dan Andalusia berpecah kepada banyak negeri mini dipanggil taifa. Taifa yang paling berkuasa adalah taifa Seville. Cordoba kekal sebuah bandar Moor sehingga 1236 apabila ia jatuh untuk memajukan kuasa-kuasa Kristian dari utara. Sejarah Cordoba akhirnya tenggelam...










> Melawat Mezquita
Perkataan mezquita itu sendiri bermaksud masjid. Mezquita yang dimaksudkan di sini adalah masjid yang pernah menjadi kebangaan umat Islam. Sehingga harini masjid ini dijadikan rujukan kerana binaannya dan keteguhannya.


Andai mihrab dan kubah ini dapat berkata-kata, pasti mereka meluahkan kerinduan akan alunan ayat suci al-Quran dan laungan azan. - quoted

Masjid ini dibina oleh Abdul Rahman I sewaktu Kerajaan Bani Umayyah telah berjaya membawa Islam ke sini. Kemudianya masjid ini dibesarkan oleh Abdul Rahman II dan Al-Mansur sehinggalah saiz yang ada sekarang. Apabila Kristian telah merampas kuasa dari Kerajaan Bani Umayyah, masjid ini kemudiannya di ambil oleh Franz Ferdinand III dan dijadikan sebahagian daripada Roman-Katolik.

Kini, umat Islam dilarang untuk menunaikan solat di sini dan banyak gereja telah dibina di dalam masjid ini.. Malah, ada cubaan untuk solat di sini dan telah ditahan oleh pihak berkuasa :(



Masjid ini dahulunya dapat menampung puluhan ribu orang pada satu masa!! 

Sebelum memasuki Mezquita, kami cadangkan kepada anda untuk berjalan-jalan di bahagian luarnya terlebih dahulu, melihat seni ukiran di dinding-dinding sambil membayangkan suasana masjid ini pada zaman kegemilangannya. 

> Melawat Media az Zahra



credit

Medina az Zahra terletak luar sedikit dari kota Cordoba, jadi kalau nak pergi, ada bas khas yang ke sana, biasanya bas bawah tour agent atau bas pelancong yang boleh anda tempah tiket sama ada di hotel/hostel atau di kaunter tiket. Public transport yang ke sana hanyalah teksi.
Dikatakan Medina za Zahra dahulunya pusat pemerintahan Cordoba, memandangkan pentadbiran dan kerajaan terletak didalamnya. Medina az Zahra sekarang lebih kepada tinggalan dan menjadi tempat kajian arkeoloji.

> Melawat alCazar

alCazar merupakan castle atau alQasr yang dibina oleh keturuanan Abdul Rahman I di Cordoba. Ia juga menjadi tempat kediaman rasmi Isabella dan Ferdinand selepas Andalusia jatuh ke tangan kristian.

alCazar kedudukannya agak dekat dengan Mezqutia. Bila dah habis pusing Mezquita tu, bolehlah singgah ke alCazar sebentar. Tanya je orang tepi jalan "Donde esta alCazar?". Confirm dia tunjukkan :)


> Puente Romano

Tidak jauh dari Mezquita terdapat sebuah jambatan yang dipanggil Puente Romano. Jalan-jalan di sini sambil melihat kincir-kincir air zaman Roman dan permandangan Mezquita dan Sungai Guidalaquivir :)
Gambar ini diambil dari atas Puente Romano yang merentasi Sungai Guidalaquivir. Dari jambatan ini, anda boleh lihat beberapa kincir air dan juga Masjid Cordoba (atas, kiri).

Sebenarnya banyak lagi tempat yang anda boleh lawat. Tapi kami tidak sempat nak ke semua tempat :(


  • Di kawasan sekitar Mezquita banyak kedai-kedai yang menjual cenderahati. Yang bezanya adalah harga setiap kedai. Kedai-kedai yang menjual tapas juga banyak terdapat di sekitar Mezquita.. 
  • Kebanyakan plaza (macam square) juga mempunyai kedai-kedai yang menarik yang menjual barangan Spain dan juga jenama-jenama antarabangsa. Antara plaza yang menarik untuk berjalan-jalan adalah Plaza Tendillas. Airnya memancut setiap 30 saat! (*sempat pulak kira.. haha)
  • Kalau anda berminat untuk mandi2 air panas di hamam, banyak hamam di sini! boleh pilih :)



  • Pastikan anda menempah tempat untuk ke Medina az Zahra sehari sebelum hari anda ke sana. Sesetengah syarikat tidak menerima tempahan di saat-saat akhir atau pada hari perjalanan.
  • Di dalam Mezquita tak dibenarkan guna flash camera tu taw!
  • Jika anda hanya melawat Cordoba sehari dan tidak menginap di Cordoba, jangan bimbang, ada locker untuk simpan luggage dekat stesen bas :)
  • Stesen bas dekat sangat dengan stesen kereta api jadi tak perlu risau...
  • Baca mengenai sejarah di kawasan Iberia ini betul-betul sebelum sampai ke sini. Kerana tempat ini mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi.
  • Makanan halal memang susah sikit nak dapat dekat sini, ada satu restoran namanya Petra. Dengar cerita kalau boleh cakap lahjah Urdun boleh dapat diskaun! haha
  • Biasanya tapas (makanan Spain) halal, sebab penyediaannya yang tidka menggunakan alcohol.. tapi pastikan anda semak balik ingredients sebab ada yang letak pork..
  • Jika anda hendak explore bandar Cordoba ini, nah peta!
    click sini untuk lebih besar.
    credit


    • Mezquita - 8Euro (zaman kami, kad pelajar tak diterima :()
    • alCazar - 2Euro
    • bas dari stesen bas ke Mezquita lebih kurang 1.2 Euro kalau tak salah
    _________________________________



    Kita berbangga dengan kisah silam, lupakah kita akan realiti hari ini? 






    _________________________________


    Semoga dapat mengambil ibrah dari kota Cordoba!

    Dan semoga satu hari nanti Islam dapat tertegak kembali di sana, pastinya semuanya bermula dengan diri kita :)