Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)

Friday 1 February 2013

China - Beijing

Assalamualaikum! :D
Ni hao?

Kami sering disapa di tanah Jordan dengan "Ni hao" oleh sesetengah masyarakat arab di sini. 
Motif? Serius, kami tak tahu.
Muka kami nak kata putih, err err, winter nampak sikit putih kot.
Nak kata mata sepet? Kalau pakai cermin mata power 2000 baru sama kot.
Ada senior dan seniorita yang cakap yang mereka ni tak reti geografi. 
Bagi mereka, China = Asia
Malaysia = Asia
Jadi, Malaysia = China!

Tak kisahlah, sekarang nak cerita about Beijing!






Sejarah China merupakan antara sejarah yang agak pening yang pernah kami kaji (kaji? google sudehh). Bermula dengan penemuan Peking Man (Peking merupakan nama lama Beijing!), kemudian penubuhan empayar pertama pada zaman Dinasti Qin, pergantian dinasti demi dinasti, serangan Mongol, dinasti ambil alih semula sehinggalah penubuhan sebuah Republik China pada 1949 selepas penggulingan sistem dinasti. Kebanyakan budaya, seni bina dan adat resam di sini diwarisi pada zaman dinasti terutamanya Dinasti Ming dan Qing.

Sejarah China memang panjang dan menarik. Ada satu buku travel yang kami beli memang sangat membantu memahami sejarah China. Jadi, jangan lupa baca sejarah China dulu sebelum ke sana!







> Forbidden City dan Tian 'anmen Square (Gugong)
Bagaimana hendak ke sana : subway Line 1 terus ke Tian 'anmen Square. Ada pintu barat dan timur. Mana-mana pun boleh! Lepas tu jalan kaki sikit. Nanti nampak muka Mao Zedong besar-besar depan Forbidden City.

Tian 'anmen (Pintu Ketenangan Syurga(?)) Square merupakan satu dataran yang terletak di hadapan Forbidden City. Dinamakan Tian 'anmen sebab depan dia ada Pintu Tian 'anmen. Dataran ini merupakan dataran yang terbesar di dunia!

Forbidden City ini dibina pada zaman Dinasti Ming dan digunakan juga pada zaman Dinasti Qing sebagai pusat pemerintahan dunia. Boleh baca sejarah dia, ada audio guide, nak cerita dekat sini macam panjang lebar sangat!

Gugong! It was snowing!


> Summer Palace (Yuanmingyuan/ Yiheyuan)
Bagaimana hendak ke sana : Kami duduk di kawasan Wudauko. Jadi di situ ada bas terus ke Summer Palace, iaitu bas 690 (Yiheyuan) atau subway Line 4 (turun di stesen Xiyuan atau Beigongmen). Kalau hendak ke Yuanmingyuan, boleh menaiki subway Line 4.

Ia dipanggil Summer Palace sebab maharaja akan duduk di istana ni masa musim panas. Jadi, nak cantik pergi masa musim panas. Kalau pergi musim sejuk, semua tasik beku!

Sebenarnya Summer Palace ada yang baru dan lama. Yang lama bernama Yuanmingyuan, manakala yang baru bernama Yuheiyuan. Yuanmingyuan diilhamkan oleh Qianlong dan memiliki seni bina China dan juga Eropah. Istana ini dimusnahkan pada Perang Candu II oleh pasukan bersekutu Perancis dan British.

Di sini, anda boleh membeli peta atau menyewa audio guide untuk memahami struktur binaan dan sebab dibina sesebuah pintu gerbang, dewan, istana dan macam-macam lagi. Sangat menarik! Kalau musim sejuk, anda boleh ambil short cut dari satu tempat ke satu tempat dengan melintasi tasik Kunming berjalan kaki. Hati-hati, jangan kena kejar dengan polis China :D

Middle of the palace -
tokong ini dikatakan dibina  oleh Qianlong sebagai hadiah hari jadi kepada bondanya.

> The Great Wall (Chang Cheng) - Badaling
Percayalah, ia memang great, but the most Greatest is Allah!

Bagaimana hendak ke sana : Anda perlu ke Stesen Keretapi Utara Beijing yang terletak di stesen subway Line 4, Xizhimen. Turun di stesen tu, ikut je direction yang menghala ke stesen keretapi tersebut. Anda kena keluar dari stesen barulah anda jumpa tempat membeli tiket keretapi untuk ke Great Wall. Keretapi ada pada setiap dua jam. Jadi, bijak urus waktu anda!
Beijing North Railway Station

Tiba di stesen keretapi di Great Wall, anda perlu berjalan kaki lebih kurang 300 meter untuk ke pintu masuk Great Wall. Jangan risau, ikut je arah orang ramai kerana semuanya memang nak ke Great Wall. Anda juga boleh menaiki cable car.

