Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)

Monday 1 April 2013

Jordan - Wadi Rum

Wadi Rum, The Valley of The Moon

Assalamualaikum :)





Tahukah anda, dikatakan Wadi Rum merupakan satu-satunya tempat di dunia ini yang menyerupai planet Marikh? :O

Tahukah anda, banyak filem-filem telah dilakonkan di sini? Antaranya adalah Lawrence of Arabia, Red Planet, Passion in the Desert, The Face (sebuah filem BBC), Transfomers, Nur Kasih dan banyak lagi lah!

Dahulunya, kawasan ini merupakan kawasan yang ditenggelami air laut berdasarkan kandungan mineral seperti potassium yang tinggi di kawasan ini. Ahli geology juga berpendapat bahawa Wadi ini (wadi = lembah) terhasil dari retakan yang besar di permukaan bumi yang disebabkan oleh tekanan yang tinggi dari dalam bumi yang memuntahkan ketulan-ketulan besar batuan granit, dan juga sandstone. Ada diantaranya hampir 1000 kaki tinggi dan telah dibentuk lembut oleh angin gurun. Puncak yang tertinggi Jabel um Addami, yang berketinggian 1840m terletak berdekatan dengan sempadan Arab Saudi. 

Di kawasan pedalaman lembah, dipercayai bahawa permandangannya tidak banyak berubah sejak awal-awal penempatan manusia iaitu kira-kira 800 SM. Hampir 25,000 ukiran, 20,000 tulisan dan tinggalan arkeologi terdapat di sini! 


Antara kaum yang mendiami kawasan ini adalah Nabateans. Wadi Rum dijadikan sebagai antara penempatan  mereka setelah Petra. Tiga takungan air telah dibina di kawasan ini, malah tinggalan aqueducts juga dapat dilihat di sesetengah kawasan di Wadi Rum. Dikatakan bahawa kaun Thamud juga pernah menetap disini dan telah meninggalkan banyak inskripsi. Dipercayai juga Wadi Rum merupakan tempat persinggahan Kaum Ad dalam perjalanan menuju ke Petra, yang merupakan bandar terbesar di kawasan tersebut pada ketika itu. 


Kawasan Wadi Rum telah didiami lama oleh manusia yang merupakan pemburu, pastoralist, pekebun dan pedagang. Dikatakan bahawa Wadi Rum dahulunya merupakan pusat pemerintahan Prince of Aram. Iram (putera kerajaan Aram) merupakan salah seorang anak Shem yang merupakan anak Nabi Nuh. 'Ad pula dikatakan merupakan anak Iram. (Nuh --> Shem --> Iram --> Ad). Wadi Rum ini turut berkait dengan kaum 'Ad, yang mana nama-nama mereka dikatakan boleh ditemui di sebuah rumah ibadah lama di Wadi Rum.







Sewaktu Zaman Turki Uthmaniyah, sebuah rangkaian keretapi telah dibina menghubungkan kota Damsyik dan Madinah, iaitu Hejaz Railway bagi memudahkan pengangkutan jemaah Haji dan Umrah. Laluan keretapi ini turut merentasi kawasan Wadi Rum.




Baiklah, kita tinggalkan sebentar kisah mengenai laluan keretapi ini.


Wadi Rum juga merupakan tempat di mana Lawrence T. E. (Thomas Edward Lawrence) atau juga dikenali sebagai Lawrence of Arabia menetap buat satu jangka masa. Kabilah-kabilah Arab dikumpulkan di sini, untuk menyampaikan satu ideologi untuk menentang kerajaan Uthmaniyah waktu itu. Bahasa bukanlah satu penghalang bagi Lawrence kerana sebelum sampai ke situ dia telah pon mempelajari Bahasa Arab di Lubnan.


Arab Revolt (1917-1918). 

Arab Revolt atau dalam Bahasa Arabnya, الثورة العربية‎ (Al-Thawra al-`Arabiyya) diasaskan oleh Sherif Hussien B. Ali yang ingin meminta pembebasan dari Kerajaan Uthmaniyah dan mewujudkan kerajaan Arab yang baru yang bermula dari Aleppo (Syria) sehingga ke Aden (Yaman). Perebutan ini berlaku antara pakatan Negara-Negara Hijaz dan United Kingdom yang diketuai oleh  Hussein bin Ali (Hijaz),  Raja Faisal (Hijaz), Edmund Allenby (UK) dan T. E. Lawrence (UK) menentang Kerajaan Turki Uthmaniyah yang diketuai oleh Djemal Pasha, Fahreddin Pasha dan Muhiddin Pasha.