Bila dah jalan tu, anda akan jumpa North @ South. Kami cadangkan anda terus ke North sebab di sana, anda akan terus ke Menara Kelapan (menara yang tertinggi). South pula, kami tak habis jalan sebab tak ramai orang di sebelah sini. Mak cik pakcik yang tolong bersihkan salji pun baru nak bekerja.

Kami mula mendaki jam 1300, dan tamat pada jam 1630. Untuk turun, anda ada dua cara samada menaiki sliding car @ cable car, tapi tutup awal. Jam 1530 dah tutup. Kami tak sempat :(

Asal rancangan, kami ingin mendaki Great Wall di Mutianyu sebab dia ada gelongsor yang ohsem! tapi, pada musim sejuk, bas yang membawa ke sana tutup. Jadinya, Badaling juga :)

*Kami bercita-cita juga nak keluar dari pintu Mutianyu, tapi dia tutup sebab salji.. sedih tak? :(*

Great Wall Badaling - mula-mula sejuk, bila dah panjat-panjat berpeluh jugaklah.



> Beijing Zoo
Bagaimana hendak ke sana : Subway Line 4, Bejing Zoo.
Kami berharap untuk berjumpa panda yang comel-comel, tapi di zoo ini, panda nampak sungguh pemalas :( patung dia je yang comel. Kalau nak tengok tempat pembiakan panda yang sebenar, boleh pergi ke Sichuan.

Terdapat juga binatang lain seperti gajah, harimau, burung, monyet yang blonde, dan macam-macam lagi!

this is panda! 


> Bird's Nest
Bagaimana hendak ke sana : Subway Line 10 kemudian tukar ke Line 8 di Beitucheng. Turun di Olympic Sport Center Station. Boleh keluar melalui pintu B1 @ B2. Banyak juga bas yang melalui kawasan ini, bergantung darimana tempat anda.

Kami hanya pusing-pusing di luar ambil gambar je. Tak masuk dalam. Di dalam stadium boleh main ski kepada sesiapa yang berminat.

Sarang Burung terbesar di dunia!


> World Park (Shijie Gongyuan)
Bagaimana hendak ke sana : Ada dua cara, menaiki bas No 7 di Qianmen (naik subway Line 2) atau subway Line Fangshan (tururn di stesen Dabaotai). Kami sarankan menaiki subway kerana lebih murah dan cepat!

Apa yang best dekat sini, ada replika setiap tarikan pelancong di seluruh dunia seperti Eiffel Tower, Pisa Tower, Statue of Liberty, Qubbah as Sakhra, Piramid, Taj Mahal, London Bridge, Masjid Biru, dan macam-macam lagi. Yang pastinya, jangan pergi waktu musim sejuk kerana mostly permainan di sini ditutup, Sepatutnya ada roller coaster, tapi sebab sejuk, dia tutup.  Bolehlah berangan kepada sesiapa yang menyimpan hajat ke termpat-tempat tersbut bolehlah ambil gambar aksi-bajet-dah-pergi. (Tempat yang kami dah pergi tak ada pun :( )

Kami berfikir-fikir, kenapa ya kerajaan China buat semua ni? Mungkin dia nak merealisasikan cita-cita rakyat dia yang nak melancong jauh, tapi tak kesampaian. Kami ada membaca juga kenapa China membuat barang tiruan Kelas Satu? Kerana dia nak membantu rakyat dia yang tidak mampu untuk membeli barangan yang original. Asal boleh pakai kan?

Palaestin pun ada. Allahumman9urIslam wal muslimin.


> Persembahan Akrobatik
Terdapat banyak syarikat yang menganjurkan persempabahan akrobatik. Salah satunya Chanyong. Anda perlu menempah tiket awal-awal (kalau nak pergi malam, tempah awal pagi pun boleh). Kami memilih side seats kerana lebih murah dan tak adalah side sangat. Nampak je full view.

Anda perlu mencari (menggoogle) syarikat yang ada menganjurkan akrobatik. Biasanya melalui ejen.
Ada juga Opera, tapi kami tak berminat sebab tengok yang dekat tv pun dah mengantuk, pastu tak paham pulak -.-"

cool tak? tak hairanlah China sapu semua emas. O.O

> Masjid Niujie
Bagaimana hendak ke sana : Naik subway Line 4 turun di Cashikou. Luar stesen subway ada peta. Boleh nampak Masjid Niu Jie. Follow je peta tu :)
Kawasan di sekitar masjid ini majoritinya beragama Islam. Jadi, jangan ragu-ragu untuk makan di sini! Makan puas-puas :p
pintu gerbang Masjid Niujie.


 






  • Yong 'Anli - untuk ke sini boleh menaiki subway Line 1. Tangga nak keluar dari subway bersambung terus ke tempat membeli belah itu! 
  • Shopping mall betul-betul sebelah subway Beijing Zoo. Subway Line 4
  • Jangan lupa beli plak "I've climbed the Great Wall". Pak cik tu akan bur nama kita di situ!
  • Qianmen - untuk ke sini boleh menaiki subway Line 2.
Qianmen - meriah pada waktu malam





  • Untuk bergerak di sekitar Beijing anda perlu mahir menggunakan Subway ataupun bas. 
          Subway (地铁, Titie) = mana-mana tempat hanya 2 Yuan
          Bas = Satu jalan 1 Yuan ( kalau ada pass dia dapat 0.40 Yuan)


credit to here
  • Sila tawar harga serendah yang mungkin! Ada satu benda kami beli, dia bagi harga awal 200 Yuan, kawan kami pernah beli dengan harga 20 Yuan. Lepas bertekak (bukan kami, kawan kami lah...), dapatlah 30 Yuan!
  • Sila hati-hati semasa berjalan, kerana terdapat banyak ludah di jalanan,
  • Dalam subway atau bas atau teksi berbau masam arak. 
  • 清真 merupakan simbol halal di China. Kalau ada simbol ni, jangan ragu-ragu masuk ye :)
  • Kalau anda berjalan sendiri tanpa kawan @ tour guide yang fasih berbahasa Mandarin, pastikan ada buku bahasa yang ada tulisan China sekali. Kalau nak tanya orang, tunjuk tulisan tu. Sebab kalau kita baca boleh lari tone, boleh lari makna!
  • Toilet tiada air mahupun tisu. Sila bersedia dengan bekalan anda sendiri. Kalau boleh tak payah masuklah toilet mereka :l
  • Kalau hendak mendaki Great Wall, kami cadangkan kasut anda biar yang tajam-tajam sikit tapak dia sebab ada sesetengah kawasan sangat curam dan licin.
  • Ada banyak tempat lain lagi seperti Temple of Heaven, Lama Temple, muzium-muzium yang menarik untuk dilawati. Kami tidak berkesempatan kerana kekurangan waktu dan minat juga :)
curam tak? ada yang nak cecah 180 degree dah angle dia  ^^
 
  • Currency 1 Yuan = RM0.50 (lebih kurang)
  • Forbidden City = 40 Yuan (weekend) 20 Yuan (weekdays)
  • Summer Palace = 20 Yuan
  • Peta Summer Palace = 5 Yuan
  • Great Wall = 45 Yuan (kalau ada student card China dapat 25 Yuan)
  • Tiket keretapi ke Great Great Wall = 6 Yuan
  • Beijing Zoo = 15 Yuan (harga student sebab kami pinjam kawan punya student card. haha)
  • World Park = 65 Yuan
  • Audio Guide = Sewa 40 Yuan, Deposit = 100 Yuan. (Ada di setiap tempat bersejarah)
  • Sliding car = 30 Yuan
  • Cable car = 50 Yuan

________________________________
Melihat kepada kemajuan dan pembangunan masyarakat di China,
mereka juga ada kekurangannya.
Jiwa yang kosong merintih diisi,
bukan dengan wang atau modenisasi,
Moga Allah merahmati bumi yang disentuh Saad bin Abi Waqas ini.


Tiada satu di dunia ini yang sempurna melainkan Dia, Allah Yang Esa.

:)

9 comments:

  1. ya Allah...bestnya! sambil baca, sambil saya bayangkan yg sy pon ada dekat china. hihi... trigin nak p great wall, forbidden city, n bird's nest. hopefully, sy dpt p sana satu ari nnti. insyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah ada rezeki sampai juga ke sana!
      kalau dah pergi nanti boleh share pengalaman dgn kami :)

      Delete
  2. Wah full of infirmation :-), mmg ada plan ke sana secara backpacker so this is my guideline n i like this entry :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beijing sangat sesuai bg backpacker sebab kemudahan dia sangat banyak.
      Kalau ada pertanyaan jangan segan-segan tanya kami :)

      jangan lupa share pengalaman anda dengan kami bila dah pergi sana ^^

      Delete
  3. arghh.. I went here via tour. Never knew about the entrance tickets prices. hehehe. should go backpacking there someday =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. If you go via tour, you can get many advantages like more information about the places you visit, no need to stress your mind when you have to ask Chinese coz they can't understand English, and many more, but when you well prepared mentally, you'll experience the awesomeness of backpacking in China. you should try :)

      Delete
  4. terengganu pun ada shijie gongyuan tu. kah kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terengganu tu masjid dr seluruh dunia kan? world wide jugaklah

      Delete