Lebih kurang 5000 tentera Arab menyertai pemberontakan ini. Angka 5000 ini tidak termasuk askar-askar yang di bawah arahan Lawrence dan Faisal. Jumlah ini bertambah selari dengan kempen yang dilakukan di kawasan perkampungan mereka. Askar-askar Hashimi (Hussein) dikatakan mencecah hampir 30,000 pada tahun 1918 dan terbahagi kepada dua, iaitu askar-askar puak yang melakukan serangan gerila dan Askar Sharif yang tenaga manusianya diambil dari Ottoman Arab POWs (POW = Prisoner of War). Beberapa kuasa besar turut melabur di dalam pemberontakan ini seperti Perancis dan British. Hal ini telah menyebabkan askar-askar ini walaupun pada mulanya tidak mempunyai kelengkapan yang sempurna akhirnya memiliki peralatan ketenteraan seperti machine-gun dan senapang.


Pada tahun 1917, sekumpulan konvoy Uthmaniyah yang membawa sejumlah duit syiling emas bernilai  £20, 000 dengan tujuan untuk diberikan kepada kaum Arab Badwi agar dapat membeli kesetiaan mereka telah pun diserang oleh askar-askar Hashimi. Pada March 1917, gerila Hashimi yang dipimpin oleh Lawrence telah menyerang Hijaz Railway. Laluan keretapi ini dimusnahkan lagi dan lagi pada bulan July dan August pada tahun yang sama. Letupan pada bulan August itu telah berjaya memusnahkan 5 kilometer daripada laluan keretapi tersebut dan juga 4 jambatan.







Pada 25 June 2011, Wadi Rum telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Kini, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini seperti camping, jeep tour. Bagi sukakan cara yang lebih tradisional, unta turut menjadi pilihan. 

Baru-baru ini juga terdapat aktiviti-aktiviti seperti skydiving, paragliding dan juga belon panas! Perkhidmatan-perkhidmatan ini disediakan oleh resort-resort sekitar kawasan wadi ini, kecuali skydiving. Kami kurang arif sama ada aktiviti-aktiviti ini masih ada atau sudah pun dihentikan.


Kami memilih jeep tour untuk meneroka kawasan kecil dalam Wadi Rum.

Walaupun binatang-binatang liar sudah banyak tidak dapat dijumpai di sini, namun pelawat pelawat masih boleh 
menjumpai binatang seperti hyrax, fennec foxes, gerbils dan the Arabian sand cat. Kumpulan-kumpulan kambing gurun (ibex) dan gazelle masih lagi boleh dijumpai tak lupa juga vultures dan eagles!



Air Teh Arab Badwi, antara teh yang paling sedap yang pernah diminum!!!


Ada tempat yang tanahnya keras dan padat, boleh dilalui oleh van-van atau kereta biasa, namun disesetengah tempat, tanahnya sangat halus dan hampir mustahil untuk van-van atau kereta biasa bergerak. Perkhidmatan jeep yang disediakan dicaj mengikut jeep, bukannya bilangan orang. Sebuah jeep boleh dinaiki oleh 8 orang pada satu-satu masa (10 orang jika kurus).


Teh ini dibancuh sendiri oleh Pakcik Arab Badwi yang bawa kami naik jeep! ^0^
Jika anda ingin menginap di sini, jangan risau.. ada banyak hotel, hostel dan khemah yang boleh diduduki. Yang uniknya, anda boleh menginap di kawasan khemah (bilik dalam khemah arab badwi) yang tiada lampu pun! Pada waktu malam, biasanya pihak penginapan akan menyediakan makan malam (ternmasuk dalam bayaran) beserta dengan hiburan! Mereka akan mendendangkan lagu arab untuk pengunjung dan may be sedikit tarian(?). Kalau anda tidak brminat, jangan risau, anda boleh masuk tidur ataupun menikmati keindahan alam pada waktu malam di sekitar tempat penginapan. Biasanya tiada aktiviti menjelajah padang pasir pada waktu malam disebabkan tiada lampu di jalan dan kemungkinan besar boleh sesat.


Wadi Rum selepas Fajr.

Ketika anda berjalan masuk ke pusat Wadi Rum, anda dapat melihat stesen kereta api (yang digunakan pada Hejaz Railways). Stesen ini tidak lagi digunakan dan dijadikan sebagai muzium. Anda boleh bergambar di sini dan masuk ke muzium yang menceritakan tentang Arab Revolt dan juga Lawrence of Arabia.





Kesimpulannya, Wadi Rum merupakan tempat yang menarik bagi seisapa yang meminati nature, sejarah dan bergambar! haha. Jika anda ke Jordan, jangan sekali-kali lepas peluang untuk ke sini! 

Selamatlah...





13 comments:

  1. Pernah ke Jordon tapi x berpeluang sampai ke Wadi Rum ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh..kenapa tak pergii?? kena datang balik ni... :p

      Delete
  2. Macam mana uruskan tempat penginapan ya? Bercadang ke wadi rum dah tido khemah disana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dapat ke jawapan? kalau cari camp site in wadi rum, banyak je pilihan. boleh call direct orang camp sebab lagi senang.

      Delete